Solat
Zakat
Puasa
Hajj
3.3 Berkembang kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia
Islam adalah al Din yang kamil dan syamil. Ia lengkap dan sempurna. Firman Allah yang mafhumnya:
"Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan atas kamu ni'mat Ku, dan Aku reda bagi kamu Islam sebagai al Din." (Al-Ma' idah: 3)
Kesyumulan inilah yang merupakan sifat asli Islam yang sekali kali tidak dapat dipisahkan dari Islam. Islam mengatur semua sudut kehidupan dan perbuatan manusia. Sifat ini menjadi ciri khusus Islam sehingga menjadikannya berbeza dengan sistem sistem atau agama agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau sesuatu sudut tertentu sahaja di dalam kehidupan manusia.
Kesyumulan Islam merangkumi seluruh kegiatan utama dalam kehidupan manusia sehingga tiada sesuatu pun dalam kehidupan manusia yang terbiar tanpa mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Kami turunkan ke atas kamu al-Qur'an sebagai keterangan dan penjelasan bagi segala sesuatu." (An-Nahl: 89)
Tidak sesuatupun yang diabaikan di bawah kesyumulan peraturanperaturan Islam. Firman Allah yang mafhumnya:
"Tidak Kami abaikan sesuatupun dalam al Kitab (al Qur an )." (Al An'am: 38)
Dengan kata kata 'ulama', kesyumulan Islam diungkapkan sebagai:
"Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap sudut hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat."
Islam meliputi semua zaman kerana is diturunkan pada kemuncak tertingai pembangunan asas asas tamaddun kemanusiaan. Di mana pada kemuncak kemajuan ini Allah telah mengutuskan Rasulullah s.a.w sebagai penutup segala nabi dan sebagai rahmat kepada seluruh 'alam. Dengan berakhirnya kenabian bererti manusia telah mencapai peringkat tertinggi dalam asas asas perkembangannya ke arah kemantapan dan kematangan. Kemantapan dan kematangan ini adalah batu asas bagi pertumbuhan tamaddun tamaddun manusia yang seterusnya. Ini bererti sesuatu asas atau ajaran yang telah boleh menghidupkan serta mengembangkan tamaddun manusia di peringkat kematangannya pada satu zaman dan di satu tempat tertentu sudah pasti dapat mengembangkannya pada zaman zaman dan tempat tempat yang lain. Islam telah menghidupkan serta mengembangkan asas tamaddun kemanusiaan pada masa kemantapannya empat belas abad yang silam. Oleh kerana pertumbuhan tamadun kemanusian adalah berlandaskan kepada batu asas tersebut, maka sudah pasti Islam akan tetap mampu dan berupaya untuk mengatur kehidupan manusia di mana mana zaman sekalipun.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Saba: 28)
"Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua." (Al A'raf: 158)
Islam mampu mengatur segenap sudut kehidupan manusia kerana ruang lingkup ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali, mulai dari sekecil kecil urusan sampailah kepada sebesar besarnya. Mulai dari urusan peribadi. keluarga, masyarakat. negara dan hubungan antarabangsa. Demikian juga dalam bidang 'aqidah, akhlaq, mu'amalah, jinayah, ekonomi dan lainnya.
Islam pula merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat kerana ia berteraskan kepada dasar dasar rabbani yang jelas dan sepadu, tidak membahagikan kehidupan manusia kepada juzu' juzu yang terpisah pisah, tidak menolak pentingnya daya keyakinan hati yang dikuatkan dengan kemampuan 'aqal, dan Islam sentiasa mewujudkan keseimbangan di dalam kehidupan manusia bagi kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.
Kesyumulan Islam merangkumi empat bidang utama:
Kesyumulan dalam 'Aqidah
Kesyumulan dalam 'Ibadah
Kesyumulan dalam Syari'at
Kesyumulan dalam Akhlaq
Kesyumulan 'aqidah Islam berdasarkan kepada beberapa landasan, antaranya:
2.1 Bersumberkan dari Zat yang Kamil
Menurut 'aqidah Islam, Allah ialah suatu Zat yang Kamil yang bersifat dengan Hidup, 'Ilmu, Qudrat dan Iradat. Semua Sifat Sifat yang dimilikinya adalah mutlak dan tiada sebarang persamaan sedikit pun, dengan selain daripada-Nya.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Allah mempunyai Sifat yang Maha Tinggi." (An-Nahl: 60)
"Tiada sesuatu yang menyerupai-Nya." (As-Syura: 11)
Kemutlakan Sifat Sifat-Nya adalah ianya Maha Lengkap dan Maha Sempurna dengan tidak terbatas dengan sebarang sempadan. Sifat Sifat Allah yang mutlak dan tidak terbatas membuktikan menyeluruhnya kekuasaan-Nya di atas segala penciptaan-Nya.
