MODUL 2

2.1    Rukun-rukun Iman

1.0    Yang Wajib bagi Allah ada Dua puluh sifat

2.0     Beriman Kepada Malaikat

3.0     Beriman Kepada Kitab

4.0     Beriman kepada Para Rasul

5.0     Beriman kepada Hari Akhirat

6.0     Beriman Kepada Qada' dan Qadar


1.0    Yang Wajib bagi Allah ada Dua puluh sifat

Kewajipan yang pertama bagi setiap mukallaf ialah mengetahui perkara-perkara yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Allah.

1.1    Wujud

Adanya Allah secara zati (wujudnya tidak diambil, atau tidak bersumber daripada wujud yang lain). Wujudnya adalah wajib (tidak tergambar di dalam akal akan tiadanya), Wujudnya tidak seperti wujudnya diri kita yang baru (didahului oleh tiada) di mana diri kita yang ada ini adalah diadakan oleh Allah.

Sebagai dalil kewujudan Allah ialah adanya alam yang ajaib ini, yang kita lihat dan rasa di sekitar kita, apabila sabit barunya alam ini maka sudah semestinya ada yang menciptakannya iaitu Allah.

Dalil alam ini baru: menurut Frank Alan (pengarang buku "Allah Nyata di Zaman Sains"): "Prinsip-prinsip termodinamik menunjukkan bahawa himpunan zat-zat di alam ini akan kehilangan kepanasaannya secara beransur-ansur, ianya terus berjalan hingga ke saat berlakunya seluruh jisim berada dalam darjah kepanasan yang paling rendah, di kala itu tenaga akan hilang dan kehidupan tiada lagi.

Matahari panas, bintang-bintang yang berkelip dan bumi yang kaya dengan berbagai kehidupan kesernuanya membuktikan dengan jelas bahawa asal alam ini mempunyai kaitan dengan satu zaman yang bermula daripada satu waktu tertentu. Dengan ini ianya adalah di antara perkara-perkara yang berlaku (baru) tetapi andainya alam ini azali (tiada permulaan) wujudnya seperti yang disangka oleh golongan atheis nescaya tenaga yang ada ini telah hilang sejak dulu lagi.

Apabila terbukti alam ini baru (wujudnya ada permulaan) maka hendaklah diketahui bahawa yang baru itu adalah sama kedudukannya iaitu ada dan tiada, dengan itu sudah tentu ada yang menentukan wujudnya daripada ketiadaannya dulu. Selama ianya tetap tidak boleh mengadakan dirinya sendiri daripada tiada, maka sudah tentulah di sana terdapat pencipta yang mengadakannya iaitu Allah.

Al-Arif Ibnu Ata'illah pernah berkata, maksudnya: "Adanya kesan menunjukkan adanya nama-nama ada nama namanya menunjukkan ada sifat-sifatnya, ada sifat-sifat menunjukkan ada zatnya di mana mustahil wujudnya sifat dengan sendirinya."

1.2    Qidam (Sedia)

Tiada permulaan wujudnya. Allah tiada permulaan wujudnya, lawannya (sifat ini) baru (ada permulaan). Sifat baharu mustahil bagi Allah. jika Allah baharu nescaya Dia memerlukan pencipta. Kiranya Dia berhajat kepada pencipta maka akan berlakulah pada pencipta itu memerlukan kepada pencipta yang lain untuk menciptakan dirinya kerana berlaku persamaan di antara keduanya. dengan ini akan berlakulah dur atau tasalsul kedua-dua itu adalah mustahil. Kiranya Dia baharu nescaya akan terdedah kepada dua perkara:, binasa dan tiada, natijahnya bahawa tiada asal bagi ada. Ini mustahil. Kiranya Dia baharu nescaya Dia memerlu kepada yang mengadakan dirinya, dengan itu sesiapa yang bersifat seperti ini bukanlah ianya Tuhan dan tidaklah dia mampu untuk menjadikan alam ini daripada tiada. Alam yang sentiasa kita lihat ini menunjukkan dan membuktikan adanya Tuhan, bagi-Nya punya kuasa dan kehendak melaksana yang mutlak, dengan kenyataan di atas Allah bersifat dengan qadim (tidak permulaan).

