Homeopathy Dapat Kolej & Hospital Baru
Di Pasir Mas
Pair Mas, Kelantan: 5hb Oktober 2000
Perjuangan Prof Dr Sir Nik Omar sejak lebih dari 20 tahun yang silam, kini hampir menjadi kenyataan dengan pelancaran projek baru bagi kampus utama Fakulti Perubatan Homeopati dan Hospital di tanah seluas 8 ekar di Lot 122, Kampong Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.
Projek yang dijangka menelan belanja RM 2.5 juta itu bila siap kelak merupakan satu komplek perubatan homeopati yang serba lengkap dan canggih didunia kerana senibina serta lanskapnya bercirikan alam semulajadi dan mesra alam, sesuai dengan kehendak pengamalan perubatan homeopati yang mementingkan konsep rawatan mesra alam.
Sekata yang diketahui mungkin inilah satu-satunya pusat perubatan yang diwujudkan berkosepkan ciri 'Health Resort' dimana semua bentuk rawatan perubatan alternatif seperti Homeopati, Akupunktur China, Reflexologi, Thai Massage, Naturopathy, Iridologi, Mandi Wap boleh didapati di Pusat Perubatan ini.
Kemudahan Asas
Kemudahan lain yang disediakan termasuklah, rumah tumpangan bagi pesakit sebagai homestay, sebuah hospital homeopati dan 100 katil pesakit 3 tingkat, 12 biji chalet senibina traditional, 1 chalet atas air, 2 buah asrama untuk pelajar dan pelancung, 2 buah kolam ikan air tawar, 1 buah kolam renang, 10 biji rumah rehat, 2000 meter jalan batu kerikil untuk reflexologi, internet kafe untuk penghuni komplek sahaja, sebuah Masjid dan Pusat pengajian Tahfiz, Seluroh tanah menjadi Taman buah-buahan termasuk 200 buah pokok kelapa wangi, madu dan mawar, 500 pokok salak madu, pokok noni atau mengkudu, Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan lain-lain pokok berubat.
Jika anda disini, anda akan menjadi tenteram kerana konsep Pusat Perubatan ini berlandaskan mesra alam, dikelilingi suana menghijau dengan sawah padi terbentang serta lanskap yang menarik, tentu sekali menyejukkan mata memandang dan memberi ketenangan pada jiwa yang menderita. Pada perkiraan kami, penderitaan pesakit akan cepat sembuh bila berada di Taman ini
12 orang doktor-doktor dan jururawat homeopati dan akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merupakan tunggak utama kepada Pusat Perubatan ini, dimana pesakit akan sentiasa diawasi sepanjang tempuh 24 jam. Kami akan memberi sebaik mungkin perkhidmatan kepada pesakit serta pengunjung ke Pusat Perubatan kami, tidak kira apa bangsa atau warna kulit.
Oleh itu, jika anda bercita-cita untuk menghantar ibu atau bapak anda untuk dijaga oleh kami, anda tidak perlu risau apa-apa, makan minum serta kesihatan mereka akan kami jaga sebaik mungkin seandainya anda juga bertanggunjawab melanksanakan kewajipan anda terhadap kami.
Belajar Homeopati / Akupunktur
Fakulti Perubatan Homeopati dan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur memang sebagi sebuah IPTS yang khusus untuk pengajian perubatan alternatif dalam jurusan homeopati , akupunktur dan lain-lain. Jika anda atau anak-anak anda berminat untuk mempelajari ilmu-ilmu perubatan ini, silalah menghubungi kami segera. Kami akan mendidik anak-anak anda untuk menjadi seorang doktor homeopati atau ahli akupunktur yang berwibawa dan bertanggungjawab.
Asrama pelajar disediakan. Cara belajar sila lihat dalam Menu Program
Taman Burong Dari Siberia
Kedudukan Kampus Baru di Pasir Mas ini diatas sebidang tanah padi seluas 8 ekar merupakan suatu resort yang benar-benar uni, dimana, dibelakang kolej ini terdapat 3000 ekar sawah padi yang menjadi taman burong yang begitu besar. Pada waktu-waktu tertentu, anda dapat melihat beribu ekor burong dari berbagai spesis datang berkunjung ketaman ini , sekadar untuk berihat setelah mengelilingi berpuloh-puloh ribu kilometer perjalanan . Mengikut para penkaji burong, spesis burong-burong ini mungkin datang dari Siberia, Russia, Europah atau China.
Pondok Agama Traditional Ala Kelantan
Tidak jauh dari Pusat Perubatan kami ( kira-kira 5 mint perjalanan) terdapat 60 biji pondok traditional yang mengajar Al-Quran, Hadith dan kitab-kitab Melayu lama. Sesiapa yang berminat boleh mengaji atau belajar di pondok ini secara percuma. Waktu mengajar ialah selepas subuh, zuhur, ashar, magrib dan Isyak.
Sebagai Tetamu / Pelancung
Jika anda mahu tinggal di chalet atau asrama kami sebagi pelancung atau tourist, anda boleh menginap dimana-mana chalet yang anda sukai dengan harga bayaran RM50 bagi satu chalet (2 orang ) atau RM 10.00 satu kepala ( 4 orang satu bilek) bagi asrama. Sila buat tempahan awal kepada: Abang Jak Tel: 09-7972782. Bilek dan Asrama kami boleh menampung 150 tetamu dalam satu waktu.