Bahagian Ketiga: TAUHID AL ASMA' WAS SIFAT
Asas Pertama : Mensucikan sifat sifat Allah dari menyerupai sifat sifat makhluk
Asas Ketiga : Beriman dengan nama nama dan sifat sifat tanpa bertanya tentang kaifiatnya
BAHAGIAN KETIGA: TAUHID AL-ASMA' WA AL-SIFAT
Pengertian secara ringkas ialah: Beri'tiqad dengan jazam bahawa Allah Ta'ala bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan, suci bersih dari segala sifat sifat kekurangan dan sifat sifat Allah tidak menyerupai sifat sifat makhluk, dengan ertikata kita isbatkan bagi Allah nama nama dan sifatsifat yang Allah sendiri menetapkannya di dalam al Qur'an al Karim bagi zatnya dan mengisbatkannya oleh Rasulullah s.a.w. di dalam al hadith, tanpa mengubahkan lafaz lafaz dan makna maknanya, tanpa menta'tilkannya iaitu mengingkarinya umpama menafikan semua nama atau sifat Allah, ataupun menafikan sebahagiannya, tanpa mengetepikannya (menetapkan kaifiah) dengan menentukan hakikatnya dan menetapkan cara cara yang tertentu bagi Allah dan tanpa menyerupakan sifat sifat Allah dengan sifat sifat makhluk.
Bertolak dari pengerban ini jelaslah bahawa Tauhid al Asma' wa al Sifat ini berdasarkan kepada tiga asas. Siapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia tidak mentauhidkan Allah di segi Asma' (Nama) dan sifat.
Ketiga tiga asas itu ialah:
Mensucikan Allah Azza wa Jalla dari menyerupai makhluk dan
dari mana mana sifat kekurangan
Beriman dengan nama nama Allah dan sifat sifat Nya yang
sabit di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Sharif, tanpa mengurang,
mengubah dan menta'tilkannya
Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiah dan bentuk bentuk sifat ini.
ASAS PERTAMA: MENSUCIKAN SIFAT SIFAT ALLAH DARI MENYERUPAI SIFAT SIFAT MAKHLUK
Asas ini berdasarkan firman Allah yang mafhum:
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah. Dan Dia adalah Amat Mendengar lagi Amat Melihat." (As-Shu'ara : 11)
Dan berdasarkan firman Allah yang mafhum:
Maka janganlah kamu mengadakan sekutu sekutu bagi Allah. (An-Nahl : 74)
Imam al Qurtubi rahimahullah menyebut ketika mentafsirkan ayat di atas:
"Dan yang mengi'tiqad dalam bab ini ialah Allah Yang Maha Mulia namaNya dalam keagungan Nya, kebesaran Nya, pemerintahan Nya, keelokan nama namaNya dan ketinggian sifat sifatNya tidak serupa sama sekali dengan makhluk. Dan sifat sifat makhluk pula tidak serupa dengan sifat-sifat Allah. Apa yang telah ditetapkan oleh syara' pada al Khaliq (Pencipta) dan makhluk tidaklah serupa pada maknanya yang hakiki, kerana sifat-sifat Allah yang qadim bersalahan dengan sifat sifat makhluk yang baharu."
Al Wasiti rahimahullah berkata, "Mana mana zat tidaklah menyerupai zat Allah. Mana mana nama tidaklah menyerupai nama nama Allah, mana-mana perbuatan tidaklah menyerupai perbuatan Allah. Dan mana mana sifat tidaklah menyerupai sifat sifat Allah kecuali di segi lafaz atau bahasa sahaja yang menyerupainya, Maha Suci Zat Allah yang qadim dari menyerupai sifat sifat makhluk yang baharu. Begitu juga mustahilnya ada sifat sifat qadim pada zat yang baharu."
I'tiqad demikian adalah i'tiqad Ahl al Haq dan Ahl al Sunnah wal Jama'ah. Sayyid Qutb rahimahullah, ketika mentafsirkan ayat itu tadi berkata, "Dan fitrah (tabiat semula jadi) manusia tetap beriman seperti yang disebut itu secara badahah (tidak memerlukan pemikiran yang dalam). Maka Allah Pencipta takkan serupa dengan sesuatu yang dicipta."
Dan termasuk dalam asas ini juga pembersihan Allah daripada setiap perkara yang bercanggah dengan apa yang disifatkan olehnya sendiri dan yang disifatkan oleh Rasul Nya s.a.w.
Mentauhidkan Allah di segi sifat menuntut dari muslim supaya menafikan Allah dari beristeri, ada yang setanding, sebanding dan yang setaraf dengan Nya, ada yang memberi syafa'at tanpa keizinan Nya dan ada pula bagi Nya penolong penolong. Juga menuntut dari muslim supaya mensucikan Allah dari segala sifat sifat kekurangan seperti tidur, lemah, penat, mati, jahil, zalim, lalai, lupa, mengantuk dan sebagainya.
ASAS KEDUA: MEMADAI DENGAN NAMA NAMA DAN SIFAT SIFAT SEKADAR YANG DISEBUT DALAM AI QUR'AN Al KARIM DAN AL HADITH AI SYARIF
Asas ini menuntut dari muslim supaya mencukupi dengan nama nama dan sifat sifat Allah sekadar mana yang dinaskan di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif, kerana nama nama dan sifat sifat itu asalnya diterima dari Allah dan Rasul Nya, bukan melalui pemikiran manusia.
