Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Pasir Mas
Homeopathy Dari Kaca Mata Dr Nik Omar
Oleh: Alison Nadel , Wartawan British
Dari Majalah : Wing of Gold, Malaysian Airline ,Jan.1996
Bilek menunggu Dr Nik Omar sangat sibuk. Seorang budak sekolah yang asmanya sudah hilang datang kembali untuk mengambil ubat yang sama. Seorang ibu muda sedang munggu untuk mengambil ubat senang bersalin homeopati. Seorang lelaki menunggu untuk berjumpa semula dengan Dr Nik untuk mengambil ubat migrin yang sudah sembuh setelah diberi ubat-ubat oleh Dr Nik seminggu yang lepas.
Bagi mereka ini, tidak ambil kisah, bagaimana ubat berjalan dan macam mana ia dibuat. Mereka hanya tahu itu ubat homeopati. Mereka datang kerana ubat homeopati memang diakui berkesan untuk memyembuhkan penyakit, lagi pula harganya murah berbanding dengan ubat doktor biasa.
Seorang lelaki tua yang hampir lumpuh, masuk untuk mendaftar sebagai pesakit baru. Katanya sejak kali terakhir beliau diserang penyakit jantung, doktornya menyatakan , tidak ada apa-apa ubat lagi untuk nya. Harapannya sudah tidak ada ! Homeopathy adalah harapan terakhirnya.
Dr Nik Omar mengambil kes seperti biasa, natural dan tenang saja. Tidak banyak peralatan yang digunakannya, melainkan soalan mengikut kaedah homeopati. Dr Nik nampaknya begitu bersemangat dan lapang. Kebanyakan kawan-kawan atau orang-orang lain yang menentangnya mengakui beliau mempunyai tenaga yang kuat untuk membangun homeopati di Malaysia. Beliau merupakan pengembang utama homeopati di Malaysia.
Dr Nik telah menulis beratus-ratus rencana dalam semua majalah dan semua akhbar. Malah beliau merupaka kolumnis tetap bagi sebuah akhbar tabloid dalam ruangan homeopati dan rawatan alternatif. Beliau juga merupakan seorang seorang ahli homeopati antarabangsa yang aktif dan membentangkan banyak kertas kerja dipersidangan homeopati antarabangsa. Pada tahun 1979 beliau menubuhkan pasukan sukarelawan homeopati antarabangsa dan pernah berhidmat dimerata tempat didunia termasuk di khemah pelarian di Pakistan, bersama pejuang di Afghanistan, di Sri Lanka, Thailand dab lain-lain.
Dalam kerjayanya beliau amat cenderung untuk melakukan penyelidikan tentang kaedah rawatan kesuburan melalui homeopati. Beliau menunjukan satu diantara banyak rekod, dimana seorang ibu yang mandul selama 12 tahun, berjaya dirawatnya sehingga ibu tersebut melahirkan seorang anak homeopati.
Walaupun apa yang berlaku dalam dunia homeopati, namun homeopati masih dicurigai oleh doktor-doktor perubatan biasa yang beranggapan bahawa homeopati tidak mempunyai asas yang kukuh. Namun bagi Dr Nik Omar, pembuktian yang nyata, terletak kepada pesakit. Jika banyak penyembuhan dilakukan oleh homeopati, maka homeopati akan menjadi popular. Jika homeopati gagal menyembuhakn penyakit, maka masa depan homeopati mungkin malap. Tetapi nampaknya hari demi hari keyakinan masyarakat terhadap homeopati semakin bertambah. Ini membuktikan homeopati bagus.
Jika anda ingin mengikuti Kursus Perubatan Homeopati Sila hubungi kami di Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia & Hospital. Tel : KB 09-7972948 atau KL 03-26926549 |