Fakulti Homeopathy Malaysia
( Founded by Prof Dr Sir Nik Omar in 1979 )
Institusi Dalam Taman
Selain dari sistem pendidikan dan pembelajaran homeopati yang baik, kecemerlangan sesebuah Institusi itu turut diukur daripada persekitarannya yang bersih dan indah. Justeru itu kolej kami Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan juga Research Institute of Medical Acupuncture ( dua jabatan yang berlainan dalam satu university), merupakan satu-satunya kolej perubatan alternatif yang terbaik di Malaysia, malah dirantau ini dengan mempunyai kelengkapan yang serba canggih seseuai sebagai kolej bistari pada laf baru ini.
Ditubuhkan pada 10 April 1979 kolej ini terletak di kampus utamanya di No.1 Lorong Masjid Kampong Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, kira-kira 15 minit perjalanan dari Kota Bharu.
Pesekitaran Kolej
Namun apa yang menarik ialah kedudukan persekitaran kolej ini yang telah melaksanakan konsep alam semulajadi atau mesra alam iaitu universiti kolej dan hospital homeopati yang berada dalam taman dalam kampong yang dikelilingi oleh rimbunan dusun buah-buahan yang segar dan teratur.
Sesiapa yang mengunjungi kolej ini akan terpukau dan terpesona melihat alam sekelilingnya yang cantik dan bersih serta dipenuhi dengan berbagai spesis tumbuh-tumbuhan buahan tempatan seperti langsat, manggis, rambutan, durian dan sebagainya yang memberi sokongan menceriakan suasa perkampungan yang tenang dan nyaman .
Satu lagi yang unik pada kolej ini ilah kicauan berbagai spesis burong yang bersiul hampir setiap waktu, terutama diwaktu pagi dan senja, malah ada juga burong-burong liar ini bersenda-gurau bersama mereka diatas hamparan rumput disekitar kolej ini, tanpa memperdulikan orang-orang yang lalu lalang. Inilah yang unik sekali pada kolej ini, dan anda mungkin tidak akan ketemu dengan kondisi ini dimana-mana pusat perubatan lain.
Mesra Alam
Rama-rama dan unggas turut serta bermain diranting bunga-bunga dipersekitaran kolej ini. Pun begitu, jika anda bernasib baik, anda akan ketemu dengan tupai, biawak atau mengkarong yang turut menumpang bercanda ditaman ini. Haiwan ini agak sukar anda ketemu dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta atau sebagainya.
Pendik kata terjadinya kondisi seumpama ini tidaklah dirancang terlebih dahlu, namun atas kehendak Allah swt. Ini sudah cukup membuktikan betapa mesranya alam sekeliling dengan kolej dan hospital homeopati kami, yang se memangnya sesuai dijadikan sebagai satu simbol keaman, ketenangan dan kemesraan bagi setiap pelajar, pesakit atau tetamu yang berkunjung ke tempat kami.
Kampus Baru Fakulti di Pasir Mas, Kelantan.
Nota: Tapak kolej ini akan dipindahkan ke Kampus Baru kami di Kg Gelang Mas, Pasir Mas, kelantan menjelang tahun 2002 dan taman yang sedang dalam proses pembinaan itu lebih cantik dan molek dari, taman yang sedia ada. Dalam tapak baru di Pasir Mas, kami tanam 1000 spesis pokok termasuk 200 pohon kelapa wangi dan kelapa mawar, 1000 pokok salak, pokok mengkudu (noni), tonkat Ali, Kacip Fatimah, Senduduk, dll. Landskap kampus baru memang mengkagum dan memukau pengunjung.