2.0 Tauhid Rububiyah dan Pengertiannya
3.0 Tauhid Uluhiyyah dan Pengertiannya
4.0 Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah adalah Asas Keimanan
4.1 Hidup Untuk Tujuan Beribadah Hanya kepada Allah
4.2 Menolak Kepada Kepatuhan dan Ketaatan Kepada Selain daripada Allah
4.3 Membina Kehidupan Di Dunia Menurut Peraturan-peraturan Allah
4.4 Menegakkan Masyarakat Manusia Berlandaskan Tauhid Kepada Allah
5.0 Pengertian Kalimah Syahadah
5.1 Ilah Sebagai Tempat Tumpuan atau Matlamat Pengabdian
5.2 Ilah Sebagai Tempat Perlindungan
5.3 Ilah Sebagai Tumpuan Kecintaan
Islam adalah al-Din yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Al-Din dalam pengertian bahawa ia adalah satu cara hidup yang merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh serta undang-undang yang lengkap dalam semua urusan kehidupan manusia. Islam adalah al-Din yang berintikan iman dan 'amal. Iman itu merupakan 'aqidah atau pokok dan di atasnya berdiri syari'at Ialam. Kemudian daripada pokok itu keluarlah cabang-cabangnya.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selatu ingat." (Ibrahim: 24-25)
Iman dan ‘amal ataupun dengan kata lain, ‘aqidah dan syari’at, tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Keduanya adalah umpama buah dengan pohonnya atau sebagai natijah dengan muqaddimahnya.
Pengertian kepada keimanan atau 'aqidah itu tersusun daripada enam perkara:
Keimanan kepada Allah
Keimanan kepada 'alam yang gha'ib
Keimanan dengan kitab-kitab
Keimanan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul
Keimanan kepada hari akhirat
Keimanan kepada qada' dan qadar atau taqdir
Asas kepada 'aqidah Islamiyyah adalah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah inti daripada Islam itu sendiri.
Al-Qur'an keseluruhannya berbicara tentang tauhid, baik dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang adanya Allah serta sifat-sifat-Nya dan juga dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.
Bersumber daripada tauhid ini lahirlah cabang-cabangnya yang berupa peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan serta menanam tauhid terhadap Allah ke dalam hati setiap orang yang beriman.
Beriman kepada tauhid rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Rabb atau Pencipta dan Penguasa terhadap tiap-tiap sesuatu. Ini juga bererti mengimani bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahan-Nya, Allah adalah Pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan melainkan dengan seizinNya.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya.” (Yunus: 107)
Beriman dengan tauhid rububiyyah juga bererti beri’tiqad bahawa Allah ialah Tuhan yang menciptakan ‘alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga. Hakikat rububiyah Allah ini dinyatakan dalam Firman Allah yang mafhumnya:
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Rab) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: 'Tuhanku Yang menghidupkan tan mematikan.' orang itu berkata: 'Aku dapat menghidupkan tan mematikan.' Ibrahim berkata: 'Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,' lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: ‘Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah robohnya?' Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya; ‘Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?’. la menjawab: ‘Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Allah berfirman; ‘Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya: lihatlah kepada makanan tan minumanmu yang belum lagi berubah: lihatlah kepada kaldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; tan lihatlah kepada tulang belulang kaldai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami menutupnya dengan daging.' Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang mati) dia pun berkata. 'Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.’
Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: ‘Ya Tuhanku perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.' Allah berfirman 'Apakah kamu belum percaya?.' Ibrahim menjawab: 'Aku telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hatiku.' Allah berfirman: '(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung-burung itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Sesudah itu panggillah dia, niscaya dia akan datang kepada kamu dengan segera.' Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (A1-Baqarah. 258-260 )
Fitrah insaniyah sudah sedia mengenali dan mengakui rububiyyah Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumf?.' Tentu mereka akan menjawab: 'Allah'. Katakanlah: ‘Segala puji bagi Allah': tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Luqman: 25)
Oleh kerana kesan fitrah ini, sejauh mana sekalipun seseorang itu melafazkan keingkarannya terhadap rububiyyah Allah, ketika dalam keadaan yang tersepit ia tetap akan kembali merayu kepada Allah.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan keta'atan kepadaNya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, Ialu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar.” (Luqman: 32)
Naluri semula jadi untuk berpegang kepada sesuatu ajaran yang berteraskan kepada 'aqidah tauhid ini telah dijelaskan oleh al-gur'an yang mafhumnya sebagai berikut:
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Din (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) ad-Din yang Lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar-Rum: 30)
Perakuan manusia terhadap rububiyyah Allah telah digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya yang mafhumnya:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeiuarkan keturunan anak anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): 'Bukankah Aku ini Rabbmu?' Mereka menjawab: 'Betul (Engkau Rabb kami), kami menjadi saksi. (Kami lakukan demikian) agar pada hari Kiamat kamu tidak mengatakan: 'Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (Keesaan Allah). Atau agar kamu tidak mengatakan: 'Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang datang sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan binasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?.” (AI-A'raf 72-73)
Daya memahami adanya Allah Yang Maha Pencipta, sudah semula jadi dibekalkan ke dalam naluri manusia. Persoalannya adalah sama ada fitrah ini dipupuk, diseleweng atau dibenteras. Sekiranya dibenteras, insan tadi menzalimi dirinya hidupnya. Sekiranya terseleweng, akan songsanglah insan tadi mengharungi hidup ini.
