76 pasang kembar catat rekod dalam 'The Malaysia Book of Records'




SEBAHAGIAN daripada 76 pasangan kembar yang berhimpun di sebuah pusat beli-belah, di Klang, semalam. Perhimpunan itu mencatatkan sejarah apabila diiktiraf sebagai perhimpunan pasangan kembar paling ramai oleh buku ‘The Malaysia Book of Records.’

Perhimpunan yang mempertemukan pasangan kembar berusia 12 tahun dan ke bawah di Klang Parade itu sempena program Pesta Kembar 2002 di pusat beli-belah itu dan kedatangan Tahun Baru Cina.

Pengurus Klang Parade, Ng Swee Liang, berkata acara itu adalah satu pesta pelbagai kaum yang bertujuan merapatkan hubungan antara kaum serta ibu bapa.

“Kami memilih tarikh 2 Februari 2002 iaitu 020202 kerana ia unik dan kami percaya akan membawa kemakmuran,” katanya