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dialah yang awal dan yang akhir yang zahir dan yang batin." (A1-Hadid: 3)

1.3    Baqa' (Kekal)

Tiada akhir wujudnya. Wujudnya Allah tiada kesudahan. dia tidak didatangi oleh tiada kerana kiranya harus berlaku sifat tiada baginya nescaya mustahil Dia bersifat qidam. Firman Allah yang mafhumnya

"Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah."  (Al-Qasas: 88)

1.4    Mukhalafatuhu Taala lil Hawadith (Allah berlainan daripada Makhluk)

Bagi Allah tiada bandingan dan persamaan dengan sesuatu, baik zatnya, sifatnya. dan perbuatannya. Firman Allah yang mafhumnya: "Tiada ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."  (Asy-Yura: 11)

Di antara yang tidak ada persamaan dan penyerupaan perbuatan tuhan ialah menafikan ada tujuan yang sia-sia (bagi tuhan) di mana segala perbuatannya ada mempunyai hikmat-hikmat tertentu.

1.5    Qiyamuuhu Ta'ala bi Nafsih (Allah Berdiri dengan Sendirinya)

Allah tidak berhajat kepada tempat dan penentu di mana Dia tidak memerlukan zat tempat berdiri dan tidak memerlukan pencipta lain untuk menjadikan-Nya. Dia adafah bersifat qadim dan Maha Kaya, tidak memerlukan jika pihak lain sejak mula hingga seterusnya. seluruh makhluk kesemuanya berhajat kepada-Nya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji."  (Al-Fatir: 15)

1. 6    Wahdaniyyah (Allah itu Esa)

Satu atau Esanya Allah daripada sudut zat, sifat, dan perbuatan. Zat-Nya tidak ada bandingan di mana Dia tidak tersusun dan terjadi daripada juzu' juzu' sesuatu. Demikian juga tiada satu pun yang sama dengan sifat-Nya di mana bagi Allah tiada mempunyai dua sifat daripada jenis yang satu (sama) seterusnya tiada satupun yang sama dengan perbuatan Allah, di mana Allah sahaja yang menjadikan alam ini. Tidak ada yang turut serta bersama Allah menjadikan sesuatu.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Katakanlah Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia."  (Al-Ikhlas: 1-4) 

Dengan pilihan-Nya sendiri (Allah telah menjadikan sesuatu dengan mempunyai sebab seperti kenyang dengan sebab makan, hilangnya dahaga dengan sebab meminum air, sembuhnya satu-satu penyakit dengan sebab ubat. Dengan itu diiktikadkan bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah ciptaan Allah, tiada satu pun pencipta lain kecuali Allah.

Firman Allah yang mafhumnya: 

"Allah menciptakan segala sesuatu."  (Az-Zumar: 62)

"Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu."  (As-Safat: 96)

Seperti yang telah kamu ketahui bahawa Allah yang mencipta setiap sesuatu. Kamu perlu mengetahui juga bahawa perbuatan-perbuatan kamu akan diberi balasan oleh Allah. Balasan baik dan buruk berdasarkan wujudnya akal yang ada pada hamba yang dapat membezakan sesuatu, juga berdasarkan kepada penggunaan akal tersebut menurut kemahuannya. Dengan itu Allah mengurniakan balasan baik terhadap ketaatan yang dilakukan dan balasan buruk terhadap perbuatan mungkar yang dibuat.

Seperti yang telah diketahui bahawa adanya akal (berakal) adalah sebagai asas dalam melakukan setiap tanggungjawab.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuat dengan kesanggupannya. la mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya."  (Al-Baqarah: 286)

Iaitu seseorang dikurniakan balasan baik terhadap ketaatan yang dilakukan demikian juga sebaliknya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amai yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba(Nya)." (Fussilat: 46)

Tajuk ini akan kita bincangkan insya' Allah dalam tajuk qada' dan qadar.

