MODUL 2 (Sambungan)

2.3 (ii)    Sidq

1.0     Sidq Sentiasa Cenderung kepada Kebenaran

2.0     Nilai Kebenaran

3.0     Perintah untuk Berlaku Benar

4.0     Keuntungan di Sebalik Berlaku Benar


1.0     Sidq Sentiasa Cenderung kepada Kebenaran

Salah satu sikap yang mewarnai perjalanan hidup mu'min ialah sidq, cenderung kepada kebenaran, berfikir benar, bertindak benar dan berkata benar. Dengan demikian sidqnya mu'min meliputi jiwanya, perbuatannya dan perkataannya. Sebalik daripada sifat ini ialah dusta, palsu, culas, curang, khianat dan menyalahi janji, sebagai sikap yang dinisbahkan kepada orang munafik.

2.0     Nilai Kebenaran

Berbeza beza tanggapan dan anggapan manusia tentang makna dan nilai kebenaran. Pandangan pihak masing masing bertitik tolak pada falsafah, kepercayaan atau agama yang dianutinya.

Adapun kebenaran dalam Islam, ialah segala ajaran yang datang daripada Allah. Ini dikuatkan lagi dengan ayat al Qur'an yang mafhumnya:

"Kebenaran itu daripada Tuhanmu, maka janganlah engkau menjadi seorang dartpada rnereka yang ragu-ragu"  (Al-Baqarah: 147)

Nilai kebenaran yang sejati itulah yang selalu dituntut oleh orang yang beriman, baik dengan jalan berfikir, mahupun dengan jalan mempelajari Kitab Allah yang berisi nilai kebenaran. Kecenderungan seorang mu'min kepada nilai kebenaran di manapun adalah sesuai dengan do'a yang diajarkan oleh al Qur'an, yang mafhumnya:

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku melalui tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku melalui tempat keluar yang benar, dan berilah aku di sisi Engkau kekuasaan yang dapat menolong."  (Al-Isra': 80)

Apabila telah jelas nilai kebenaran itu, maka ke sanalah mu'min berpihak dan melibatkan dirinya. Segala fikiran, perasaan, tindakan dan perkataan seorang mu'min selalu disandarkan kepada nilai nilai kebenaran yang diajarkan Allah.

3.0     Perintah untuk Berlaku Benar

Pada kebenaranlah terdapat punca keselamatan dan kebahagiaan, maka setiap manusia dituntut agar selalu cenderung kepada kebenaran, baik alam fikirannya, tindakannya mahupun perkataannya. Khusus kepada mu'min agar selalu bersama orang yang berdiri di atas prinsip kebenaran. Firman Allah di dalam al-Qur'an, yang mafhumnya:

"Hai sekalian orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan jadiah kamu bersama sama orang yang benar."  (At-Taubah: 119)

Dalam satu hadith, ada dinyatakan supaya mengatakan yang benar walaupun ia susah. Sementara itu Abu Sufyan bin Harb ketika menceritakan pertemuannya dengan Raja Hiraklius. Lalu dia ditanya oleh raja: Nabi itu menyuruh apa kepadamu? Jawab Abu Sufyan:

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan dengan sesuatu apa pun, tinggalkan semua ajaran nenek moyangmu, dia menyuruh kami sembahyang, belaku benar dan menghubungkan tali kekeluargaan, demikianlah menurut"  (Bukhari dan Muslim)

4.0     Keuntungan di Sebalik Berlaku Benar.

Jika sikap buruk seperti bohong, dusta, khianat dan curang menjerumuskan kepada kecelakaan, maka sebaliknya sikap sidq membawa manusia kepada kemuliaan dan keselamatan.

Kenyataan dalam pergaulan hidup manusia, menunjukkan bahawa orang orang yang benar dan jujurlah yang dilantik sebagai pemimpin. Apabila pemimpin bersikap benar dan jujur, maka akan tercapailah kejayaan dalam masyarakat. Sebaliknya satu masyarakat yang diliputi penyelewengan dan kecurangan, nescaya akan terjadilah kekacauan dan kesulitan.

Dalam prinsip prinsip pengurusan ditekankan bahawa kejujuran menentukan keberhasilan. Adapun bentuknya organisasi atau perlembagaan, tidak boleh lepas daripada prinsip kebenaran dan kejujuran tindakan pengurus, pemimpin dan anggotanya.

Kawalan terus menerus dilakukan dari dahulu hingga sekarang dan akan terus menjadi prinsip dalam pengurusan dan kepemimpinan. Kegunaannya ialah agar semua unsur dan alat berjalan menurut garis yang dianggap benar. Hal ini menunjukkan bahawa bagaimana keadaannya prinsip kejujuran itu harus dipertahankan sebagai sumber kejayaan dan keberhasilan.

