MODUL 3 (Sambungan)

3.4 (i) Taubah


1.0     Persoalan Taubat

2.0     Pengakuan

3.0     Pengertian Taubat

4.0     Pintu Taubat Terbuka

5.0     Taubat yang Diterima dan yang Ditolak

6.0     Peringkat Taubat

7.0     Keuntungan Orang yang Bertaubat


1.0     Persoalan Taubah

Status manusia berbeza dengan Malaikat yang penuh kesucian dan kemuliaan dengan tabiatnya yang selalu patuh dan taat kepada Tuhan. Tetapi juga hakikat manusia berlainan dengan iblis yang statusnya derhaka selama lamanya. Manusia berada di atara keduanya, yang seketika waktu menaiki ke jinjang kemuliaan dan kesucian, tetapi juga seketika waktu terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kederhakaan bila berkawan dengan iblis.

Manusia dianugerahi sejumlah keistimewaan tertentu dibandingkan dengan makhluk makhluk lainnya, namun juga kelemahan kelemahan. Salah satu daripada kelemahannya ialah apabila dirayu oleh iblis dengan pujukan yang manis, kadangkala dapat tergoda dan terperosok mengikutinya.

Sebagai manusia pertama yang dikenal tergoda oleh syaitan ialah Nabi Adam beserta isterinya memakan buah yang dilarang oleh Allah. Dalam kisah kehidupan Nabi Adam ditemukan cerita yang menjelaskan status manusia dengan tabiatnya, yang sewaktu terjerumus mengerjakan maksiat jika tidak berhati hati. Jika Adam pernah melakukan kealpaan dan kekhilafan, maka anak cucunya tidak terlepas dari keadaan tersebut, sebagaimana yang diutarakan Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Tiap-tiap Bani Adam itu berbuat banyak kesalahan, tetapi sebaik balk orang yang berbuat banyak kesalahan iaiah orangorang yang banyak bertaubat." (Tarmidhi, Ibnu Majah)

Tiga faktor utama yang membuat manusia melakukan kesalahan atau dosa ialah:

  1. Watak yang lemah untuk melawan godaan syaitan, kecuali mereka yang ikhlas di dalam agama
     

  2. Kecenderungan manusia merasakan kesenangan, sehingga kadang kadang keinginan dan hawa nafsu mengalahkan pertimbangan akal
     

  3. Manusia selalu terkepung dalam keadaan yang dapat membawanya kepada pelanggaran norma norma Ilahi, dalam keadaan mana syaitan memainkan peranan aktif menunggu peluang yang tepat untuk menjerumuskan Bani Adam.

Segolongan manusia mampu bertahan dengan kekuatan iman yang membentengi peribadinya, dan segolongan terjerumus mengerjakan larangan Allah.

2.0     Pengakuan

Sebaik baik di antara manusia yang bersalah ialah yang segera mengaku kesalahan mereka. Demikianlah Nabi Adam ketika sedar bahawa dirinya terjebak oleh tipuan syaitan, maka segeralah dia mengaku kesalahannya seperti yang mafhumnya:

"Keduanya (Adam dan Hawa) berkata: Hai Tuhan kami! Sesungguhnya kami teiah menganiayai diri kami sendiri. Sekiranya engkau tidak mengampukan kami dan Engkau Rahmati kami, nescaya jadiiah kami daripada orang orang yang rugi"  (Al A'raf: 23)

Demikian juga Nabi Yunus ketika meninggalkan kaumnya dengan marah, adalah satu kesalahan kerana meninggalkan tugas yang diamanhkan Allah kepadanya. Ketika ikan pans menelan dia, barulah Yunus sedar akan kesalahannya.

Sementara mengakui dosa, kesalahan dari kealpaan, maka dilakukanlah taubat segera kerana ia mengubah sikap buruk dan kembali kepada jalan yang lurus yang digariskan Allah.

3.0     Pengertian Taubah

Taubah menurut loghat ertinya: kembaii.yang dimaksudkan dalam istilah syariat ialah: kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa.

Ta'rif taubat yang lengkap dirumuskan seperti berikut: Membetulkan sikap yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan taat, dan kembali kepada Nya dengan memperbaharui niat untuk meIakukan amal kebajikan.