1.7   Ilmu (Allah itu Mengetahui)

Ialah sifat yang ada lagi azali (tiada permulaan) pada zat Allah. Dengannya tersingkaplah dengan sejelas-jelasnya segala yang wajib, mustahil, dan yang harus secara menyeluruh tanpa didahului oleh tidak tahu. Allah Maha Mengetahui zat-Nya dan sifatNya seterusnya ia mengetahui makhluk dan seluruh hal ehwalnya. la mengetahui wujud perbandingan dengan-Nya adalah mustahil. Firman Allah yang mafhumnya: "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."   (Al Mujadalah: 7)

"Dialah (Allah) mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati."  (Al Ghafir: 19)

1.8    Iradah (Berkehendak)

Ianya adalah sifat yang ada lagi azali pada zat Allah. Dengan sifat Iradah ini Allah telah menentukan sejak azali lagi segala sesuatu yang harus dengan setengah-setengah sifat yang harus yang bertepatan dengan ilmu-Nya. Alam ini tidak wujud kecuali dengan Iradah (kehendak)-Nya sejak azali.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepada-Nya: Jadilah, maka terjadilah ia."  (Yasin: 82)

1.9    Qudrah (Allah itu Berkuasa)

Ianya satu sifat yang ada lagi azali pada zat Allah. Dengan sifat ini Allah mengadakan sekelian makhluk sama ada mengekalkan atau meniadakannya menurut kehendak-Nya, ia tidak dilemahkan oleh sesuatupun.

Firman Allah yang mafhumnya:

(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui (ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya)."  (Luqman: 16)

 

1.10     Hayat (Allah itu hidup)

Ianya satu sifat yang wujud yang membolehkan zat yang bersifat dengannya bersifat dengan sifat-sifat lain seperti sifat mengetahui, mendengar, melihat dan seumpamanya.

Hidup Allah adalah azali yang tidak didahului oleh tiada dan tidak didahului oleh tiada yang berangkaian. Hidupnya bukanlah seperti hidup kita di mana hidup kita ini adalah hadith (berpermulaan) dan wujud dengan roh kemudian berkesudahan dengan mati.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Allah tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus mengurus (makhluk-Nya)." (Al-Baqarah: 255)

1.11    Sama' (Allah itu Mendengar)

Ianya satu sifat yang ada lagi azali pada zat, dengan sifat ini Allah mendengar terhadap semua makhluk tanpa menggunakan pancaindera dan tidak pula memerlukan jarak dekat atau jauh atau arah.

1.12    Basar (Allah itu Melihat)

Dia adalah sifat yang ada yang azali pada zat. dengan sifat ini Allah melihat semua yang ada dengan tidak menggunakan pancaindera. dan pancaran cahaya. Dia tidak pula tertakluk kepada syarat dekat. jauh atau tidak ada sekatan atau dinding.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, Dialah yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat." (As-Syura: 11)

"Pergilah engkau berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia sudah durhaka yang melampaui batas. Ucapkanlah kepadanya perkataan yang halus, barangkali dia suka memperhatikan atau takut (kepada Tuhan). Keduanya berkata: Ya Tuhan kami, kami takut kalau-kalau ia terlebih dahulu bersiap sedia menentang karni dan melakukan kekejaman di luar batas. Allah berfrman: "Janganlah kamu berdua takut, sesungguhnya Aku bersamamu, Aku mendengar dan Aku melihat." (Taha: 43-46)

 

1.13    Kalam (Allah Berkata-kata)

Dia adalah satu sifat yang ada azali pada zat Allah. Ianya tertakluk kepada setiap yang wajib, mustahil, dan harus dengan tertakluk Dialah (takluk menunjuk).

Allah telah memberitahu tentang zat dan sifat-sifat-Nya serta Dia telah mensyariatkan kepada kita hukum-hakam, seterusnya menerangkan dasar-dasar tauhid, dan menceritakan cerita-cerita para Rasul dan umat-umat sham.