Keseluruhan sifat kesempurnaan Allah ialah ke Esaan dan ke Tunggalan-Nya. Allah tidak berhajat kepada sekutu dalam kerja penciptaan-Nya dan dalam kekuasaan-Nya. Kerana sekiranya Dia memerlukan sekutu maka bererti Sifat Sifat-Nya tidak mutlak dan terbatas. 'Aqidah Islam bersifat syumul kerana ia bertitik tolak dari pengi'tirafan bahawa segala sifat sifat kesempurnaan dan kesyumulan itu bermula daripada Allah Rabbul 'Alamin.
2.2 Landasan Kepada Jawapan Bagi Setiap Persoalan Besar
'Aqidah Islam menjadi landasan utama kepada persoalan yang sentiasa memenuhi fikiran manusia yang meminta jawapan yang tegas. Jawapan kepada persoalan persoalan ini penting kepada kehidupan manusia kerana ia membebaskannya dari keraguan dan kebimbangannya serta menyelamatkannya daripada belenggu kesesatan.
Persoalan persoalan utama manusia dari dahulu hingda sekarang berligar di sekitar permasalahan permasalahan; ketuhanan. 'slam dan kejadiannya, kenabian, masalah kesudahan, hidup manusia dan pembalasan. 'Aqidah Islam dengan kesyumulannya memberi jawapan yang tegas dan teguh dengan kalimat kalimat yang syumul dan bahasa yang jelas dan terang kepada persoalan persoalan tersebut.
Kemudian Allah menerangkan bahawa kemuncak manusia menerima jawapan jawapan kepada persoalan persoalan mereka tadi adalah untuk menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang dapat menunjukkan kepada kebenaran yang mafhumnya:
"Katakanlah: 'Apakah di antara sekutu sekutumu ada yang menunjukkan kepada kebenaran?' Katakanlah : 'Allah sahajalah yang menunjukkan kepada kebenaran'. Maka apakah yang menunjukkan kebenaran itu yang lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk ? Bagaimana kamu mengambil keputusan?" (Yunus: 35)
2.3 Sistemnya Tidak Menerima Sebarang Pemecahan
'Aqidah Islam berpusat kepada tauhid Allah. Pancaran darinya adalah kepercayaan kepada mala'ikat yang diutuskan Allah, kitab kitab Nya, nabinabi Nya, kehidupan akhirat serta qada' dan qadar. Keenam enam rukun ni mengikat keseluruhan dasar dasar 'aqidah Islam. Darinya lahirlah gambaran keseluruhan hakikat 'alam wujud ini dan darinya terbitlah kesyumulan konsep hidup bagi manusia sejagat.
Aqidah Islam tidak mengi'tiraf sebarang pemecahan terhadap keenam enam rukun ini. Ia menuntut keenam enam rukun ini dipercayai sepenuhnya tanpa sedikit pun pengingkaran terhadapnya. Keengganan untuk mengi'tiraf sebarang pemecahan inilah yang menjadikan 'aqidah Islam itu syumul. Ini adalah kerana tidak mungkin beriman kepada Allah dapat berlaku dengan sempurna tanpa beriman kepada kitab kitab yang diwahyukan-Nya, malaikat malaikat yang ditugaskan-Nya, nabi nabi yang diutuskan-Nya bagi membimbing manusia ke jalan yang benar, hari akhirat yang menunjukkan keluasan penciptaan Nya serta ketentuan ketentuan yang berlaku ke atas seluruh 'alam ini melalui qada' dan qadar Nya.
Allah mengecam orang orang yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian dari rukun rukun 'aqidah Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang orang yang kafir terhadap Allah dan rasul-rasul-Nya dan bermaksud memperbezakan antara Allah dan rasul-rasul-Nya seraya mengatakan: 'Kami beriman kepada sebahagian (dari rasul rasul itu) dan kafir terhadap sebahagian (yang lain) serta bermaksud mengambil jalan (lain) di antara yang demikian. Merekalah orang orang yang kafir sebenar benarnya. Kami telah rnenyediakan untuk orang orang kafir ttu seksaan yang menghinakan." (An-Nisa': 150-151)
Seperti di dalam 'aqidah, maka sifat kesyumulan juga tergambar dengan jelas di dalam 'ibadah Islam. 'Ibadah Islam merangkumi seluruh kejadian manusia. Seorang muslim ber'ibadat kepada Allah bukan sahaja dengan lisannya, atau badannya sahaja. atau hatinya tanpa yang lain, ataupun fikirannya semata mata,. atau pancainderanya sendirian, tetapi dia beribadat kepada Allah dengan keseluruhannya, iaitu dengan lisan yang berzikir, berdoa dan membaca, dengan badan yang solat, puasa dan berjihad. dengan hati yang ikhlas, takut, mengharap, cinta dan tawakkal dan dengan seluruh pancaindera yang digunakan untuk menta'ati seluruh perintah perintah Allah. Kesyumulan 'ibadah Islam berdasarkan kepada bahawa dia:
1. Bertitik tolak daripada 'aqidah yang bersih
'Ibadah di dalam Islam adalah satu penterjemahan terhadap kesyumulan dan kesucian 'aqidah Islam. Hubungan di antara keduanya adalah satu hubungan yang erat. 'Ibadah dalam Islam adalah terjemahan dari 'aqidah dan 'aqidah yang sahih pasti akan melahirkan 'ibadah yang sahih pula.