Dalam kitab Riyad al Salihin, al Nawawi mengutarakan bahawa taubat itu wajib dari setiap dosa. Jika taubat itu hanya antara dia dengan Allah, tiada berhubungan dengan hak manusia, maka ada tiga syarat taubat iaitu:

  1. Menghentikan maksiat

  2. Menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukan

  3. Niat bersungguh sungguh tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa itu. Dan apabila dosa itu ada hubungannya dengan hak manusia maka taubatnya ditambah syarat

  4. Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak, seperti memulangkan barang yang dicuri atau meminta maaf.

4.0     Pintu Taubat Terbuka

Hendaklah diketahui bahawa pintu taubat itu selalu terbuka, bagi siapa yang betul betul ingin kembali ke jalan yang benar, selagi hayat dikandung badan. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba Nya, selama nyawanya belum sampai di kerongkongan." (Tarmidhi)

"Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya." (Muslim)

Tebukanya pintu taubat sebagai diterangkan Rasulullah s.a.w di dalam Hadith di atas tadi, sesuai dengan firman Allah dalam al Qur'an yang menyatakan bahawa Allah itu penerima taubat:

"Sekiranya mereka telah menganiaya diri mereka datang kepadamu (Muhammad), lalu mereka meminta ampun kepada Allah, dan Rasul juga mintakan ampun bagi mereka, nescaya mereka dapati Allah Penerima taubat dan Penyayang."  (Al Nisa': 64)

Allah penerima taubat dikemukakan pula dalam Surah surah alBaqarah: ayat 37, 54, 128, 160, 222; al Taubah: ayat 100, 119; alNisa': ayat 15; al Nur: ayat 10; al Dhariyat: ayat 12; dan al Nasr: ayat 3.

5.0     Taubat yang Diterima dan yang Ditolak

Taubat yang besar harapan akan diterima Allah s.w.t ialah taubat nashuha, taubat yang sebenar benarnya. Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman! Taubatlah kamu kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar benarnya. Mudah mudahan Allah menghapuskan kesaLahan kamu. " (Al Tahrim: 8)

Iaitu mereka yang bertaubat dengan memenuhi syarat yang diutarakan tadi. Adapun taubat yang ditolak ialah taubat yang dilakukan di ambang kematian, ketika nafas telah sampaidi kerongkongan, demikian juga taubatnya orang mati dalam keadaan kafir.

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala ada seorang pembunuh yang telah membunuh seramai 99 orang, kemudian dia ingin bertaubat. Ketika ia bertanya kepada seorang alim, apakah taubatnya masih dierima Allah, pendeta itu menjawab, bahawa taubatnya tidak diterima lagi, maka orang alim itu dibunuhnya pula, sehingga genaplah 100 orang yang dibunuhnya. Ia cuba menghubungi orang alim lain. Orang alim itu memberikan jalan kemungkinan diterima taubatnya itu dan dianjurkan pergi ke negeri yang penduduknya ramai yang mentaati Allah, dan jangan lagi kembali ke negeri semula kerana negeri itu banyak penjahatnya. Berangkatlah pembunuh itu dan ternyata dalam perjalanan dia menemui ajalnya. Ketika datang Malaikat rahmat untuk membawa rohnya, ketika itu datang pula Malikat azab. Bertengkarlah kedua Malaikat itu. Maka berkatalah Malaikat rahmat: Dia telah menempuh perjalanan kerana dia bertaubat kepada Allah dan mencari keampunannya. Berkata Malaikat azab: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. Maka datanglah Malaikat yang akan menghakimi keduanya, lalu mengukur jarak perjalanan yang telah dilaluinya dengan negeri yang ditujunya. Ternyata negeri yang ditujunya itu lebih dekat sejengkal daripada negeri yang ditinggalkannya. Maka rohnya pun dibawa oleh Malaikat rahmat.

Riwayat ini menggambarkan bahawa betapapun beratnya dosa, jika pelakunya bersungguh sungguh bertaubat dengan berhijrah dari larangan Allah kepada suruhan Allah, maka Insya Allah taubatnya akan dikabulkan.