Dengan demikian, tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri dan oleh Rasul Nya. Nama-nama Allah juga tidak boleh kita menamakannya kecuali dengan nama-nama yang diberi oleh Allah dan Rasul Nya s.a.w, kerana Allah lebih mengetahui tentang zatnya, sifat sifat Nya dan nama nama Nya.
Firman Allah yang mafhum:
"Apakah kamu lebih mengetahui atau Allah lebih mengetahui." (Al-Baqarah : 140)
Apabila telah ternyata bahawa Allah lebih mengetahui dan Rasul Nya pula adalah orang yang benar lagi diakui benar, maka ia tidak menjelaskan melainkan dengan apa yang diwahyukan kepadanya.
Berhubung dengan nama dan sifat Allah, baik di segi nafi mahu pun isbat, wajib diserahkan kepada apa yang sabit dari Allah dan Rasul Nya.
Imam Ahmad rahimahullah berkata, "Tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat sifat yang telah ditetapkan oleh Nya sendiri di dalam al Qur'an dan oleh Rasul Nya di dalam al Hadith, tidak lebih dari itu.
Na'im bin Himad, guru Imam al Bukhari berkata, "Barangsiapa menyerupakan Allah Azza wa Jalla dengan makhluk Nya ia menjadi kafir. Dan barangsiapa mengingkari apa yang disifatkan oleh Allah akan zatNya atau yang disifatkan oleh RasulNya ia menjadi kafir juga. Apa yang disifatkan oleh Allah sendiri akan zatNya dan oleh RasulNya tidak ada penyerupaan sama sekali dengan makhluk."
Asas ini menuntut dari setiap mukallaf yang aqil baligh beriman dengan sifat sifat Allah dan nama nama yang disebut di dalam al Qur'an al Karim dan al hadith serta menggunakan makna lahir yang terang di dalam bahasa tanpa menta'tilkan atau menafikan sebahagiannya dari Allah atau mengubahkannya dari makna zahirnya.
ASAS KETIGA: BERIMAN DENGAN NAMA NAMA DAN SIFAT SIFAT TANPA BERTANYA TENTANG KAIFIATNYA
Asas ini menuntut dari hamba yang mukallaf beriman dengan nama nama dan sifat sifat Allah mengikut yang dinaskan di dalam al Qur'an al Karim dan al hadith, tanpa bertanya tentang kaifiatnya, tanpa membahas tentang hakikatnya, kerana mengetahui kaifiat sifat sifat itu bergantung kepada mengetahui kaifiat zat Allah, sebab sifat sesuatu berlainan menurut berlainan mausuf (zat yang disifatkan). Adapun zat Allah tidak harus ditanya tentang hakikat dan kaifiatnya.
Begitu juga sifat sifat Allah Azza wa Jalla tidak harus ditanya tentang kaifiatnya. Lantaran itu, kebanyakan ulama' dahulu ketika ditanya mengenai "istiwa'/bersemayam Allah di atas 'Arasy" mereka menjawab, "Bersemayam itu adalah diketahui, cara caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib manakala bertanya tentangnya adalah bid'ah."
Maka bersepakatlah para ulama' dahulu mengatakan, "Kaifiat tidak maklum di sisi kita, bertanya mengenai kaifiat itu adalah bid'ah."
Seandainya ada orang bertanya kita, "Bagaimanakah turunnya Allah ke langit dunia?", hendaklah kita kembali bertanya dia, "Bagaimana Allah itu?". Apabila ia menjawab, "Saya tidak mengetahui kaifiat zat Allah", kita menjawab, "Kami juga tidak mengetahui kaifiat turunnya Allah, kerana tahu kaifiat sifat memastikan tahu kaifiat mausufnya (zat yang disifatkan), sebab sifat itu adalah ekoran bagi mausuf yang disifatkan.. Maka bagaimana engkau meminta kami terangkan cara pendengaran Allah, penglihatan-Nya, percakapan-Nya, persemayaman-Nya dan turun-Nya ke langit dunia sedangkan engkau sendiri tidak tahu kaifiat zat-Nya."
Apabila engkau mengaku bahawa Allah itu suatu zat yang hakiki yang sabit, yang mesti bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan, tidak serupa dengan sifat sifat makhluk, maka pendengaran Allah, penglihatan Nya, percakapan Nya, turun Nya dan bersemayam Allah di atas 'Arasy adalah suatu hakikat yang sabit juga, kerana zat Allah yang bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan tentu sekali tidak serupa dengan sifat sifat makhluk seperti sifat mendengar, melihat, bercakap, turun dan bersemayam.
Dengan keterangan di atas, jelaslah bahawa tauhid bahagian ini mempunyai beberapa masalah yang mesti dijauhi oleh setiap muslim iaitu:
1. TASYABIAH
Tasyabiah ertinya menyerupakan sifat sifat Allah dengan sifat sifat makhluk seperti orang orang Nasara menyerupakan Isa bin Maryam dengan Allah, orang orang Yahudi menyerupakan 'Uzair dengan Allah, orang orang musyrikin menyerupakan berhala berhala mereka dengan Allah dan seperti segolongan manusia menyerupakan wajah Allah dengan wajah makhluk, tangan Allah dengan tangan makhluk, pendengaran Allah dengan pendengaran makhluk dan sebagainya.