Firman Allah
"Daging daging unta dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya." (Hajj: 37)
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat malaikat, kitab kitab, nabi nabi dan..." (Al-Baqarah: 177)
2. Berteraskan kepada empat tiang amali yang kukuh
'Ibadah di dalam Islam berteraskan kepada empat bang asasi yang 'amali. Di mana daripadanya tegak kukuh seluruh ruang lingkup 'amal 'amal 'ibadah yang lain. Empat bang tersebut adalah:
i. Solat
Dalam solat jelas tergambar 'ibadah lisan dengan membaca ayat ayat al Qur'an, takbir, tasbih dan do'a. Demikian juga dengan 'ibadah badan dengan berdiri, duduk, ruku' dan sujud. Terdapat di sana 'ibadah 'aqal dengan berfikir dan merenung renung makna makna al Qur'an. Terdapat juga di sana 'ibadah hati dengan ikhlas, khusyu' mencintai Allah dan merasakan Allah sentiasa memperhatikan dan mengamati hamba-Nya.
Solat juga menjadikan seseorang itu benar benar menyedari kedudukannya sebagai hamba Allah. Setup kali dia bertakbir maka dia mengingatkan dirinya tentang kebesaran Allah. Kebesaran Allah bererti kecilnya dirinya serta rendahnya kedudukannya di hadapan Allah. Keadaan ini akan menjadikan dia sentiasa sedar terhadap tanggungjawabnya kepada Allah. Sekiranya dia berhati hati di dalam tindak lakunya dalam solat kerana dia merasakan Allah melihatnya, maka sudah semestinya juga dia akan terus berhati hati di dalam tingkah lakunya dalam seluruh hidupnya.
Rasa takut dan berharap terhadap Allah yang ditanamkan oleh 'ibadah solat ini akan memimpin di dalam seluruh hidupnya hinggakan seluruh tindak tanduknya dipengaruhi oleh sifat sifat yang terkandung di dalam solat tersebut.
ii. Zakat
Sesudah solat tiang Islam yang terbesar adalah zakat. Solat dan zakat adalah dua bang yang menyokong struktur bangunan Islam. Tanpa keduanya. Islam akan roboh.
Zakat bererti kesucian dan kebersihan. Ini bererti kesucian dan kebersihan jiwa seseorang mu'min tidak mungkin dapat dicapai tanpa dia memberikan hak hak saudara saudaranya yang miskin terhadap harta bendanya melalui zakat. Oleh itu zakat di dalam Islam adalah salah satu dasar kepada persaudaraan Islam. la melenyapkan sikap mementingkan diri sendiri yang selalu menjadi punca kepada kelemahan sesuatu masyarakat. Zakat adalah di antara asas penting bagi penubuhan sebuah masyarakat Islam yang bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah yang malhumnya:
"Dan orang orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul- Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71)
iii. Puasa
Perintah puasa adalah satu seruan 'amal yang menghubungkan seluruh orang orang yang mendukung kalimah tauhid sejak awal zaman hingga ke akhirnya dengan satu tujuan yang sama, iaitu bertaqwa kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang orang sebeium karnu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)
Dalam 'ibadah puasa orang orang yang beriman dilatih untuk bersedia untuk berkorban demi kepentingan Islam melalui menanggung kesusahan, kelaparan, dahaga dan keletihan. Puasa yang disyari'atkan sebulan penuh bertujuan untuk meningkatkan dalam diri setiap mu'min daya juang, keikhlasan dan sifat konsisten, yang kesemuanya akan menambahkan ketaqwaannya kepada Allah.
iv. Hajj
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh" (Al-Hajj: 27)
Seorang mu'min yang melakukan perjalanan untuk menunaikan hajj adalah sangat berbeza dengan perjalanan perjalanan lain. Perjalanan hajj ditujukan semata mata untuk Allah dan untuk memenuhi kewajipan yang diperintahkan Nya. Oleh itu seorang mu'min yang berangkat untuk menunaikan hajj di mana dia berpisah dengan keluarga untuk waktu yang lama, membelanjakan Wang yang banyak, menanggung berat perjalanan yang jauh, menggadaikan kesenangan dan keselesaan. maka dengan tindakan itu sesungguhnya dia membuktikan bahawa dia memiliki rasa kasih kepada Allah.
Seseorang mu'min yang telah melalui seluruh proses hajj ini akan kekal bersamanya pengalaman pengalaman 'ibadat tersebut hin,ggakan kesannya tidak akan hilang selama bertahun tahun. ylalahan hatinya akan sentiasa rindu untuk terus berkunjung semula ke Tanah Suci demi untuk mencurahkan rasa cintanya kepada Allah di Rumah Nya.
3. Berkembang kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia
Tiang-tiang 'ibadah mengembangkan kebaikan kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga manusia dibanjiri dengan kebaikan dan kemanfa'atan melaluinya.
