Teks
Ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Beri kesempatan kepada saya untuk mengucapkan Selamat datang kepada semua perwakilan Malaysia dan juga antarabangsa ke Persidangan Akupunktur , Homeopathy dan Perubatan Komplementari.. Saya berasa bangga dimana Malaysia dipileh menjadi tuan rumah kepada persidangan peringkat antarabangsa pada kali ini. Ini membuktikan keyakinan negara anggota terhadap Institute Penyelidikan Perubatan Akupunktur dan Juga Fakulti Perubatan Homeopati untuk mengajurkan upacara ini. Lebih dari dua dekad konsep yang yang dipakai oleh Universiti Terbuka Antarabangsa diguna pakai oleh Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia yang terletak di Kelantan dibawah bimbingan dan asuhan Prof Dr Nik Omar bin Haji Nik Daud, telah berjaya mengembang dan membangunkan sistem perubatan ini di kalangan rakyat Malaysia dan juga antarabangsa. Saya yakin para peserta yang menghadiri konferen ini akan mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan penyembuhan dalam perubatan komplementary. Dibekalkan dengan semangat dinamika, ahli-ahli kumpulan tuan berupaya meningkatkan kesihatan rakyat sejajar dengan dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan. Terima kasih. Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Sumber: Dari Perpustakaan Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia Pasir Mas, Kelantan. |