2. TAHRIF
Tahrif ertinya menukar atau mengganti nama nama Allah dan sifat sifatnya dengan umpama menambah, atau mengurang, atau mengubah baris i'rab seperti membaca dengan menasabkan kalimah Allah yang memberi erti "Dan Nabi Musa bercakap dengan Allah", atau menta'wilkan suatu lafaz dengan ta'wilan yang tidak ma'ruf dalam bahasa Arab seperti menta'wilkan lafaz "wajah" dengan makna "zat" dan lafaz bersemayam" dengan makna menguasai".
3. TA'TIL
Ta'til ertinya menafikan sifat sifat Uluhiyyah Allah dengan mengingkari adanya sifat itu pada Allah seperti menafikan sifat sifat kesempurnaan dari Allah, dalam ertikata mengingkari nama nama Nya dan sifat sifat Nya, menafikan hubungan manusia dengan Allah dalam ertikata mengingkari beribadah kepada Nya dan menafikan sesuatu yang dibuat dari pembuatanNya seperti orang yang berkata, "Segala makhluk itu qadim, Allah tidak mengada dan menciptanya".
4. TAKYIF
Takyif ertinya menentukan kaifiat sifat sifat Allah dan menetapkan hakikat Nya. Cara mengambil sifat sifat dan nama nama Allah yang tersebut di dalam al Qur'an dan al hadith mengikut maknanya yang zahir tanpa tasyabiah, ta'til dan takyif itu adalah mazhab ulama' ulama' dahulu dari para sahabat, tabi'in dan tabi'it tabi'in.
Berkata al Syaukani rahimahullah, "Mazhab para al Salaf al Saleh dahulu dari sahabat, tabi'in dan tabi'it tabi'in ialah mengambil dalil bagi sifat sifat Allah mengikut maknanya yang zahir, tanpa tahrif, tasyabiah, ta'til dan ta'wil.
Bila orang bertanya mereka mengenai sesuatu sifat Allah, mereka membawa dalilnya dan tidak bercakap banyak dengan mengatakan begitu dan begini. Mereka berkata, firman Allah begini, kami tidak tahu lebih dari ini, kami tidak mahu mengharungi dalam perbahasan barang yang kami tidak tahu, Allah tidak mengizinkan kami lebih daripada ini.
Seandainya penanya mengkehendakki lebih daripada makna yang zahir itu, mereka melarang keras dari mengharungi perbahasan perkara yang tidak memberi erti dan melarang mencari cari perkara perkara yang tidak mungkin akan diperolehi, kerana perbuatan demikian akan menjatuhkan diri ke dalam bid'ah, yang bukan jalan mereka dan bukan pula cara yang diterima dan dihafaz dari Rasulullah s.a.w dari para sahabat dan para at tabi'in.
Di abad keemasan al Islam, percakapan mereka mengenai sifat Allah adalah satu dan ittifaq pula cara cara mereka. Mereka mengambil berat dengan kewajipan yang Allah perintahkan dan beramal dengan ajaran yang difardhukan ke atas mereka seperti beriman kepada Allah, mendirikan salat, menunaikan zakat, melakukan qiam, mengerjakan haji, berjihad, mengorbankan harta benda pada jalan kebajikan, tekun dengan amalan yang membawa kejayaan mendapat syurga dan pelepasan dari siksa api neraka, mereka menyuruhkan yang ma'ruf dan melarang dari yang mungkar, melarang manusia supaya tidak melakukan kezaliman, sekadar kemampuan dan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka tidak sibuk dengan amalan amalan lain yang Allah tidak taklifkan ke atas mereka, memberatkan diri mencari hakikat zat Allah bukanlah ibadah mereka. Maka agama di masa itu adalah suci dan bersih dari kekeruhan bid'ah." (Al-Syaukani)
JENIS JENIS SIFAT
Sifat sifat Allah yang termaktub di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Sifat zat
2. Sifat fi'1 atau perbuatan
Sifat zat ialah sifat sifat yang lazim bagi Allah dan tidak bercerai tanggal daripada Nya seperti sifat:
(adanya zat Allah), (mengetahui), (hidup), (berkuasa), (mendengar) (melihat), (muka), (bercakap), (sedia), (memilik), (keagungan) (kebesaran), (tinggi), (kaya), (kasihan belas), (bijaksana)
Sifat fi'l/perbuatan pula ialah sifat sifat yang tertakluk dengan kehendak Allah dan qudrah Nya seperti sifat:
(bersemayam), (turun), (datang), (tertarik hati), (ketawa), (reda), (cinta), (marah), (gembira), (murka), (tipu helah), (tipu dalam membinasakan)
Sifat zat dan sifat fi'l kedua duanya wajib diisbatkan bagi Allah mengikut maknanya yang layak dengan kesempurnaan Allah, iaitu mengikut maknanya yang hakiki, tidak ada tasyabiah, ta'til, tahrif dan takyif sama sekali.
Bagi kita pula, wajib kita berkata mengenai hal sifat ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al Syaukani rahimahullah, "Saya telah beriman kepada Allah dan kepada apa yang datang dari Allah mengikut kehendak Allah Ta'ala, dan saya beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah mengikut apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w." (Al‑As'llah wal‑Ujubah al‑Usuliah; 55)
NAMA NAMA ALLAH AZZA WA JALLA
Nama nama Allah Ta'ala ialah nama nama khas bagi Nya yang telah dikhabarkan oleh Allah sendiri di dalam al Qur'an dan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sunnahnya.