6.0     Peringkat Taubat

Imam al Ghazali membahagikan peringkat taubat kepada tiga macam:

  1. Taubatnya orang awam, iaitu taubat yang dilakukan terhadap dosa dosa yang lahir dan nyata, misalnya berzina, mencuri, membunuh orang dan lain lain
     

  2. Taubat yang khusus, yakni taubat yang dilakukan kerana dosa dosa batin, misalnya dengki, takabbur, ujub dan lain lain
     

  3. Taubat yang lebih khusus, iaitu taubat dari kealpaan an kelalaian mengingati Tuhan. Rangka taubat yang dernikian itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith, bahawa beliau sendiri bertaubat kepada Tuhan seratus kali sehari. Jelas bahawa Nabi s.a.w terpelihara dari dosa (ma'sum), namun beliau selalu bertaubat dan memohon ampun, sebagaimana pernyataan beliau:

"Demi Allah sesungguhnya saya memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada Nya, lebih dari tujuh puluh kali setiap hari."  (Bukhari)

Nabi lakukan hal itu yang menunjukkan pengawasan yang ketat terhadap dirinya sendiri. Setiap kali hatinya merasakan kealpaan, setiap kali pula beliau memohon ampun.

Selain daripada itu hendaklah menjadi contoh bagi umatnya, bahawa sedangkan beliau sendiri yang terpelihara dari doa masih tetap bertaubat dan beristighfar, apalagi umatnya yang banyak khilaf dan salah hendaknya jangan mengabaikan taubat itu. Hal ini ternyata dalam perintah beliau sendiri yang mafhumnya:

"Hai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah dan mohonlah ampun kepada IV'ya. Sesungguhnya saya bertaubat kepada Nya setiap hari seratus kali." (Muslim)

7.0     Keuntungan Orang yang Bertaubat

Apabila seseorang musafir tersesat di hutan belantara atau di padang pasir atau terjebak ke dalam lumpur, tiba tiba dia terlepas daripadanya dan menemukan jalan yang betul, maka betapa gembiranya orang itu. Demikian juga seseorang yang merasa kehilangan barangnya yang bernilai, betapa bahagia dan gembira rasanya jika barang yang hilang itu ditemukan kembali.

Demikianlah sekadar gambaran orang yang pernah tersesat dari jalan Allah, terjerumus dalam lumpur kezaliman tiba tiba menemukan jalan yang lurus dengan bertaubat, membetulkan sikap kembali kepada garis perintah Ilahi, maka tentu orang itu akan merasa gembira dan berbahagia.

Orang yang berbuat dosa, bererti orang itu kehilangan mutiara iman dan taqwa. Orang yang merasa kehilangan itu hatinya gundah dan gelisah. Tetapi jika dia bertaubat bererti mutiara yang hilang itu ditemukan, kembali. Betapa gembira dan puas hatinya jika menemukan kembali sesuatu yang bernilai tinggi.

Orang yang bertaubat itu dicintai Allah. Seperti firman Allah di dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertaubat dan orang orang yang membersihkan dirinya." (A1 Baqarah: 222)

Jika Tuhan reda kepada seseorang bererti orang itu telah menemukan kunci kebahagiaan. Hal itu bererti orang orang yang bertaubat akan memperoleh kejayaan, keuntungan dan kebahgiaan sesuai dengan harapan yang dikemukakan Allah di dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Al-Nur: 31)

Pada puncaknya orang yang diterima taubatnya oleh Allah, kepadanya akan diberikan keuntungan yang besar berupa syurga yang kekal. Ini dikukuhkan lagi dengan firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman! Taubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar benarnya. Mudah mudahan Tuhan menghapuskan kesalahan dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalirkan sungai sungai di bawahnya." (At Tahrim: 8)

Dalam suatu riwayat, Ka'ab bin Malik mengungkapkan bahawa tiada suatu nikmat yang lebih agung yang pernah dirasakannya, selain daripada mendapat hidayah masuk Islam. Kemasukannya ke dalam Islam bererti meninggalkan kekufuran, dan taubat kembali kepada jalan Allah yang benar.


Back | Home | Next