Kalam Allah tidak berhuruf dan bersuara, bersih daripada sifat-sifat hadith (baharu) yang disifati oleh kalam makhluk. Al-Qur'an adalah daripada kalam Allah, ditulis di Mashaf, terpelihara di hati, dibaca oleh lisan, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. lanya bersifat qadim bukan makhluk, barangsiapa mengatakan kalam Allah itu makhluk ianya adalah kafir, dan barangsiapa mengatakan Al Qur'an itu makhluk ianya adalah sesat.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan Allah telah berbicara dengan Musa dengan langsung." (An Nisa: 164)

"Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan daripada mereka mendengar firman Allah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui." (Al-Baqarah: 75)

Dengan wujudnya sifat-sifat ma'ani tersebut maka wujud pula sifat ma'nawiah, sifat-sifat tersebut ialah:

1.14     Kaunuhu Aliman

Allah dalam keadaan mengetahui

1.15     Kaunuhu Muridan

Allah dalam keadaan berkehendak

1.16     Kaunuhu Qadiran

Allah dalam keadaan berkuasa

1.17     Kaunuhu Haiyan

Allah dalam keadaan hidup

1.18     Kaunuhu Samiian

Allah dalam keadaan mendengar

1.19     Kaunuhu Basiran

Allah dalam keadaan melihat

1.20     Kaunuhu Mutakaliman

Allah dalam keadaan berkata

Dengan ini mustahil Allah bersifat dengan lawan sifat-sifat tersebut. Di mana Allah mempunyai kesempurnaan-kesempurnaan dan sifat-sifat yang tiada kesudahan dan Eidak terhitung, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Adalah harus bagi Allah melakukan setiap yang harus atau meninggalkannya.

Kajian terhadap sifat-sifat Allah bukanlah semata-mata untuk dijadikan satu pengetahuan malah dengan pengetahuan yang diketahui itu dapat meninggalkan kesan dalam diri seseorang mu'min. Seseorang yang yakin bahawa Allah itu mengetahui, mendengar, dan melihat, akan terbit daripada keyakinannya itu muraqabah kepada Allah, dan takut kepada-Nya seterusnya bertaqwa. yang mana akan menghalang dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang haram. Seseorang yang berkeyakinan bahawa Allah berkuasa terhadap sesuatu dan padanya sahaja terletak kekuasaan, ia tunggal pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. akan lahirlah dalam dirinya sifat berani, tidak takut dan gerun kecuali hanya kepada Allah.

2.0    Beriman Kepada Malaikat

Malaikat-malaikat adalah jisim nurani yang diciptakan Allah daripada nur (cahaya). Dengan demikian mereka boleh berbentuk dan berupa menurut takdir Allah dengan rupa jisim yang mulia. Mereka tidak makan dan minum dan tidak pula berketurunan, serta tidak bersifat lelaki atau perempuan. Mereka patuh dalam melakukan segala ketaatan, bersifat maksum (terpelihara) daripada kesalahan, dan tidak lupa berzikir kepada Allah.

Firman Allah yang mafhumnya;

"Tidak mendurhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (At-Tahrim: 6)

Bilangan mereka pula tidak siapa yang dapat mengetahuinya kecuali Allah. Sebahagian daripada mereka wajib diketahui secara tafsil (terperinci), mereka ialah:

Jibraiil, Mika'il. Israfil, Malakul Maut, dua penjaga (Raqib dan Atid, Ridwan (penjaga syurga). Malik (penjaga neraka)., penanggung 'Arasy di mana pada hari kiamat kelak mereka seramai lapan malaikat.

Demikian juga seperti yang dijelaskan oleh Allah tentang malaikat malaikat Al-Hafazah, Khazanatujannah, Khazanatunnar dan dua malaikat yang diwakilkan menyoal orang-oprang yang telah mati 'Alaihimussalam Ajmain.

3.0    Beriman Kepada Kitab-kitab Samawi

Di antaranya empat buah kitab: 

  1. Kitab Taurat - diturunkan kepada Nabi Musa a.s. 

  2. Kitab Zabur - diturunkan kepada Nabi Daud a. s. 

  3. Kitab Injil - diturunkan kepada Nabi Isa a.s. 

  4. Kitab al-Quran - diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Qur'an adalah semulia-mulia kitab, ia membatalkan semua kitab kitab yang turun sebelumnya, hukum yang terkandung di dalamnya adalah kekal sehingga ke hari kiamat, tiada perubahan dan pertukaran. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Al-Hijr: 9)

Kita hendaklah beriman terhadap suhuf (lambaran suci) yang diturunkan Allah kepada para rasui-Nya sebelum kitab-kitab yang empat itu, serta hendaklah kita mengimani dengan sebenarnya suhuf tu adalah kalam Allah. Di antaranya ialah suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu (iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa."  (Al-A'la: 18)