Tiap tiap nama ini menunjukkan satu sifat atau beberapa sifat bagi Allah Ta'ala. Dan tiap tiap nama itu diambil dari masdar (tempat ambilnya) seperti al 'Alim (Maha Mengetahui), al Qadir (Maha Kuasa), al Sami' (Maha Mendengar), al Basir (Maha Melihat) dan sebagainya.
Maka " " diambil dari perkataan " ". Dan " " inilah
menunjukkan sifat ilmu bagi Allah dan demikianlah nama nama yang lain.
Di antara nama nama yang mencakupi makna segala nama dan sifat ialah nama " ". Ada beberapa pendapat ulama' mengenai asal perkataan ini:
Menurut satu golongan mengatakan: Kalimah " " ialah musytaq (terbitan), yang berasal dari kalimah " " (iaitu dihazafkan ( ) hamzah ( ) dan diidghamkan ( ) lam ( ) pertama dengan lam kedua hingga jadi satu lam ( ) yang musyaddadah ( ) dan mudhakhamah ( ). Pendapat ini ditarjihkan oleh Ibn al Qaiyim, Sibawaih ( ) dan at Tabari ( ).
Setengah ulama' lain berpendapat: Kalimah " " bukanlah masytaq.
Apa yang dipaparkan ini tidaklah menjadi perselisihan bahawa nama nama itu menjadi sifat Allah atau nama nama khas bagi Allah, seperti: " " adalah nama Allah dan begitu juga menjadi sifat bagi Allah. Dan tiap tiap nama Allah menunjuk kepada makna yang terkandung di dalam kalimah itu dan kesemua nama nama itu adalah sifat sifat puji belaka. Asma' Allah al Husna (Nama nama Allah yang elok), disifatkan nama nama itu dengan " /elok" adalah kerana nama nama itu menunjukkan di atas sebaik baik zat yang dinamakan dan semulia mulia zat yang disebutkan.
Mentauhidkan Allah di segi nama menuntut dari muslim supaya beriman kepada semua nama nama yang Allah menamakan Nya dan beriman dengan makna makna yang ditunjukkan oleh nama nama itu dan juga beriman dengan kesan dan ekoran yang berhubung dengan nama nama itu.
Misalnya, dalam al Qur'an al Karim telah termaktub nama Allah " ". Kita pun beriman bahawa " " salah satu nama khas bagi Allah dan beriman pula bahawa nama ini memberi erti Allah Ta'ala mempunyai sifat ar rahmah ( /kasihan belas) dan beriman pula bahawa Allah Ta'ala itu kasihan belas pada sesiapa yang dikehendaki Nya.
Dan begitulah seterusnya setiap nama nama yang termaktub di dalam alQur'an al Karim dan al Hadith al Syarif.
Ada pun bilangan nama nama Allah Azza wa.Jalla yang termaktub dalam nas sebanyak sembilan puluh sembilan nama seperti nyata di dalam hadith. Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya bagi Allah sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Siapa menghitungnya akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu satu dan Dia suka kepada bilangan witir."
Para ulama' telah ittifaq mengatakan: Penetapan Nabi s.a.w. bilangan sembilan puluh sembilan itu bukanlah bererti terhad pada bilangan itu, bahkan maksud menyebut bilangan itu ialah menerangkan bahawa Allah mempunyai nama narna tersebut, siapa menghitungnya ia akan masuk syurga, bukanlah bererti bilangan sembilan puluh sembilan itu menafikan nama nama yang lain dari Allah, kerana tujuan hadith menceritakan mengenai masuk syurga dengan sebab menghitungkan nama nama itu.
Di antara hadith yang menunjukkan bahawa di sana ada beberapa nama lagi yang tidak dikhabarkan oleh Allah kepada kita, malah Tuhan sahajalah yang mengetahuinya sebagai ilmu al ghaib di sisi Nya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
"Mana mana muslim yang ditimpa oleh dukacita dan kesusahan lalu ia berkata, "Hai Tuhanku! Sesungguhnya aku ini hamba Engkau, anak dua orang hamba Engkau, ubunku di tangan Engkau, berjalan terus padaku hukuman Engkau, saksama padaku hukuman Engkau, aku minta dari Engkau dengan tiap-tiap nama Engkau yang Engkau menamakan zat Engkau atau yang Engkau turunkan di dalam Kitab Engkau, atau yang Engkau ajarkan makhluk Engkau, atau yang Engkau sahajalah mengetahuinya sebagai ilmu al ghaib di sisi Engkau, Engkau jadikanlah at Qur'an ini penyubur hatiku, menghilangkan dukacitaku, kesedihanku dan kesusahanku" nescaya Allah akan menghilangkan dukacita dirinya dan menggantikannya dengan kegembiraan. Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau kami mempeIajari kalimah kalimah (doa) ini?" Baginda menjawab, "Ya, Siapa mendengar, sayugialah mempeIajarinya. " (Ahmad)
Maksud menghitung nama nama Allah dalam al hadith dahulu ialah mengetahui nama nama itu, menghafaznya, memahaminya, beriman dengannya, merainya baik baik, menjaga garisannya dalam menghubungi Allah dengan nama nama itu dan menyeru Allah dengan nama nama itu.
