Rawatan Akupunktur Masih Popular Oleh Sharifah Salwa Syed Akil, Berita Harian 30 Nov.,2000.
Akupunktur adalah perubatan menggunakan teknik tusukan jarum halus padatitik tertentu dan dikenali sebagai acupuncture point.
Rawatan jenis ini digunakan semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang bunti Afrika, Arab tigerls, Mesir kuno, India dan China. Dikalangan ahli perubatan, mereka memberi pengiktirafan kepada China kerana pengalaman itu banyak diamalkan rakyat mereka sejak 4000 tahun silam sehingga ke kini.
Di Malaysia, perubatan akupuntur dikembangkan oleh pengasas Institut Penyelidikan Perubatan Akupuntur Malaysia (RIMAc), Prof Dr Nik OMar Nik Daud dan hari ini bilangan pesakit yang menggunakan kaedah akupuntur di Malaysia semakin meningkat.
Dr Nik Omar berkata, pada zaman kuno orang China menggunakan batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas perawatan untuk menekan atau munusuk di bahagian tertentu badan.Pada zaman moden, alat itu diganti dengan jarum halus yang diperbuat daripada pelbagai jenis logam seperti jarum perak dan emas.
"Jarum emas paling mahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga 'qi' 100 kali ganda kekeuatan daripada jarum perak.Pada jarum ini tersedia magnetik yang kita namaklan kuasa ubat.Sebab itulah, apabila ditusuk ke titik khas pada badan, jarum itu mengeluarkan rasa berdenyut, kebas, berat atau bengkak.
Semua rasa itu dikenali sebagai 'deqi' mengeluarkan arus elektrik yang dinamakan koleteral, channel atau meridian. Ia boleh mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan penyakit.
"Jarum biasa mempunyai ukuran badan,besar dan keras berbanding jarum akupuntur yang sehalus rambut.Ia diperbuat daripada logam khas bermagnet tanpa lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah,"kata beliau di kliniknya di sini, baru-baru ini.
Dipercayai pada setiap tubuh manusia terdapat seribu titik akupuntur yang terletak sepanjang 12 aliran utama pada separuh tubuh.Bagi merawat penyakit, ahli akupuntur perlu memilih antara 8 hingga 12 titik daripada seribu titik itu.
Bagi mencari punca penyakit, jarum ditusuk di bahagian yang dikenal pasti.Contohnya, jika pesakit menghidap penyakit kencing manis, jarum itu ditusuk di betis.
"Apabila dicucuk di mana-mana bahagian, satu arus mengalir ke otak dan mengarahkan hormon mencari punca penyakit.Kebiasaan tusukan jarum akupuntur di badan tidak mendatangkan kesakitan kerana jarum yang digunakan terlalu halus, lembut dan tajam."
"Jarum itu diletakkan di lapisan atas kulit antara satu 0.5 hingga 1.0 sentimeter.Untuk mengalami kesakitan amat tipis, kecuali pesakit itu menghidap kecacatan sejak lahir, barah dan jangkitan penyakit serius.Jarum akan dibiarkan antara 15 hingga 45 minit untuk sekali rawatan."
"Sebelum rawatan diberikan, analisis dibuat berdasarkan gejala yang ditunjukkan pesakit selepas 30 hingga 45 minit menjalani kaedah akupuntur.Gejala yang ditunjukkan itu dibincangkan dengan doktor dari Barat bagi menentukan diagnosis dan pelan rawatan.
"Selepas itu rawatan diberi diteruskan sama ada menggunakan teknik rawatan integrasi akupuntur dengan homeopati atau akupuntur dengan herba,"katanya.
Perubahan seterusnya diteliti bagi menyesuaikan bentuk rawatan mengikut keadaan pesakit.Pesakit perlu menjalani rawatan ulangan sekurang-kurangnya 8 hingga 15 kali bergantung pada tahap penyakit.Rawatan ini mungkin mengambil masa lama terutama penyakit lumpuh.
Web Homeopati: www.oocities.org/fakulti |