'Ibadah solat adalah benteng utama daripada segala kerusakan di dalam kehidupan manusia.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan perbuatan) keji dan mungkar." (Al-Ankabut: 45)
Solat yang khusyu' dan benar akan mempengaruhi seluruh kehidupan pelakunya hinggakan dia akan merasa jijik dan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Solat juga akan meningkatkan dirinya untuk mencari segala kurnia dan rezqi Allah di dunia ini demi untuk menggunakannya di jalan Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak banyak supaya kamu beruntung." (Al-Juma' ah: 10)
Di samping itu solat yang dilakukan secara berjama'ah di masjid masjid dan seumpamanya akan terus mengembangkan berbagai bagai lagi kebaikan di dalam masyaakat Islam. Di antaranya ia dapat menjalin ikatan persaudaraan atau ukhuwwah Islamiyyah di kalangan kaum muslimin, ia mewujudkan keseragaman dalam tindak tanduk para mu'min, ia melatih kepatuhan terhadap kepimpinan dan melatih berdisiplin dan pandai mengatur masa kerana datang ke masjid atau tempat tempat solat berjama'ah lima kali sehari semalam secara berterusan pasti memerlukan disiplin dan pengaturan masa yang baik di kalangan kaum muslimin.
Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang orang yang beriman. Orang orang yang benar-benar beriman menganggap bekerja dan menambahkan rezqi dan pendapatan adalah dengan satu tujuan sahaja, iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah dengan mengeluarkannya sebagai sadaqah dan zakat serta jihad fisabilillah. Ia bekerja dan menambahkan kekayaannya untuk mengeluarkan zakat dan menggunakannya di jalan Allah. Ia tidak rela melihat sumber sumber kekayaan 'alam ini dibolot oleh orang orang kafir kerana golongan ini akan hanya menggunakan kekayaan tersebut di jalan yang batil. Tetapi sebaliknya para mu'min bekerja dengan gigihnya demi memastikan bahawa kekayaan yang merupakan salah satu sumber kekuatan, akan hanya digunakan pada jalan untuk menegakkan kebenaran.
Penghayatan terhadap tuntutan zakat akan menjadikan umat Islam sebagai satu umat yang mempunyai kekuatan di dalam bidang ekonomi dan material. Kekuatan ini pula hanya digunakan, sebagai seorang individu atau sebagai sebuah masyarakat, di jalan Allah demi untuk meninggikan kalimah tauhid. Firman Allah yang mafhumnya:
"Orang orang yang jika Kami teguhkan kedudukan rnereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dan yang mungkar dan kepada Allah kembah segala urusan." (Al-Hajj: 41)
Tujuan utama puasa adalah untuk mewujudkan taqwa kepada para mu'min. Puasa yang mengukuhkan sifat taq,.va di dalam di dalam jiwa mu'min akan menjadikannya seorang yang ikhlas sepenuh hatinya dalam melaksanakan perintah perintah Allah, sanggup melaksanakan tugas tugas yang berat dalam menta'ati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan umat Islam daripada kepentingan peribadinya.
'Ibadat haji pasti mengembangkan kebaikan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang mafhumnya:
"..supaya mereka mempersaksikan berbagai manfa'at bagi mereka.." (Al-Hajj: 28)
Salah satu daripada manfa'at hajj adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam al Qur' an yang mafhumnya:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku suku supaya karnu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara karnu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi 1Vlaha Nlengenal." (Al Hujurat: 13)
Satu lagi manfa'at haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh umat Islam bagi memperkukuhkan kesatuan mereka kerana inilah tunjang kekuatan mereka yang paling utama sebagai pemimpin manusia sejagat.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya ummah (al Din) ini adalah urnmah (al Din) kamu yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku." (Al-Anbiya: 92)
Pendekata, kesyumulan 'ibadah Islam ialah ia berkait rapat dengan kesyumulan 'aqidahnya, berdasarkan kepada tiang tiang yang kukuh dan berkeupayaan untuk terus melahirkan ma'ruf dari ma'ruf yang sedia ada.
Kesyumulan syari'at Islam ditegakkan di atas beberapa asas, di antaranya:
Keadilan yang ditetapkan oleh syari'at Islam ialah kewajipan untuk meletakkan segala hak hak pada tempatnya. Syari'at Islam telah menetapkan hak hak perseorangan dan hak hak kemasyarakatan dan menguatkuasakan keadilan dengan berbagai bagai cara melalui peraturan dan hukuman hukumannya. Dengan keadilan ini sekalian manusia akan merasa aman terhadap keselamatan jiwa, 'aqal, keluarga, kehormatan dan harta bendanya.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku 'adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan." (An-Nahl: 90)
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan 'adil." (An-Nisa': 58)
"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum. kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana hendak menyimpang dari keadilan " (An-Nisa': 135)
Syari'at Islam yang 'adil ini mewujudkan keadaan sama rata di kalangan semua manusia. Dengan undang undang ini ia tidak membezakan di antara pemerintah dengan yang di perintah ataupun di antara yang kaya dengan yang miskin. Di bawah syari'at Islam, tiada seorang pun duduk di atas undang undang. Semua manusia berada di bawah naungan undang undang yang 'adil. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Demi Allah yang jiwaku di dalam genggaman Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti akan ku potong tangannya." (Bukhari, Muslim)
2. Mudah Dan Tidak Memberat-Beratkan
Syari'at Islam tidak membebankan seseorang di luar kemampuannya. Dasar ini adalah dari firman Allah yang mafhumnya:
"Allah tidak membebankan kepada seseorang kecuali menurut kemampuannya." (Al-Baqarah: 286)
Dasar syari'at adalah dengan tujuan untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan mereka, bukan untuk memberat beratkan mereka. Firman Allah yang mafhumnya:
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan.." (Al-Ma'idah: 6)
"Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara al Din." (Al Hajj: 78)
"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran." (Al-Baqarah: 185)
Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Permudahlah dan jangan mempersulitkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan, berbudi baiklah dan saling tolong menolong." (Bukhari, Muslim)
Berdasarkan kepada dalil dalil ini, 'ulama' Islam menetapkan dasar umum berkenaan kedudukan penetapan hukum:
"Kesukaran dapat mendatangkan kemudahan."
