Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia
Pembuktian Penyembuhan Ubat-Ubat Homeopathy
London, Selasa- Walaupun sistem perubatan hormoeopati terus bertahan lebih 100 tahun, malah semakin berkembang dibeberapa buah negara. Ia pada umumnya dicemuh oleh pengamal perubatan cara ortodoks kerana mereka tidak nampak bagaimana perubatan homoeopati boleh menyembuhkan penyakit.
Satu penyelidikan oleh seorang saintis di Perancis baru-baru ini bagaimanapun mungkin dapat mengubah pandangan pengamal perubatan cara ortodoks terhadap perubatan homoeopati.
Penyelidikan oleh Prof Jacques Benveniste dari Institut Penyelidikan Perubatan Perancis itu bukannya dilakukan bagi pihak homoeopati tetapi hasilnya, yang dicontohi oleh saintis lain, mungkin dapat mempengaruhi mereka yang tidak yakin terhadap homoepati untuk lebih memandang tinggi sistem perubatan alternatif itu.
Pengarang jurnal sains yang terkemuka Nature menganggap usaha Prof Benveniste itu sebagai penting untuk dimuatkan dalam jurnal itu walaupun ia dilaporkan dengan berhati-hati kerana mereka tidak dapat mencari alasan saintifik tentang hasil penyelidikan itu.
Pengarang itu sendiri menyatakan untuk menerima prinsip itu yang nampaknya terletak diperingkat akhir penyelidikan,akan "mengubahkan permerhatian dan rasional fenomena fizikal selama dua abad." Dengan perkataan lain, peratuaran saintifik sekarang perlu dipinda.
Prof Benveniste menjalankan penyelidikan mengenai manusia dengan membuat ujikaji kesan beberapa antibodi atas sel darah putih manusia.
Apabila digerakkan oleh alergen, sel itu akan menhasilkan sejenis bahan kimia dinamakan "histamines" yang menyebabkan rasa tidak selesa secara fizikal kepada seseorang penghidap rinitis alergik (hay fever) atau asma.
Bagi menentukan banyak mana antibodi yang digunakan dalam penyelidikan itu boleh menyebabkan reksi itu. Prof Beveniste memulakan proses pencairan yang didapati menghasil keputusan yang yang sangat memuaskan. Beliau mendapati walaupun pencairan yang sedikit ( sepertimana cairan ubat homeopati) ia tetap menyebabkan sel darah putih menghasilkan 'histamines' .
seseorang yang tahu prinsip homeopati tidak akan merasa hairan dengan penemuan ini kerana biasa begini adalah biasa bagi mereka. Pada awal tahun 1800 DR Samuel Hahnemann dari Germany telah membuktikan bahawa ubat-ubat yang dihasilkan dari dos-dos yang kecil dan halus itu mampu menyembuhkan penyakit-penyakit yang diderita manusia mengikut apa yang belaiu namakan sebagai undang-undang keserasian atau similar similibus curentur.
Ketika memebri penjelasan tentang keupayaan penyembuhan melalui ubat-ubat homeopati kepada mahasiswa tahun lima di fakulti perubatan Homeopati Malaysia pada tahun 1995 Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar homeopati antarabangsa telah membuktikan kejayaan-kejayaan penyembuhan pada ubat-ubat homeopati ialah kerana 'kuasa dinamis' yang halus yang ada pada ubat-ubatan homeopati bertindak lebih berkesan dari mana-mana ubat yang dihasilkan secara pati atau 'crude form'
Pada tahun 1989 sewaktu persidangan Liga Perubatan Homeopathy Asia di Kota Bharu, Prof Dr Jugal Kishore, seorang doktor peribadi kepada Presiden India, telah menyatakan bahawa ubat-ubat homeopati yang dilarutkan pada kadar 1: 99 bahagian air sulin atau alkohol dapat mengerakkan tenaga hayat manusia untuk memberi penyembuhan.
Pada tahun 1980 pembuktian tindak balas ubat homeopati dengan dos yang kecil merangsang dayatahan pesakit kearah penyembuhan telah dibuktikan pula oleh Dr Mary Blackie, seorang doktor peribadi kepada Ratu England Queen Elezabeth, dimana beliau menyatakan pembuktian unggul homeopati adalah 'pemyembuhan' yang dapat diceritakan sendiri oleh pesakit-pesakit kepada anda.
Dr Geoge Vithoulkas dari Amerika Syarikat pula telah membuktikan secara saintifik bahawa kuasa penyembuh ubat-ubat homeopati terletak kepada keunikan yang ada pada ubat-ubat homeopati yang dihasilkan mengikut teori atom dimana semakin halus sesuatu sifat ubat itu, semakin bertenaga satu-satu ubat itu digunakan terhadap manusia.
Berita dari London. 1980
Senarai orang-orang ternama menggunakan ubat-ubat homeopati
King George, Queen Victoria, Ratu England, Queen Elizabeth 11, Prince Charles , Mahathma Gandhi, Tine Turner, Sir Yehudi Menuhin, Dizzy Gillespie, Elizabeth Taylor, Count Badetzky, Bismark, Presiden Ayub Khan, Barbara Cartland, Mark Twin, Susan Hampshire, Princess Diana, Ribbie William, etc