Sekiranya naluri atau fitrah ini dipupuk, dididik dan dipertingkatkan ketaqwaannya, natijahnya akan terpancarlah satu keyakinan yang bulat bahawa Allah sahajalah sumber cipta dan Allah sahajalah yang berhak menerima pengabdian yang penuh.
Persaksian terhadap rububiyyah Allah menuntut manusia untuk beriman kepada tauhid uluhiyyah melalui 'ibadah. 'Ibadah dalam ertinya yang sebenar, iaitu setiap perbuatan lahir dan batin yang dilakukan sematamata untuk mendapatkan keredaan Allah. Oleh itu maksud tauhid uluhiyyah ialah seseorang itu mentauhidkan Allah di segi pengabdian.
Beriman kepada uluhiyyah Allah bererti beri'tiqad bahawa hanya Allah berhak di sembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta pertolongan. Ini bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku seluruhnya di atas petunjuk dan perintah Allah semata-mata. Tauhid uluhiyyah juga menuntut seseorang meyakini kemutlakan kekuasaan Allah atas segala sesuatu di dalam 'alam semesta ini. Keyakinan ini menetapkan bahawa hanya Allah berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluq yang dicipta-Nya.
Beriman kepada tauhid uluhiyyah bermaksud menolak segala selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah la ilaha illallah. Kerana tauhid uluhiyyah inilah, maka Allah telah mengutuskan rasul-rasulNya. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan tiada Kami mengutus seorang rasul sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu akan Aku.” (Al-Anbiya': 25)
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul pada tiap tiap urnat (untuk menyerukan) sembahlah Allah dan jauhilah taghut.” (An-Nahl: 36)
Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid rububiyyah dengan mempercayai qudrat Allah, tadbirNya dan rezeki-Nya. Tetapi mereka mengingkari dalam i'tiqad, perkataan dan perbuatan terhadap uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada selain daripada Allah, mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada syari'at Allah dengan lidah atau hati.
Keselarasan di antara tauhid rububiyyah dengan tauhid uluhiyyah amatlah penting demi memastikan keimanan yang jati terhadap Allah. Ini adalah kerana tauhid rububiyyah adalah merupakan keyakinan yang bulat dalam bentuk pengakuan bahawa Allah adalah sumber cipta. Sedangkan tauhid uluhiyyah pula adalah satu pengakuan bahawa yang wajid disembah hanyalah Allah, tidak ada sesuatu yang lain yang berhak disembah dan dipatuhi selain dari-Nya.
Tauhid rububiyyah melahirkan keimanan kepada tauhid uluhiyyah. Tauhid uluhiyyah pula adalah pengesaan Allah dengan perbuatan 'abid. Perbuatan ini membezakan di antara muslim dan bukan muslim.
Kedua-dua tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah adalah asas kepada keimanan seseorang 'abid. Ini adalah kerana keyakinan yang teguh terhadap tauhidullah menjadi satu simpulan yang kukuh di dalam jiwa seseorang. Simpulan yang kukuh inilah yang dinamakan iman.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan putus.” (Al-Baqarah: 255)
Tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah menjadi asas keimanan kerana ia menetapkan beberapa asas utama dalam menentukan jalan kehidupan manusia di atas dunia ini. Asas-asas tersebut adalah:
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku" (Adz-Dzariyat: 56)
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk belibadah kepada-Ku." (Az-Dzariyat: 56)
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): 'Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.” (An-Nahl: 36)
Taghut ialah semua yang disembah atau yang dipatuhi selain dari Allah. Allah menyintai keimanan dan benci kepada kekafiran para hamba-Nya. Oleh kerana itu Allah mengutus rasul-Nya untuk menggembirakan orangorang yang beriman dan mengancam orang-orang yang kafir
Firman Allah yang mafhumnya:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan agar kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka serta ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasihsayang serta ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka mendidik aku sewaktu kecil dahulu.” (AI-Isra': 23-24)
“Dan sembahlah olehmu akan Allah, janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa, karib kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat, ibnus sabil dan hamba sahayamu” (An-Nisa': 36)
Perintah jangan menyembah selain Allah adalah satu perintah yang menyeluruh. Perintah ini bermula dari peng'abdian yang sepenuhnya kepada Allah hinggalah perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan seterusnya. Oleh kerana itu seorang yang benar-benar beriman akan membina kehidupannya, keluarganya dan masyarakatnya menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah.
