Konferen Asia Pasifik Bagi Homeopathy, Akupunktur & Perubatan Oriental ke 5 - Berlangung di Kota Bharu Pada 3,4,5 Sept.,2000
Kota Bharu:
Kira-kira 350 orang terdiri dari doktor-doktor pakar homeopati, akupunktur dan perubatan alternatif dari seluruh dunia telah berkumpul dan berbahas mengenai perubatan alternatif / komplementary disini baru-baru ini.
Sebanyak 30 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar tersebut diantaranya ialah pengubatan barah oleh Prof Toradebella dari Spanyol, Akupunktur oleh Prof Dr Sir Anton Jayasuriya, Sri Lanka, I Ching oleh Prof Jeff Nagel, USA dan lain-lain lagi.
Perasmian telah dilakuakn oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam ucapannya Dato Nik Aziz menyeru supaya ahli-ahli homeopati dapat membantu para pesakit dengan jujur dan ikhlas demi untuk memberi penyembuhan segera kepada pesakit.
Hospital Homeopati di Pasir Mas
Pada majlis yang sama Dato Nik Aziz telah merasmikan pembinaan kampus baru Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia di Pasir Mas, Kelantan, yang dijangka menelan belanja RM 2.5 juta. Beliau mengharapkan dengan adanya kampus baru dan Hospital Homeopati Kelantan yang baru, lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang berminat dengan perubatan ini datang ke Kelantan untuk mempelajari ilmu perubatan ini. Kerajaan Kelantan dibawah pimpinannya sedia untuk memberi apa juga bantuan yang diperlukan bagi menjayakan cita-cita tersebut.
Sementara itu Prof Dr Nik Omar dalam ucapan pembukaannya telah memberi jaminan bahawa ahli-ahli homeopati dan akupunktur dibawah bimbingannya akan berusaha sedaya upaya bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk di Malaysia khusunya dan didunia amnya.
Pada majlis yang sama Dr Nik Omar, selaku pengerusi dan presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Malaysia telah dianugerahkan dengan 'Knighthood of Malta' yang membawa gelaran 'Sir' kerana jasa-jasanya yang mengembangkan homeopati dan akupunktur baik di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Malah jasa-jasanya tidak hanya terlibat dengan perkembangan homeopati semata-mata, tetapi jauh dari itu Dr Nik Omar juga merupakan salah seorang doktor homeopati yang paling aktif didunia dengan menubuh dan memberi perkhidmatan sukarela kepada seluruh penduduk dunia termasuk di Thailand, Pakistan, Sri Lanka, Afghanistan, India dan lain-lain.
Konferen yang dianggap terbesar diadakan di Malaysia ini telah menonjolkan Malaysia sebagai salah sebuah pusat perkembangan serantau bagi pengajian perubatan homeopati dan akupunktur
Upacara penutup telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Abd Halim Abd. Rahman.