4.0     Beriman kepada Para Rasui

Para Rasul adalah pendakwah kepada kebenaran. Mereka diutus sebagai rahmat dan kurniaan, mereka adalah pembawa khabar baik dan buruk. mereka menyatakan kepada manusia segala kepentingan dan kebaikan agama dan dunia yang diperlukan. Allah menentu dan menurunkan kepada mereka wahyu serta dikuatkan pula dengan bukti dan mukjizat yang membuktikan kebenaran mereka. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya kami menolong rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat)."  (Ghafir: 51)

Sesungguhnya para rasul yang lalu hanya diutus kepada umat-umat yang tertentu dan waktu yang terbatas. Manakala bagi Nabi Muhammad s.a.w risalahnya mencakup seluruh makhluk, sejak mula dibangkitkan menj adi rasul hinggalah ke hari kiamat.

Hanyalah Allah sahaja yang mengetahui bilangan rasul-rasul dan nabi-nabi yang diutuskan. Di antara mereka telah disebut di dalam al Qur'an seramai dua puluh lima orang, mereka ini wajib diketahui secara mendalam di mana jika dinyatakan kepada seseorang muslim akan salah seorang daripada rasul itu nescaya ia tahu kerasulannya tanpa mengingkarinya: mereka ini ialah:

  1. Nabi Adam

  2. Nabi Idris

  3. Nabi Noh

  4. Nabi Hud

  5. Nabi Saleh

  6. Nabi Ibrahim

  7. Nabi Lut

  8. Nabi Ismail

  9. Nabi Ishak

  10. Nabi Yaakub

  11. Nabi Yusuf

  12. Nabi Ayub

  13. Nabi Shu'aib

  14. Nabi Musa

  15. Nabi Harun

  16. Nabi Zulkifli

  17. Nabi Daud

  18. Nabi Sulaiman

  19. Nabi Illias

  20. Nabi Ilyasa'

  21. Nabi Yunus

  22. Nabi Zakaria

  23. Nabi Yahya

  24. Nabi Isa

  25. Nabi Muhammad s.a.w (penutup sekalian nabi dan rasul) .

Selain daripada itu wajib beriman kepada nabi-nabi lain selain yang tersebut secara ringkas tanpa dihitung bilangan.

Rasul ialah seorang manusia yang bersifat lelaki, merdeka (bukan hamba) diwahyukan oleh Allah kepadanya dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. supaya dia (rasul) menyampaikan segala perintah Allah kepada manusia. Tetapi sekiranya tidak diperintahkan supaya menyampaikan, atau pun dia mengikut syariat rasul sebelumnya maka itu adalah nabi.

Para Rasul wajib bersifat dengan empat sifat:

  1. Al-Sidqu (Memberitahu tentang sesuatu menurut sebenarnya)

  2. Al-Amanah (Terpelihara daripada segala dosa)

  3. Al-Tabligh (Menyampaikan semua apa yang diperintahkan)

  4. Al-Fatanah (Bijaksana dan menyampaikan hujah di mana seseorang yang menentangnya tidak mampu untuk berhujah dengannya)

Para rasul mustahil bersifat dengan sifat-sifat berikut:

  1. Al-kazib (Dusta)

  2. Al-Khianah (Mereka menyalahi apa yang diwahyukan)

  3. Al-Kitman (Tidak menyampaikan apa yang disuruh sampaikan)

  4. Al-Ghaflah wa al-Baladah wa al-Balh (Lalai dan bodoh sedangkan para rasul bijaksana dan pintar)

Bagi rasul adalah harus bersifat dengan sifat-sifat manusia biasa yang tidak membawa kekurangan taraf dan martabat mereka seperti makan, minum, bersetubuh secara halal. tidur dengan mata tidak dengan hati, sakit yang tidak menjijikkan.

Setiap sumber yang meragukan terhadap hak para rasul seperti kekurangan wajiblah ditakwil dan ditafsirkan. Hendaklah berhati-hati terhadap berbagai tipu helah dan pendustaan orang-orang Yahudi kepada para nabi, yang pernah mereka masukkan ke dalam kitab Taurat dan ke dalam berbagai buku yang lain sedangkan para nabi itu kesemuanya terpelihara daripada segala perangai yang tercela.