Tauhid uluhiyyah menggariskan dasar pembangunan sebuah masyarakat Islam. Finnan Allah yang mafhumnya:
"Katakanlah : Marilah kubacakan apa yang diharamkan Allah atas kamu. Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapamu. Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. Janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang nampak antaranya mahupun yang tersembunyi. Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah metainkan dengan sebab-sebab yang benar. Demikianlah yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahaminya. Dan janganlah kamu mendekati arta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih manfa'at hingga ia dewasa. Dan sempumakanlah takaran dan timbangan dengan 'adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendakLah kamu berlaku 'adil walaupun ia adalah kerabatmu. Dan penuhilah janji Allah (perintah-perintah-Nya). Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu ingat. Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutitah dia; janganlah kamu mengikuti jalan jalan (yang lain), kerana jalanjalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.” (Al-An'am: 151-153)
Syahadah membawa erti: pengetahuan, penerangan, pengkhabaran dan pernyataan. Sebab itu orang yang bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang diketahui olehnya.
Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian ikrar, ftiraf, ftiqad; iaitu pengakuan, pengi'tirafan dan kepercayaan. Seseorang yang bersyahadah memang mempercayai akan kebenaran dan apa yang diperkhabarkannya.
Persaksian: "La ilaha illa Allah"-"tiada ilah melainkan Allah" merupakan bahagian pertama dari kalimah pengakuan keimanan, ia bermaksud tiada sesuatu pun yang layak ditujukan pengabdian melainkan Allah.
Dalam kata-kata "la ilaha illa Allah" ini terdapat penafian dan penegasan atau ithbat. Yang dinafikan itu ialah tiap-tiap sesuatu daripada hakikat ketuhanan atau kedudukan sebagai tuhan yang lain daripada Allah. Adapun kata-kata illa Allah pula mengithbatkan hakikat ketuhanan Tuhan Yang Maha Esa lagi Tunggal, iaitu Allah. Perkataan ilah membawa beberapa pengertian yang saling melengkapi:
Dengan syahadah seseorang muslim itu mengakui bahawa tiada apa pun yang berhak disembah selain Allah. Allah sahajalah tempat peng'abdiannya dan tiada sesuatu yang lain. Firman Allah yang mafhumnya:
“Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan.” (A1-Hajj: 77)
“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta 'Alam. ” (Al-An'am: 162)
“Dan tiada mereka diperintahkan kecuali menyembah (menta'ati) Ilah yang Esa yang tiada Rah melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.” (At-Taubah: 31)
Pengertian Allah sebagai tumpuan dan matlamat peng'abdian ialah seseorang muslim itu mestilah membentuk hidupnya agar berterusan berada di dalam 'ubudiyyah kepada Allah. Segala khidmat di dalam hidupnya adalah ditujukan untuk menta'ati perintah Allah. Dengan ini ia bererti bahawa seseorang muslim itu mesti menolak segala perkhidmatan yang bertentangan dengan kehendak Allah.
Dengan syahadah seseorang muslim itu meyakini bahawa tidak ada sesiapa pun yang mampu memberi perlindungan selain daxipada Allah. Segala perlindungan yang diberikan oleh mana jua makhluq adalah bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan-Nya. Allah bebas menarik keizinan-Nya pada bila-bila ketika yang dikehendaki-Nya.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Katakanlah: Aku berlindung pada Rabb manusia, Raja manusia, Ilah manusia.” (An-Nas: 1-3)
“Dialah Rab timur dan barat, tiada Ilah melainkan Dia. Maka terimalah Dia sebagai pelindung.” (Al-Muzzammil: 9)
Bersesuaian dengan hakikat ini timbullah keyakinan bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfa'at atau mudarat kepada manusia.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Katakanlah: Mengapa kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi.mu mudarat mahupun manfa'at?. Padahal Allah Yang Maha Mendengar Iagi Maha Mengetahui.” (Al-Ma’idah: 76)
Hasil dari keyakinan ini maka seseorang muslim itu akan membebaskan dirinya dari segala pautan ketakutan dan pengharapan yang lain dari Allah.