Firman Allah yang mafhumnya: .

"Hai orang orang yang beriman! Berbaktilah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Supaya Dia (Allah) mudahkan perbuatan perbuatan kamu, dan dia ampunkan bagimu dosa dosa kamu."  (Al-Ahzab: 70-71)

Dalam hubungan ini, Rasulullah mengingatkan yang mafhumnya:

"Cenderunglah kamu sekalian kepada kebenaran, sekalipun ada bahaya padanya. Kerana padanya ditemukan keselamatan."  (Ibn Abi Dunya)

Sabda nabi ini memberikan jaminan pada kebenaran itulah ditemukan keuntungan dan keselamatan. bukan pada kedustaan dan kecurangan.

Bagi saudagar yang berpegang teguh di atas prinsip prinsip kejujuran, akan memperoleh keberkatan dalam usaha, sebagaimana yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Penjual dan pembeli keduanya bebas belum terikat, selagi mereka belum terpisah. Jika keduanya jujur (benar) dan jelas akan diberkati jual beli itu. Tetapi jika keduanya curang dan berdusta, maka hilanglah keberkatan pedagangnya"  (Bukhari dan.Muslim)

Sementara usahawan mu'min yang benar akan meni'mati keberkatan usaha sebagai imbalan dunia atas tindakannya yang jujur, maka di akhirat kelak mereka akan memperoleh kemuliaan kedudukan yang terhormat. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Saudagar yang benar dan jujur itu tempatnya bersama Nabi nabi dan orang orang yang sangat benar (siddiqin) dan orang orang yang mati syahid (syuhada)."  (Tarmidhi)

Bagi mereka yang berkata benar, satu kata dengan hati dan perbuatannya, akan dihantar oleh Allah mencapai harapan dan cita citanya. Sebagai contoh, sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Siapa yang berharap kepada Allah mati syahid dengan benar (bersungguh sungguh), nescaya Allah akan menyampaikannya ke peringkat orang yang mati syahid, sekalipun mati di atas tempat tidurnya."  (Muslim)

Kejujuran menepati janji adalah manifestasi kecenderungannya kepada kebenaran akan memperoleh reda Ilahi. Sebagai contoh, kisah Nabi Ismail yang tertulis di dalam al Qur'an, yang mafhumnya:

"Dan ingatlah (hal) Ismail yang tersebut dalam Kitab. Sesungguhnya dia benar dalam janjinya, dan adalah seorang rasul, seorang nabi. Dia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan berzakat, dan adatah dia seorang yang diredai Tuhannya "  (Maryam: 54-55)

Dari ungkapan ungkapan 'aqli dan naqli itu tadi, dapatlah disimpulkan bahawa sidq itu membimbing kepada kebajikan, sedangkan kebajikan itu adalah saranan yang akan membawa kepada kebahagiaan yang kekal dan abadi. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:

"Sesungguhnya kebenaran itu mernbawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu mernbawa kepada syurga. Seseorang yang mernbiasakan dirinya bersikap benar, nescaya akan tercatat di sisi ALLah sebagai siddiq. Sebatiknya dusta membawa kepada keburukan, dan keburukan mernbawa kepada syurga. Seseorang yang suka berdusta, nescaya tercatat di sisi Allah sebagai pendusta (kazzab)"  (Bukhari dan Muslim)

Daripada sini terungkaplah rahsianya, betapa kedustaan dan kepalsuan itu membawa kepada keraguan, kebimbangan dan kegelisahan. Sebaliknya sikap sidq; benar atau jujur itu ditemukan mutiara ketenangan jiwa.

Abu Muhammad al Hasan bin Ali bin Abi Talib mengemukakan bahawa beliau menghafal darpada ajaran Nabi s.a.w yang mafhumnya:

"Tinggalkanlah apa yang engkau ragu ragukan kepada apa yang engkau tidak ragukan! Sesungguhnya sikap benar itu membawa kepada ketenangan dan kebohongan itu membawa kepada kebimbangan." (Tarmidhi)

Bandingkanlah pemegang surat surat atau dokumen dokumen palsu, misalnya ijazah dan sebagainya, tidak akan tenteram hatinya dan selalu gelisah dibayangi oleh rasa takut terungkap kepalsuannya. Adapun pemegang surat atau dokumen yang sah tidak akan dihinggapi kecemasan dan kebimbang berkenaan dengan hal itu. Tenang kerana benar, takut kerana salah.


Back | Home | Next