Dengan demikian, hadith yang berhubung dengan bilangan nama nama Allah memberi erti: Siapa menghafaznya dengan memikir ianya, mengambil iktibar dengan rriaknanya dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta mengagungkan (Allah) Tuan nama nama itu, ia akan masuk syurga.
DALIL-DALIL BAGI TAUHID AL - ASMA' WA AL SIFAT
Dalil dalil bagi tauhid bahagian ini kita dapati banyak disentuh di dalam al Qur'an dan al hadith, malah tiap tiap surah dalam al Qur'an dan tiap tiap lembarannya tidak sunyi dari menyebut sifat sifat Allah dan nama namaNya.
Kita dapati al Qur'an selalu menyebut dan mengingatkan dengan sifat sifat Allah dan nama nama Nya di tiap tiap maudhu' di dalam al Qur'an: Maudhu' tauhid, ibadah, tasyri' (perundangan), suruhan dan larangan, janji dan ugutan sampai kepada maudu' kisah dan perumpamaan.
Di sini kami bawakan satu surah al Qur'an yang mencakupi tauhid al Asma' dan al Sifat, iaitu Surah al Ikhlas yang menepati sepertiga al Qur'an menurut penegasan Rasulullah s.a.w. dan merupakan sebesar ayat al Qur'an.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Katakanlah, Dialah Allah, Yang Maha Esa Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." (Al-Ikhlas)
Surah yang agung ini mengandungi isbat segala sifat kesempurnaan bagi Allah dan menafikan sifat sifat, kekurangan daripada Nya. Allah menceritakan di dalam surah ini bahawa Dia adalah Tuhan yang tunggal lagi yang ditumpu oleh segala gala, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorang/sesuatu pun yang setanding denganNya
Makna " " ialah Yang Esa, tidak ada yang serupa dan yang setanding dengan Nya. Nama Allah yang mulia ini memberi erti bahawa sifat sifat kesempurnaan yang nyata bagi Allah tidak serupa dengan sesuatu.
Makna " " ialah Tuanpunya yang ditumpukan segala pekerjaan dan Dialah yang ditujukan dalam menyelesaikan segala hajat dan kesusahan dalam hidup. Nama Allah yang mulia ini memberi erti bahawa Allah sahajalah yang layak ditujukan segala permintaan. Kelayakan ini tidak terbatal/terhilang/tergendala dengan sebab penyelewengan orang orang yang menyeleweng dari "al Haq" dan yang sesat jalan, yang mereka tumpu kepada makhluk dan berpaling tadah dari Tuhan al Khaliq.
Apabila Allah adalah al Khaliq (Pencipta) dan al Mudabbir (Pentadbir) bagi makhluk ciptaan Nya, tidak ada Khaliq dan Mudabbir selain Nya maka berpaling tadah dari Allah, tidak tumpu kepada Nya merupakan kejahilan dan kebodohan, kerana segala urusan kesemuanya di tangan Allah.
Dan demikianlah setiap kali diisbatkan nama " " ternafilah segala sifat sifat kekurangan dari Allah, manakala nama " " ini pula menetap bagi Allah segala sifat kesempurnaan dan kemuliaan.
Dari sini, fahamlah kita tentang sebab Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa surah ini menepati sepertiga al Qur'an al Karim, kerana is mengandungi aqidah al Islamiyyah kesemuanya. Aqidah yang berdasarkan isbat sifat sifat kesempurnaan bagi al Khaliq dan menafikan sifat sifat kekurangan daripada Nya, oleh itu, maka berhaklah ditujukan ibadah kepada Allah dan ditumpukan segala urusan kepada Nya.
Al Qur'an al Karim secara keseluruhannya mengandungi aqidah yang menerangkan bagi hamba nama nama dan sifat sifat yang wajib mereka mengenali Allah, mengandungi syari'at yang menerangkan bagi mereka hak dan kewajipan, cara bergaul di antara sesama mereka, cerita dan kisah yang menerangkan bagi hamba akan sunnah Allah terhadap makhluk Nya, menerangkan bagi mereka pahala dan siksa, janji suka dan duka.
Ibn al Qaiyim rahimahullah menerangkan hakikat surah ini dengan katanya: "Surah al Ikhlas ini mengandungi tauhid i'tiqad, ma'rifah dan sifat sifat yang wajib diisbatkan bagi Allah, yang terdiri dari sifat yang menafikan segala sekutu bagi Allah di setiap segi, dan sifat yang segalagalanya bergantung kepada Nya, di mana menafikan anak, bapa, yang setanding dan setaraf termasuk dalam pengertian ini. Surah ini mengandungi isbat tiap tiap sifat kesempurnaan bagi Allah dan menafikan segala sifat kekurangan daripada Nya, menafikan tasyabiah atau tamsil atau segala sekutu daripada Nya. Usul inilah yang merupakan himpunan tauhid alarm dan i'tiqad yang membezakan mukmin dari kumpulan kumpulan sesat dan syirik." (Ibn al Qaiyim)
Ada pun Ayatul Kursi, yang dicerita oleh Rasulullah s.a.w. sebesar besar ayat di dalam al Qur'an ialah:
Allah, Tidak ada Tidan melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus, mengurus (makhluk Nya), tidak mengantuk dan tidak tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan yang di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tiada merasa berat memelihara kedua dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (A1 Baqarah: 255)
Ayat ini mengandungi kaedah tauhid ketiga tiga bahagian, mengandungi Asma' dan sifat dan tiap tiap satu daripadanya merupakan kaedah dalam Aqidah Islamiyyah.