3. Berusaha Mencapai Kemaslahatan Bersama
Melindungi kemaslahatan umum adalah merupakan salah satu tujuan utama kepada syari'at Islam. Oleh itu segala peraturan, walaupun secara terpisah dilihat sebagai peraturan yang berbentuk peribadi, namun ia membawa kesan kesan kebaikan kepada masyarakat secara keseluruhannya serta menghindarkannya dari keburukan. Sebagai contoh solat membersihkan masyarakat daripada unsur unsur yang buruk. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir, apabila dia ditimpa kesusahan dia berketuh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir, kecuali orang orang yang mengerjakan solat." (Al-Ma'arij: 19-22)
Selain dari itu nyata hukum hukum yang bersifat kemasyarakat adalah bertujuan untuk mencapai kemaslahatan seluas yang mungkin.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu" (Al-Baqarah: 179)
Walaupun qisas dilakukan untuk menghukum pihak tertentu di dalam masvarakat, namun is menjamin penerusan keamanan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya dari berlaku semula kerusakan tersebut melalui melaksanakan hukuman tindakbalas yang sah. Hukum qisas bertujuan untuk menghapuskan atau menghukum sebilangan kecil dari anggota masyarakat yang tidak baik demi untuk kepentingan orang ramai.
Ibn Taimivvah berkata:
"Adalah wajib hukurnnya mencari dan memperluaskan maslahah serta menghitangkan dan memperkecilkan mafsadah (mudarat). Maka jika ada dua maslahah atau dua rnafsadah yang berbeza antara satu sama lain, wajib diambil yang lebih besar maslahahnya dan ditinggalkan yang kurang berfaedah, serta membuang yang .ebih besar mafsadahnya dan mengambil mana yang lebih ringan."
Syari'at Islam bertujuan untuk menghindarkan sebarang mudarat terhadap setiap anggota di dalam masyarakat. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan di dalam Islam" (Ahmad, Ibn Majah)
Ciri khas akhlaq Islam ialah kelengkapannya dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia. Samaada perbuatan itu yang mengenai dirinya, yang mengenai orang lain ataupun yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatn dan kenegaraan. Tidak ada sesuatu perbuatan manusia yang keluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlaq dalam Islam.
Kesyumulan akhlaq Islam ialah ia tidak terpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca yang sama dan berurutan terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlaq Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.
Islam menolak dakwaan setengah golongan yang mengada adakan apa yang dikatakan sebagai akhlaq keagaaman , iaitu sesuatu yang digambarkan dengan seseorang itu melakukan beberapa upacara peribadatan yang disempitkan ertinya. Sebagai contoh seseorang itu dianggap berakhlaq dengan akhlaq yang mulia sekiranya dia bertutur dengan kata kata yang lemah lembut, tidak bersikap kasar terhadap orang orang tua, menghormati tetamu dan seterusnya. Oleh itu sesiapa yang mempunyai sifat sifat di atas dia dianggap berakhlaq baik walaupun dia seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memakan harta orang orang miskin. menyelewengkan wang yang diamanahkan dibawah penjagaannya, mensia-siakan hak hak masyarakat, mengambil peluang secukup cukupnya di atas kepercayaan orang ramai terhadapnya untuk mencapai cita cita peribadinya dan seumpamanya.
Akhlaq Islam menolak pemecahan penilaian seperti ini dalam menetapkan sesuatu neraca buruk atau baik. Pengertian kebaikan atau khair telah dita'rifkan secara jelas oleh Islam. Ia tidak boleh diubah ubah walaupun seluruh manusia menghendaki perubahan tersebut. Ta'rif khair di dalam Islam ada asasnya dan ada manifestasinya. Asasnya adalah keimanan dan manifestasinya adalah segala percakapan, perbuatan, 'azam dan cita cita yang terbit dari kesyumulan keimanan tadi.
