Soal-Jawab - Kelebihan Perubatan Akupunktur
Akupunktur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai 'Acupuncture Point'. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang bunti Afrika, Arab Tigris, China, Mesir Kuno dan India.Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghormatan kepada China kerana pengalaman jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sehingga ke hari ini.
Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama didunia yang mencatit sejarah tentang Perubtan Akupuntur dengan lengkap dan tersusun yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai 'Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine' yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masehi (Terjemahan buku ini ada dalam simpanan Prof Dr nik Omar yang didapatinya dari Beijing,China.)
Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perwatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan.Di zaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada pelbagai logam sepeti 'Jarum Silver, Copper dan Jarum Emas'.Diantara banyak jarum, Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarakan tenaga 'qi' yang 100 kali ganda kekuatan dari Jarum Silver. (Jarum Emas ada dalam simpanan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Negeri China).
Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebangai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk ke suatu titik khas dibadan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai 'Deqi' mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral,channel atau meridian, yang kesemuanya bisa mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau meneymbuhkan sesuatu penyakit.
APAKAH BENTUK AKUPUNTUR
Dalam akupuntur ada berbagai teknik antaranya ialah:-