Firman Allah, " " menetapkan kaedah Uluhiyyah yang menjadi asas tauhid dan tunjang peraturan hidup al Islam kesemuanya. Ayat ini mewajibkan kita tumpukan kehambaan dan ibadah, dalam ertikata: Manusia tidak menjadi hamba melainkan kepada Allah, tidak beribadah melainkan kepada Nya, tidak iltizam/taat melainkan kepada Nya, tidak berihtikam (mengembalikan hukum) melainkan kepada Nya, tidak mengambil syari'at, nilai nilai kemuliaan, akhlak dan konsep hidup melainkan dari Allah Azza wa Jalla.
Firman Nya " " menetapkan dua nama agung bagi zat Allah Yang Maha Tinggi iaitu: " " dan " ".
" ": Ialah Tuhan yang hidup, kekal terus menerus, tidak ada awal dan akhir. Maka hidup yang menjadi sifat zat Allah itu hidup yang tidak datang dari mana mana sumber seperti hidup makhluk yang berasal dari pemberian al Khaliq, " " adalah hidup yang azali dan " ", yang tidak bermula dan berakhir.
" ": Ialah pengurus segala urusan makhluk dan pentadbir segala hal ehwal alam. Dialah pengurus segala sesuatu dengan memberi rezeki, menjaga memelihara dan mentadbir mengikut kehendak Nya. ." " dan " " kedua nama ini adalah sebesar besar nama Allah, kerana kedua nama inilah terpulang kepadanya semua nama nama yang lain dan maknanya. Kerana " " (hidup) melazimkan segala sifat kesempurnaan. Semua sifat sifat yang lain akan terhilang bila didapati kelemahan pada sifat hayat. Bila Allah mempunyai sifat hayat yang sempurna maka sudah tentu Dia mempunyai semua sifat sifat kesempurnaan.
Sifat " " pula mengandungi kesempurnaan kekayaan Allah dan qudrah Nya. Maka Allah ada Nya dengan sendiri, tidak berhajat kepada yang lain, malah Dialah yang mengatur yang lain.
Segala yang wujud ini berkehendak kepada wujudnya Allah Ta'ala dan tadbir Nya. Kedua dua nama ini menanamkan kesan yang besar dalam hidup muslim yang beriman kepada kedua duanya dan yang mengingati makna makna yang tersirat dalam kedua dua nama ini.
Hati nurani muslim sentiasa menghubungi Allah dengan cinta, beribadah dan taat, kerana ia mengetahui bahawa Tuhannyalah yang mentadbir urusannya dan urusan tiap tiap sesuatu di sekelilingnya menurut hikmah dan tadbir Nya. Lantaran itu, ia beriltizam dalam hidupnya dengan tata cara (manhaj) yang berdasarkan hikmah dan tadbir Tuhannya dan mengambil nilai nilai kemuliaan dan pengukuran hidup daripada Allah serta menghidupkan dasar (muraqabah) di setup detik dalam hidupnya.
Firman Nya yang mafhumnya:
Dia tidak ditimpa mengantuk dan tidak tidur.
Ayat ini ta'kid (penguat) pengurusan Allah di atas segala sesuatu dan terikat Nya segala sesuatu dengan pengurusan Allah, kerana mengantuk dan tidur kedua duanya menafikan hidup dan pengurusan yang sempurna.
Firman Nya yang mafhumnya: .
Kepunyaan Nyalah apa apa yang ada di langit dan di bumi.
Ayat ini menetapkan sifat milkiah (memilik) yang sempurna bagi Allah, milkiah yang bebas dari mana mana ikatan dan suci dari sebarang penyengutuan. Aqidah ini bila bertunjang dalam jiwa manusia ia akan melahirkan kesan kesan yang besar dalam hidupnya.
Sayyid Qutb rahimahullah berkata: "Apabila sifat milkiah yang hakiki ini benar benar ternyata bagi Allah Ta'ala sahaja, manusia tidak mempunyai sifat milkiah dari permulaan lagi, mereka cuma orang yang dilantik menjadi khalifah/wakil dari tuannya yang asli, tunggal, memiliki segala sesuatu. Kerana itu, wajib mereka taat mengikut syarat syarat tuannya yang melantik untuk menjalankan perwakilan itu. Dan syarat syarat itu telah diterangkan dalam syariat Nya dan tidak harus mereka menyeleweng daripadanya. Seandainya ia menyeleweng maka terbatallah milkiah yang lahir dari perwakilan itu dan muncul tindakan secara batil.
Sekadar hakikat ini menetap di dalam jiwa . . . sekadar terasanya manusia dengan al Malik al Haqiqi (Pemilik Sejati) bagi semua yang ada di langit dan di bumi . . . sekadar tergambarnya manusia tentang kekosongan tangan mereka dari milkiah yang mereka mengaku memilikinya. Tetapi segala sesuatu itu kembali kepada tuannya semula.