Asas keimanan ,kepada Allah adalah sendi sendi 'aqidah Islam; manakala asas akhlaq terbina di sekitar usaha dan 'amal untuk memenuhi segala tuntutan tuntutan yang terkandung di dalam sendi sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlaq yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas asas 'aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirya dianggap sebagai akhlaq yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas ' aqidah.
Dasar ini telah dijelaskan oleh Allah empat belas abad vang silam apabila terdapat di kalangan anggota di dalam masyarakat Islam melakukan sesuatu perbuatan yang disangkakan sebagai 'amal yang baik dan melambangkan kemulian akhlaq orang orang yang melakukan 'amal tersebut. Firman Allah yang mafhumnya:
"Maka apakah orang orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredaan Nya itu yang baik, ataukah orang orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersarna sama dengan dia ke dalam neraka jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang orang yang zalim." (At-Taubah: 109)
Besarnya kedudukan akhlaq Islam hinggakan hadith hadith Rasulullah s.a.w merumuskan kedudukan akhlaq sebagai:
"Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia." (Bukhari)
"Wahai Rasulullah apakah din itu ?. Baginda menjawab: "Akhlaq yang baik.'' (Bukhari)
"Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaqnya ialah yang paling baik Din nya."
Kesyumulan akhlaq Islam juga merangkumi sasaran sasaran yang luas. Di antara sasaran sasaran kesyumulan akhlaq Islam adalah dalam:
1. Kehidupan Mu'min Sebagai Peribadi
Akhlaq Islam mengatur cara cara untuk mengembangkan kekuatan jiwa dan keimanan dalam hubungannya dengan Allah.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (As-Syams: 9-10)
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah rendahnya (neraka), kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan 'amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus putus." (At-Tin: 4-6)
Kesucian jiwa cuma dapat dicapai dengan mengerjakan 'amal 'amal saleh. Sedangkan 'amal saleh itu sendiri adalah tunggak utama bagi akhlaq yang mulia.
ii. Kekuatan Aqal dan Daya Fikir
Akhlaq Islam juga menetapkan peraturan bagi pengembangan 'aqal dan daya fikir seseorang muslim sebagai seorang peribadi.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan burni dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang-orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka mernikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan karni, tiadalah Engkau mencipta ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, rnaka peliharalah karni dari siksa neraka." (Ali ' Imran: 109-110)
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya." (Al-Isra : 36)
Islam menganggap bahawa sikap tidak mengikut sesuatu perkara tanpa 'ilmu pengetahuan cuma dapat wujud di dalam diri seseorang sekiranya is telah wujud di dalam jiwanya sebagai satu akhlaq yang sebati.
iii. Keperluan Jasmani dan Hajat Semulajadi Manusia
Demikian juga akhlaq Islam mengatur keperluan jasmani dari hajat semula jadi seseorang manusia.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Makanlah dan minumlah kamu, tetapi jangan berlebih lebihan." (Al-A'raf: 31)
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berbuat kerusakan." (Al-Qasas: 77)
2. Kehidupan Di Dalam Sistem Kekeluargaan
Akhlaq Islam menetapkan dasar-dasar utama dalam sistem kekeluargaan:
i. Hubungan Suami Isteri
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik." (An-Nisa': 19)
ii. Hubungan dengan Ibu Bapa
Berlaku baik terhadap ibu bapa adalah salah satu tuntutan akhlaq Islam yang terbesar.
"Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada dua ibu bapanya." (Al-Ahqaf: 15)
iii. Hubungan dengan Anak-anak
Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak dengan sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Kanak-kanak lelaki disembelih 'aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan yang baik-baik, dan dihindarkan dia dari perkara yang memudaratkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhiaq yang baik baik." (Ibn Hibban)
iv. Hubungan dengan Kaum Kerabat
Islam juga menetapkan hubungan kekerabatan yang didasarkan kepada akhlaq yang mulia.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku 'adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat." (An-Nahl: 90)
Akhlaq Islam menetapkan peraturan peraturan kemasyarakatan yang luas ruang lingkupnya.
i. Hak-Hak Umum Hidup Bermasyarakat
Islam telah menetapkan adab adab hubungan di dalam masyarakat secara teratur dan rapi. la bertujuan untuk membolehkan seciap ahli di dalam masyarakat hidup dalam kebaikan serta mengembangluaskan kebaikan itu kepada masyarakat masyarakat lain.
Akhlaq Islam menuntut setup anggota masyarakat memenuhi hak-hak anggota anggota masyarakat yang lain terhadapnya. Setiap anggota di dalam masyarakat wajib memelihara hati, lidah dan tangannya daripada menyakiti orang orang lain dalam masyarakat.
Mereka juga diwajibkan menjaga kesucian masyarakat, khususnya dalam hubungan lelaki dan perempuan. Islam menetapkan perempuan menutup 'aurat mereka agar masyarakat terlindung daripada kekejian. Demikian juga lelaki dan perempuan yang bukan mahram diperintahkan untuk menundukkan pandangan mereka terhadap satu sama lain demi untuk menutup segala pintu pintu yang boleh membawa kemudaratan.