5.0     Beriman kepada Hari Akhirat

Allah sahaja yang mengetahui bila berlakunya hari tersebut. Wajib bagi kita mempercayai dan beriman kepadanya dan kepada berbagai kedahsyatan dan huru-hara yang ada pada hari tersebut, termasuklah kebangkitan segala makhluk, penghimpunan kembali, perhitungan, timbangan aural, pemberian buku catatan, syafaah, orang mu'min yang meminum air haud Nabi Muhammad s.a.w., lalu di atas sirat (titian), memasukkan setengah-setengah orang mu'min yang melakukan maksiat ke dalam neraka menurut keadilan Allah kemudian dikeluarkan mereka darinya. Setengah-setengah orang mu'min yang lain dimasukkan ke dalam syurga mengikut kurniaan Allah tanpa seksaan.

Hendaklah diketahui bahawa Allah yang menghidupkan semua manusia setelah mati dibangkitkannya daripada kubur masing-masing dengan roh dan jasad sekali. Firman Allah yang malhumnya:

"Daripada bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain."  (Taha: 55)

"Dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalarn kubur."  (Al-Hajj: 7)

"Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertarna begitulah Karni akan mengulanginya."  (Al-Anbia': 104)

Setelah dibangkitkan manusia dan dihidupkan. maka mereka dihimpunkan di bumi Mahsyar untuk dihisab. Turut dihimpun juga ialah apa yang pernah ada di dunia.

Berdasarkan hadith Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya:

"Akan dihisab setiap perkara di hart kiarnat, sehingga kepada dua ekor kambing kerana sesuatu yang mernbuatkan mereka bertandukan."

 Menurut riwayat lain yang mafhumnya:

"Akan dihimpunkan sernua makhluk di hart kiamat, binatang berkaki ernpat, binatang ternakan, burung-burung, semua akan merasai keadilan Allah di mana akan dibalas bagi binatang yang tiada bertanduk dari yang bertanduk, kemudian dikatakan: Jadilah karnu sernuanya tanah."

Manusia akan berada di Masyhar beberapa lama menurut kehendak Allah, sehingga rasul a.s. memberi syafat kepada mereka dengan syafa'at uzma. Setelah itu akan dimulakan perhitungan, setiap anggota badan akan menjadi saksi baik atau buruknya perbuatan-perbuatan yang pernah dilakukan di atasnya semasa hidup.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Pada hari itu bumi menceritakan beritanya kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu kepadanya)." (Al-Zalzalah: 4-5)

Maksudnya akan diceritakan apa yang pernah dilakukan oleh seseorang di atas muka bumi ini baik yang berupa ketaatan atau kemaksiatan. Manusia setelah itu terbahagi kepada dua golongan, satu golongan dimasukkan ke dalam syurga dan satu golongan yang lain akan dimasukkan ke dalam neraka.

Berusahalah! Agar dirimu pada hari yang menggerunkan itu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat perlindungan Allah di bawah lindungan arasy-Nya, di hari yang tiada perlindungan yang lain; kecuali perlindungan-Nya dan agar dirimu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang tidak gerun dan gentar oleh kegerunan yang sungguh hebat.

Keimanan kita kepada hari kiamat hendaklah kita pelihara daripada dipalingkan oleh orang-orang yang mendurhaka, kerana jika kamu mengikut mereka, kelak di hari kemudian mereka akan membersihkan diri mereka daripada kamu.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri daripada orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: Seandainya kami dapat kembali (ke dunia) pasti kami akan berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka: dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka."  (Al-Baqarah: 166-167)

6.0     Beriman Kepada Qada' dan Qadar ,

Pengertian Qada': Allah mengetahui sejak azali lagi setiap sesuatu mengikut bentuk yang akan dijadikannya ilmu Allah tidak berubah.