Sekadar terasanya barang yang berada di tangan itu sebagai pinjaman untuk sementara waktu sahaja, kemudian diambil kembali oleh tuannya yang memberi dahulu pada masa yang ditetapkan. . . Sekadar ingat dan menyedari dengan hakikat hakikat itu cukup untuk menjauhi dari sifat rakus dan tamak, kedekut dan kikar dan perseteruan yang berkobar kobar dalam jiwa . . . Cukup untuk merasai genap dan reda dengan rezeki yang diperolehi, bertoleransi dan murah hati dengan apa yang dimiliki . . . Dan cukuplah untuk memenuhi ketenangan dalam hati dan ketetapan dalam jiwa ketika mendapat atau tertegah dari sesuatu pemberian. Dengan itu, jiwa takkan merasa kesal dan kecewa terhadap apa apa sahaja yang luput, terlepas dan terhilang, manakala hati pula tidak terbakar nyala menghendaki perkara yang dicinta". (Sayyid Qutb)
Firman Nya yang mafhum:
Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Nya tanpa izin Nya.
Ayat ini menerangkan tentang makam ketuhanan dan makam perhambaan. Maka setiap makhluk adalah hamba Allah, tidak lebih dari itu, ia tidak berhak memberi sesuatu syafa'at di sisi Allah melainkan dengan izin Nya.
Aqidah ini meletakkan sempadan perbezaan di antara Hakikat Ubudiyyah dengan Hakikat Rububiyyah. Di mana hakikat hamba dan hakikat tuhan tidak bercampur dan tidak sekutu sama sekali pada mana mana sifat atau mana mana keistimewaan.
Firman Nya yang mafhum:
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka sedang mereka tidak mengetahui sedikit pun dari ilmu Allah kecuali dengan apa yang dikehendaki oleh Allah
Ayat ini mengisbatkan bahawa ilmu Allah meliputi masa, tempat dan segala sesuatu,.juga menerangkan kelemahan makhluk serta kekurangan ilmu mereka kecuali sekadar yang diberi oleh Allah sahaja.
Keimanan muslim kepada sifat ilmu bagi Allah ini dan mengingatinya di dalam hati menjadikan is sentiasa muraqabah dirinya, memelihara hudud (garisan garisan penetapan) Allah dan segera bertaubat kepada Nya bila bersalah.
Kesedaran manusia tentang hakikat dirinya dan nikmat nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya untuk menemui kebenaran akan menjadi ia bersyukur kepada Allah dan menjauhkan diri dari sifat angkuh dan sombong.
Firman Nya yang mafhumnya:
Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tiada merasa berat memelihara kedua dua.
Ayat ini membuktikan kesempurnaan kudrat Allah. Kemudian Allah mengakhiri Ayat al Kursi ini dengan menyebut dua nama Nya iaitu firmanNya yang mafhumnya:
Dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
" " bererti mempunyai sifat keatasan dan ketinggian di atas makhluk. Jika siapa berlumba lumba menandingi makam Allah ia akan dihina dan direndah oleh Allah di dunia ini, dan di akhirat dengan azab sengsara.
" " bererti mempunyai keagungan. Justru itu tidak ada siapa dan sesuatu lebih besar dan lebih agung dari Allah. Bila hakikat ketinggian dan keagungan Allah tersemai dalam jiwa manusia ketika itu is mengetahui martabat dirinya dan terus kembali ke makam Ubudiyyah (kehambaan), tidak angkuh dan sombong lagi, malah kembali menjadi takut, gerun dan beradab sopan kepada Allah dan kepada sekalian makhluk.
Itulah di antara pandangan kebesaran Ayat al Kursi. Oleh itu, sayugialah ` bagi orang mukmin berusaha memahaminya, menghafaz, mentadabburi maknaNya, selalu mengingati Nya dan merai hak hak ayat ini.
Tentang fadilat atau kelebihan Ayat al Kursi ini kita dapati beberapa hadith sahih yang menerangkannya, di antaranya hadith yang diriwayat oleh al Bukhari rahimahullah dari Abu Hurairah dalam hadith yang panjang bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Apabila engkau merebahkan diri di tempat tidur maka bacalah Ayat al Kursi, nanti penjaga penjaga Allah akan memelihara engkau dan engkau tidak akan dihampiri oleh syaitan hingga menjelang Subuh." (Bukhari)
Hadith riwayat Imam Muslim dari Abi bin Ka'b r.a. beliau berkata:
"Sabda Rasuluilah s. a. w. maksudnya: Hai Abul Munzir (yakni Abi bin Ka'b)! Ayat ayat al lQur'an yang ada bersama engkau, tahukah engkau manakah ayat yang lebih agung? Saya menjawab:Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui. Baginda bertanya lagi: Hai Abul Munzir! Ayat ayat al gur'an yang ada bersama engkau manakah yang lebih agung? Saya menjawab: " Kemudian baginda pun menepuk dada saya seraya berkata: Wallah, ilmu akan menjadi mudah untuk mu wahai Abul Munzir.
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Rukun Iman yang kedua ialah: Beriman kepada Malaikat. Beriman kepada malaikat bererti percaya secara jazam bahawa para malaikat Allah tetap ada. Mereka dicipta dari cahaya, mereka tidak pernah menderhakai perintah Allah, sentiasa menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Malaikat adalah sejenis makhluk Allah Azza wa Jalla. Tidak sah iman seorang hamba melainkan setelah ia beriman dengan wujudnya malaikat dan beriman dengan sifat sifat dan amalan amalan mereka yang diterangkan di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif, tanpa menambah, mengurang dan mengubah, firman Allah yang mafhum:
Rasul telah beriman kepada al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat Nya, kitab kitab Nya dan rasul rasul Nya. (Al Baqarah: 285)
Dalam hadith yang dikeluarkan oleh al Bukhari dan Muslim dari Umar Ibn al Khattab r.a., ketika Jibril a.s. datang bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai al Iman, maka baginda menjawab:
Engkau beriman kepada Allah, para malaikat Nya, kitab kitabNya, para rasul Nya, Hari Kemudian dan engkau beriman kepada qadr baik dan jahatnya.