Begitu terperinci akhlaq Islam dalam menjaga hak hak orang ramai di dalam masyarakat hinggakan membersihkan duri dari laluan orang ramai sekali pun dianggap sebagai 'amal saleh.
ii. Hidup Berjiran
Islam mengambil berat tentang hidup berjiran sehingga seseorang itu tidak dianggap benar benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat sekiranya dia membiarkan jirannya tidur diwaktu malam dengan perut yang kosong kerana tidak ada makanan.
Akhlaq Islam menetapkan adab adab hidup berjiran yang pada kesulurahannya disimpulkan oleh hadith Rasulullah s.a.w yang mafhumnva:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia menghormati jirannya." (Bukhari, Muslim)
iii. Fakir Miskin dan Anak Anak Yatim
Islam menjamin hak orang orang fakir miskin dan anak anak yatim dengan zakat. Firman Allah yang mafhumnya: .
"Dan dalam harta mereka ada hak orang yang meminta minta dan orang miskin." (Ad-Dzariyat: 19)
Namun demikian Islam juga menetapkan abad adab umum terhadap orang orang yang miskin. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Sesungguhnya di dalam hartabenda itu ada hak lagi selain daripada kewajipan zakat." (Tarmidhi)
Akhlaq Islam menetapkan bahawa orang orang fakir miskin itu tidak dihampakan dengan menolak permintaan mereka. Akhlaq Islam juga menetapkan bahawa golongan miskin tidak boleh disinggung perasaan dengan mengungkit ungkit pemberian yang telah diberikan kepada mereka.
"Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu bertaku sewenang-wenangnya." (Ad-Duha: 9)
"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan din? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin." (Al-Ma'un: 1-3)
iv. Politik dan Pemerintahan
Asas akhlaq dalam politik dan pemerintahan adalah: setiap orang yang beriman diwajibkan menverahkan tugas tugas pemerintahan hanya kepada orang orang yang benar benar layak untuk nenjawatnya. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan 'adil" (An-Nisa': 58)
Mereka dituntut untuk menta'ati pemerintah dan jika ada masalah di kalangan mereka, hendaklah ianya diselesaikan menurut petunjuk petunjuk al Qur'an dan al Sunnah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kernbalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (as-Sunnah), jika karnu benar-benar bertman kepada Allah dan hari kernudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa': 59)
Kepada golongan pemerintah Islam menetapkan beberapa asas akhlaq yang penting. Firman Allah yang mafhumnya:
"Maka disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalarn urusan itu. Kernudian apabila kamu telah membulatlkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertawakkal kepada-Nya." (Ali 'Imran: 159)
V. Ekonomi
Dasar ekonomi Islam adalah taqwa, kebaikan dan tolong menolong di antara satu sama lain. Ia bertujuan untuk membersihkan sebarang unsur penipuan dan penindasan di kalangan manusia di dalam memenuhi keperluan masing masing. Dasar ini tidak mungkin dapat dihidupkan sekiranya ianya tidak sebati di dalam akhlaq dan tingkah laku orang orang yang terlibat di dalam kegiatan ekonomi. Firman Allah yang mafhumnya:
"Kecelakaan besarlah bagi orang orang yang curang (iaitu) orang orang yang apabila menerima tukaran dari orang lain, mereka meminta dipenuhi. Dan apabila menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi." (Al-Mutaffifin: 1-3)
vi. Ketenteraan dan Peperangan
Ketenteraan di dalam Islam adalah salah satu 'ibadah yang tinggi nilainya di dalam Islam. Oleh kerana tingginya kedudukan ketenteraan dalam pandangan Islam, maka Islam menetapkan adab adab yang tersusun dan teratur berkenaanya. Malah di dalam sejarah, tentera tentera Islam adalah tentera yang mempunyai akhlaq yang tinggi yang tidak ada bandingannya.
Islam juga menetapkan undang undang peperangan yang ditegakkan di atas asas asas akhlaq Islam yang mulia.
Di antaranya:
Menjemput pihak musuh untuk menerima Islam ataupun memberhentikan permusuhan mereka terhadap Islam
Membuat pengisytiharan perang yang nyata sekiranya pihak Islam hendak memerangi pihak musuh
Menggunakan alat alat peperangan atau senjata senjata yang tidak membawa kerosakan lebih dari apa yang diperlukan sahaja demi untuk menundukkan musuh
Tidak membunuh orang orang awam yang tidak terlibat secara aktif dalam membantu musuh
Tidak membunuh tawanan perang, menyiksa atau menganiaya mereka. Sebaliknya mereka itu wajib dilayani dengan baik.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatirn dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih." (Al-Insan: 8-9)
Berdamai sekiranya pihak musuh cenderung dan meminta perdamaian. Ini adalah kerana tujuan peperangan dalam Islam adalah untuk menghindarkan manusia daripada sebarang kekejaman dan keganasan dan mewujudkan keamanan. Oleh itu sekiranya keganasan dapat ditamatkan dan keamanan dapat diwujudkan melalui perdamaian, maka Islam juga cenderung kepada perdamaian.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuat kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min." (Al-Anfal: 61-62)
Memenuhi dan menghormati sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak musuh
Tidak menghina pihak musuh sekiranya mereka ditewaskan, tetapi mema'afkan mereka dan memberi mereka peluang untuk memahami dan menerima Islam.