Pengertian Qadar: Allah mengadakan sesuatu yang tersebut di alam nyata secara terperinci, bertepatan dengan qada'-Nya tanpa percanggahan

Setiap mu'min hendaklah beriktikad bahawa apa yang baik atau buruk, manfaat atau mudarat, bergerak atau diam ianya adalah dengan takdir Allah dan ilmu-Nya. Kadangkala berlaku salah faham di kalangan setengah orang yang menganggap bahawa seseorang itu dipaksa tidak mempunyai hak memilih (terpaksa). Kita jelaskan kepada mereka bahawa seseorang itu mempunyai pilihan dalam usahanya ke arah baik atau buruk, bukanlah ianya tidak ada pilihan atau terpaksa. Pilihan yang seumpama ini kita sendiri dapat merasainya di dalam diri kita dan sama sekali kita tidak boleh menafikan dan mengingkarinya, jika kita benar-benar adil dan waras.

Al-Qur'an telah menunjukkan dengan bukti yang sejelas jelasnya. Dalam masalah ini dinyatakan bahawa diambil balasan "dengan apa yang mereka lakukan", "dengan apa keburukan yang meraka lakukan", "dengan apa yang mereka usahakan." Sebagaimana Allah juga menceritakan tentang hujah terhadap makhluk. Firman Allah yang mafhumnya:

"Katakanlah: Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat."   (Al-An'am: 149)

Sekiranya perkara tersebut berlaku secara terpaksa maka bagaimana akan diadakan hujah buat mereka? Adakah (disediakan) oleh Allah untuk memaksa hamba-Nya melakukan maksiat kemudian ia mengazabnya pula dan apakah faedahnya diutus para rasul, diturunkan kitab, disyariatkan beberapa syariat didahului dengan janji baik dan janji buruk dan memberikan khabar yang menakutkan dan mengembirakan?

Apabila kita mentafsirkan al-Qada' itu dengan ilmu Allah yang azali yang diketahui oleh Allah awal-awal lagi sesuatu perbuatan yang akan dilakukan oleh seseorang hamba-Nya dengan pilihannya sendiri, maka di sana tidak lagi timbul sama sekali makna paksaan. Bila qada' Tuhan itu bererti ilmu yang azali bersama takluk iradah ilahiyyah kepada sesuatu sejak azali juga tidak timbul paksaan, di mana iradah (kehendak) adalah menentukan sesuatu yang akan berlaku, penentuan ini bertepatan dengan ilmu, tidak pun terkemudian darinya ketika berlaku. Ilmu dan iradah adalah dua sifat yang azali yang ada pada Allah sejak azali. Ketepatan atau persesuaian di antara keduanya adalah tetap, tidaklah kononnya ilmu mendahului Iradah. Bertakluknya Iradah menurut ilmu sejak azali, dengan itu ilmu terdedah kepada semua perkara yang akan berlaku, termasuklah dengan inkishafnya (terbuka dan terang). Ilmu Allah seperti si pulan akan melakukan keburukan dengan semata-mata pilihannya sendiri dan dengan itu ia akan menjadi orang yang mendapat kecelakaan, manakala si pulan yang lain akan melakukan sesuatu yang baik menurut pilihannya dengan itu dia akan menjadi orang yang bahagia dengan kurniaan Allah.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang. mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."  (Al-Zalzalah: 7)

"Barangsiapa yang mengerjakan perbuatan balk, maka keuntungannya adalah untuk dirinya sendtri dan barangsiapa yang mengerjakan perbuatan buruk maka bahayanya adalah atasi dirinya sendiri pula. Tuhanmu tidaklah mengenainya (merugikan) pada hamba-hambaNya."   (Fussilat: 46)

Pernah datang kepada Saidina 'Ali seorang syaikh yang kembali dari Siffin, lalu bertanya:

