Pengalaman

 4 Mac 2002. Persedian dilakukan. Kerana terlalu gelisah saya bangun pada pukul 5:00 (selalunya pukul 6:00) pagi. Baju di seterika. Periksa lencana sekolah dan sessi, stokin, tali pinggang, tali leher dan mestilah seluar. Takut kerana terlambat saya keluar pada pukul 6:30 pagi. Ingatkan saya terlambat rupanya bas yang terlambat. Di dalam bas, saya menghafal buat kali terakhir. Tiba di sekolah saya ke bilik guru untuk memberitahu kepada guru saya, Pn, Kartini apa yang saya ingin mendeklamasikan sajak. Tiba di dewan baru.... saya menyuruh kawan saya mengikat tali leher dengan teratur supaya nampak kemas di atas pentas. Saat yang di nantikan guru saya memanggil saya... apabila melangkah tangga perasan mula bercelaru... Pn. Norliza tersenyum apabila saya melihatnya. Saya gugup apabila mengucapkan selamat. Apabila tiba ayat .. Wahai Pengikut Buta! semua orang di dewan bising. Saya tergaman seketika (selama 2 minit). Semasa di pertengahan rangkap, tiba-tiba alat pembesar suara mengalami masalah. Selesai saja menghabiskan sajak, saya turun bagaikan hendak pengsan. Semua kata "Budak sajak..." (sabar je lar). Selepas saja habis perhimpunan semua orang mengajuk cakap saya ... mungkin saya dah jadi PORPULAR.

p/s jangan menerima apabila guru anda menyuruh anda berada di pentas.