vii. Hubungan Antarabangsa
Dari sudut kemanusiaan Islam menetapkan manusia adalah sama rata berdasarkan kepada kesatuan asal keturunannya sebagai Bani Adam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya telah Karni muliakan Bani Adarn. Kami memudahkannya berjalan di daratan dan di lautan, Kami kurniakan mereka rezki yang baik dan Kami rnuliakan mereka sedernikian rupa lebih daripada makhluq makhluq lain yang Kami cipta." (Al-Isra': 70)
Kepada sesiapa sahaja di dunia ini, beriman atau tidak, asalkan dia tidak memusuhi Islam, maka Islam menetapkan asas asas akhlaq yang mulia bagi perhubungan manusia sejagat. Di mana melalui perhubungan ini mereka dapat saling menfa'ati pengalaman, kebudayaan dan adat resam di antara satu sama lain demi kepentingan pengembangan tamadun manusia keseluruhannya.
4. Hubungan Terhadap Makhluq Selain Manusia
Kesyumulan akhlaq Islam bukan hanya terbatas di dalam menetapkan hubungan terhadap sesama manusia sahaja. Malah is menetapkan garisgaris akhlaq yang tinggi terhadap seluruh makhluq Allah, sama ada yang dicipta dari cahaya dari api, yang tidak ber'aqal atau yang tidak bernyawa.
i. Malaikat
Para malaikat adalah sejenis ciptaan Allah yang berterusan memohonkan dari Allah kebaikan bagi para mu'min. Fiman Allah yang mafhumnya:
"Hampir sahaja langit itu pecah dari sebelah atasnya (kerana kebesaran Allah) dan malaikat malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohonkan ampun bagi orang orang yang ada di bumi." (As-Syura: 5)
Akhlaq Islam menuntut seseorang muslim menghormati para malaikat dengan menutup kemaluannya walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihatnya.
ii. Jin
Jin adalah makhluq Allah yang dicipta dari samum atau api yang tidak berasap. Sebahagian mereka beriman sedangkan sebahagian mereka adalah kuncu kuncu Iblis. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda beda." (Jin: 11)
Islam juga menetapkan beberapa adab terhadap golongan jin. Di antaranya Rasulullah s.a.w melarang membuang air di dalam lubang lubang di bumi. Daripada Qatadah yang mafhumnya:
"Nabi s. a. w telah melarang kencing di lobang". Orang bertanya kepada Qatadah: "Kenapa dilarang kencing di lobang ?". Jawabnya: "Kerana itu adalah tempat kediaman jin." (Ahmad, Nasal Abu Dawud, al Hakim, Baihaqi, Ibnu Khuzaimah)
Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering, dan jangan pula dengan tulang-tulang, kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin." (Tarmidhi)
iii. Haiwan Ternakan
Demikian juga Islam menetapkan adab adab akhlaq terhadap haiwan ternakan. Sekiranya haiwan tersebut digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka dibebani di luar kesanggupan mereka. Haiwan tersebut tidak boleh dianiaya dan disakiti. Malahan ketika hendak menyembelih haiwan untuk dimakan sekali pun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik, iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau pun menyembelih haiwan di samping haiwan haiwan sejenisnya yang lain.
iv. Haiwan-Haiwan Bukan Ternakan
Terhadap haiwan selain dari ternakan juga Islam menetapkan agar mereka tidak dianiayai. Rasulullah s.a.w mencerikan kisah seorang wanita jahat yang diampun oleh Allah kerana bersusah payah memberi minuman kepada anjing yang kehausan. Sedangkan seorang wanita yang banyak melakukan amalan 'amalan kebaikan telah dimurkai Allah kerana menganiayai seekor kucing.
v. 'Alam Sekitar
'Alam dan sumber sumbernya diciptakan Allah bagi faedah manusia. Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber 'alam demi kebaikan bersama dan tidak berlebih lebihan hinggakan boleh membawa mudarat. Akhlaq Islam juga menetapkan bahawa 'alam ini tidak dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia.
Pada keseluruhannya Islam menetapkan peraturan dan akhlaq asasi dalam manusia menggunakan sumber sumber 'alam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan janganlah karnu berjalan di muka bumi ini dengan sornbong, kerana sesungguhnya kamu sekali kali tidak dapat menernbus bumi dan sekali kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (A1 Isra': 37)
Jelas bahawa kesyumulan Islam adalah kerana luas ruang lingkupnya serta kesepaduannya di dalam mengaitkan seluruh kejadian dan kegiatan di dalam 'alum wujud ini. Kesyumulan inilah yang melahirkan manusia manusia yang rabbani dan syumul dari segi keimanannya, cita citanya, perasaannya, pemikirannya, percakapannya dan perbuatannya. Kesyumulan ini jugalah yang mewujudkan masyarakat dan generasi yang mengenal arah perjalanan dan matlamat hidup mereka.