Akibatnya luputlah rasa gentar terhadap sesiapa sahaja dari kalangan rnakhluk dalam ia melaksanakan perintah Allah.
Seorang muslim yang menjadikan Allah sebagai Tempat Perlindungannya sentiasa menjadikan Allah sebagai sumber Pembantunya. Firman Allah yang mafhumnya:
"Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan ni'mat-Ku atas kamu dan supaya kamu mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 150)
Dengan kalimah syahadah ini, seseorang muslim akan hanya menjadikan Allah sebagai tempat pergantungannya. Keimanan kepada Allah menjadikan jiwanya tenang dan bebaslah dirinya dari rasa keluh kesah dan perasaan takut. Akan tergolonglah ia di kalangan orang-orang yang disebut oleh Allah yang mafhumnya:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan pada mereka dan tidak pula mereka bersusah hati.” (Yunus: 62)
Pengertian yang terkandung di dalam kalimah syahadah juga menuntut bahawa Allah adalah tumpuan kecintaan. Ini dijelaskan di dalam firman Allah yang mafhumnya:
“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq” (At-Taubah: 24)
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka menyintainya sebagai-mana mereka menyintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)
Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Tiga
perkara sesiapa yang memilikinya akan merasakan kemanisan iman, Iaitu apabila
Allah dan RasuI-Nya lebih dicintainya dari segala sesuatu. Apabila seseorang
mengasihi seseorang lain kerana Allah. Dan apabila ia benci untuk kembali kufur
sebagaimana bencinya ia sekiranya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Bukhari, Muslim)
Di sini syahadah menjelaskan satu hakikat yang nyata, iaitu Allah sahajalah
yang memberi rezeki. Makhluq hanyalah sebagai pembawa dan penyampainya sahaja,
bukan sumber dan tidak berupaya untuk menambah atau menguranginya walau sedikit
pun. Firman Allah yang mafhumnya:
“Hai manusia, ingatlah akan ni'mat Allah
kepadamu. Apakah ada pencipta setain Allah yang dapat memberi kamu rezeki dari
Langit dan bumi?. Tiada Ilah selain Dia. Maka di manakah 'aqalmu?.” (Al-Fatir: 3)
Yang dimaksudkan rezeki ialah segala apa yang didapati
oleh manusia di-dunia ini, sama ada berupa benda, masa, kemudahan dan juga
perkara-perkara seperti kesihatan dan keamanan, pendeknya segala ni'mat yang
diberikan Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang
akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?.”
(Al-Mulk: 30) “Katakanlah:
Bagaimana keadaan kamu jika Allah mencabut pendengaran kamu, dan penglihatan
kamu serta menutup hati
5.4
Ilah sebagai
Pemberi Rezeki
kamu ('aqal), apakah ada ilah selain Allah yang
berkuasa mengembalikan kepada kamu?.” (Al-An’am: 46)
Seseorang muslim yang benar-benar memahami pengertian Ilah yang terkandung di dalam syahadah akan melepaskan dirinya dari sebarang pergantungan kepada selain dari Allah dalam mendapatkan rezekinya. Ia yakin bahawa segala sumber rezeki adalah dari Allah.
Persaksian: "Muhammad Rasul Allah" merupakan bahagian keduanya yang membawa pengertian bahawa pengabdian ini mestilah dilakukan berlandaskan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Syahadah dengan Rasul bererti penerimaan terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengimani kerasulan Rasulullah s.a.w bahawa seseorang itu telah mengimani nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, sekelian malaikat, semua kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah, Hari qiyamah serta juga qada' dan qadar, yang semuanya diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Demikian juga beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, bererti seseorang itu telah menerima segala Rukun Islam dan Rukun Iman yang dibawa olehnya dan juga seluruh daripada apa yang ada di dalam al-Qur'an dan hadithnya.
Seorang muslim yang dikatakan telah beriman ialah seorang yang benarbenar dapat rnemahami serta menghayati bukan sahaja di segi katasebutnya bahkan juga dari bisikan hatinya akan pengertian risalah yang dibawa oleh kalimah ini. Ini ialah kerana kesemua rukun-rukun Islam dan rukun-rukun Iman itu berasaskan kepada kalimah ini, dan punca segala ajaran ini adalah dari Allah melalui Rasul-Nya.