"Cuba ceritakan kepadaku tentang perjalanan kamu ke Sham, adakah tanya dengan qada' dan qadar Allah?"  Lalu Saidina Ali menjawab:"Demi yang menumbuhkan butir (tumbuh tumbuhan) dan menciptakan nyawa, tidaklah kita memijak bumi, turun ke lembah, dan naik ke tanah tinggi kecuali dengan qada' dan qadar Allah." Syaikh menambah: "Segala kesalahanku terserah kepada Allah, aku tidak ada apa-apa. Saidina Ali berkata: "Cukuplah wahai syaikh, semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar buat perjalanan dan kepulangan kamu sedang kamu orang yang berjalan dan pulang. Janganlah kamu menjadikan hal ehwal kamu digagahi dan dipaksai." Syaikh bertanya: "Bagaimana qada' dan qadar membawa kita?" Saidina Ali menjawab: "Malang sekali awak, barangkali kamu menyangka qada' itu mewajibkan dan qadar itu mempastikan. Kalaulah demikian tidak ada erti pahala dan dosa, janji baik dan janji buruk, perintah dan larang dan tiada celaan buat yang berdosa dan pujian bagi yang baik dan tiadalah bagi yang baik itu lebih utama mendapat celaan yang baik. Ini adalah kata-kata orang yang menyembah berhala, tentera syaitan, saksi bohong dan perkataan golongan yang buta daripada kebenaran. Sesungguhnya, Allah menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada segala larangan, dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang mampu (mudah), tidaklah dikira maksiat bagi yang tidak mampu dan tidak dikira taat bagi yang dipaksa, tidak diutuskan para rasut dengan sia-sia. dan tidaklah Allah jadikan langit dan bumi serta kandungannya salah. Itu semuanya adalah sangkaan orang- orang yang kafir, nerakalah bagi mereka yang kajir."

Dakwaan golongan yang ingkar: Bahawa beriman dengan qada' dan qadar Allah membawa seseorang kepada penyerahan tanpa usaha lemah dan malas. Dakwaan ini adalah tidak berasas kerana beriman dengan qada' dan qadar seperti yang diajar oleh Islam ialah sesorang mu'min itu berkewajipan mempercayainya daripada sudut natijah bukan pada sebab, mereka diminta mengambil faktor-faktor sebab dari usaha, setelah itu hendaklah menyerahkan segala natijah kepada Allah Yang Maha Esa. Dengan ini 'aqidah qada' dan qadar adalah satu rahsia kebesaran golongan Muslimin pertama, kerana mereka mengambil sebab-sebab serta mencurahkan tenaga dalam penyelidikannya sebagai melaksanakan perintah Allah dan tidak gerun dengan natijah yang mendukacitakan, mereka reda dengan qada' Allah, lantaran itu berjayalah mereka di dunia dan di akhirat.

Lihat! di mana-mana sahaja seseorang mu'min itu kedudukannya tinggi dan mulia ketika ia benar-benar beriman dan yakin sepenuhnya kepada sabda Nabi Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya:

"Ketahuilah sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau, dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau."   (Tarmidhi)

Orang-orang mu'min sebenarnya tidak gentar dan peduli terhadap apa yang akan mengenai mereka ketika keluar berjihad fisabilillah. Cuba amati kata-kata salah seorang daripada meraka:

"Manakah satu hari yang dapat aku melarikan diri daripada mati, hari yang tidak ditakdirkan (mati) atau hari yang telah ditakdiri, hari yang tidak ditakdir tidak ku gentari, hari yang ditakdirkan tidak bermakna aku menjagai"

Perhatikan dan rasailah betapa hebatnya pengertian kepahlawanan gemilang dan keberanian. Perasaan tidak gentar bila bertapaknya 'aqidah qada' dan qadar di dalam diri dan di saat tidak berkesempatan untuk mengadakan persediaan, kelengkapan perang, mencari peluang yang baik dan menerimanya dengan keluar ke medan perang menumbangkan setiap wira dan pahlawan.

Berserah dan malas akan berlaku kepada manusia ketika keimanan mereka kepada qada' dan qadar songsang (terbalik). Mereka mengambil pegangan qada' dan qadar pada sebab, lalu tidak membuat apa-apa persediaan. Mereka melupakan 'aqidah ini daripada sudut natijah lalu mereka tidak meredai (bila berlaku), tidaklah boleh disalahkan kesongsangan 'aqidah tersebut kepada 'aqidah dan iman.

Bila kesemua perkara yang berlaku adalah dengan qada' dan qadar Allah maka yang wajib bagi seseorang mu'min ialah meredai qada' dan qadar Allah. Adakah seseorang mu'min merelai dan meredai kekufuran dan kemaksiatan bahkan wajib mengingkari keduanya kerana keduanya adalah hasil usaha manusia, sekalipun keduanya hasil daripada qada' dan qadar Allah, kerana reda dengan qada' tidak bererti reda dengan apa yang berlaku.


Back | Home | Next