Maka wujudnya malaikat ini sabit dengan dalil qat'i yang tidak boleh diragu ragukan lagi. Kerana itu, mengingkari kewujudan para malaikat menjadi kafir dengan ijma' ulama' Islam, bahkan dengan nas al Qur'an sendiri, firman Allah yang mafhum:
Siapa yang kufurkan Allah, para malaikat Nya, kitab kitab Nya dan para Rasul Nya sudah tentu Dia telah sesat sejauh jauhnya. (An Nisa': 136)
Siapa yang mengkaji ayat ayat al Qur'an dan al hadith yang menyentuh hal malaikat, sifat dan amalan mereka is mendapati ayat ayat itu ghalibnya membincang soal hubungan mereka dengan Tuhan al Khaliq, hubungan mereka dengah alam dan hubungan mereka dengan manusia. Dengan demikian bererti Allah mengajarkan kita perkara perkara yang memberi manfaat, dapat membersihkan aqidah, mensucikan hati dan dapat memperbetulkan amalan kits.
Ada pun tentang hakikat malaikat: Bagaimana is dijadikan, kedudukannya secara terperinci Allah sahajalah yang mengetahuinya. Ini adalah salah satu dari keistimewaan aqidah Islamiyyah, kerana is membincangkan hakikat alam ini dan memperkenalkannya kepada manusia sekadar keperluan manusia dan kekuasaan akal fikiran mereka sahaja, demi memperbaiki hidup mereka di dunia ini dan di akhirat nanti. Allah tidak membongkarkan untuk kita mengetahui semua perkara perkara ghaib, sama ada yang bersangkutan dengan zat Nya, sifat sifat Nya dan namanama Nya mahu pun yang bersangkutan dengan makhluk Nya yang berbentuk ghaib.
Mukmin yang sadiq tetap mengaku dan beriman dengan apa sahaja yang diterangkan oleh Tuhan al Khaliq, sama ada keterangan secara ringkas mahu pun secara detail, tanpa menambah, mengurang dan mengubah apa F yang diterangkan, serta tidak pula memberat beratkan diri mengharungi dalam perbahasan perbahasan yang Allah tidak izinkan untuk mengetahuinya.
SIFAT SIFAT KEJADIAN MALAIKAT
Berdasarkan kenyataan di atas, Allah menerangkan tentang sifat sifat para malaikat secara garisan kasar iaitu mereka dijadikan sebelum dari Nabi Adam a.s. Menurut keterangan al Qur'an, Allah menerangkan kepada para malaikat bahawa is telah menciptakan manusia dan melantiknya sebagai khalifah di permukaan bumi ini sebagaimana firman Nya yang mafhum:
"Dan ingatlah ketika firman Allah kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan (manusia) di bumi ini selaku khalifah. Berkara malaikat apakah Engkau mahu jadikan mereka yang akan melakukan kebinasaan dan menumpahkan darah di bumi ini, sedang kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan membersihkan Engkau? Firman Tuhan: Sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui." (A1 Baqarah: 30)
Tentang unsur kejadian malaikat, Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa Allah telah menciptakan mereka dari cahaya sebagaimana dalam sabdanya:
Diadikan para malaikat dari cahaya, diadikan jin dari api dan dadikan Adam dari unsur (tanah) yang telah diterangkan kepada kamu. (Muslim)
Dari beberapa nas yang menjadi dalil, pada keseluruhannya membuktikan bahawa para malaikat adalah makhluk nurani (berunsur cahaya), tidak berjisim kebendaan seperti kejadian manusia yang boleh dibuktikan dengan pancaindera. Mereka berlainan dari manusia, kerana itu mereka tidak makan dan minum, tidak tidur dan berkahwin, mereka bersih dari syahwat kebinatangan, bersih dari kesalahan dan dosa. Tegasnya, mereka tidak bersifat dengan segala sifat kebendaan seperti Bani Adam. Akan tetapi mereka boleh menyamarkan diri sebagai manusia dengan keizinan Allah sebagaimana Allah menerangkan tentang kedatangan malaikat fibril a.s. kepada Maryam dalam bentuk manusia dalam firman Nya yang mafhum:
Dan ceritakanlah (kisah) Maryam (yang tersebut) di dalam al Qur'an, ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. Maka is mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka, lalu Kami mengutus roh Kami (fibril) kepadanya maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. (Maryam: 16-17)
Dalam hadith Jibril yang mahsyur, ketika ia datang mengajar para sahabat mengenai al Islam, al Imam al Ihsan dan tanda tanda Kiamat, Umar bin al Khattab menceritakan: Bahawa malaikat telah datang dalam bentuk seorang lelaki yang pakaiannya putih melepak, rambutnya hitam, tidak ada tanda tanda musafir, ia duduk menghadap Nabi s.a.w. dengan menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut baginda dan meletakkan dua tapak tangannya ke atas dua peha baginda, kemudian bertanya baginda mengenai al Islam, al Imam al Ihsan dan tanda tanda Kiamat:
Di antara sifat sifat kejadian mereka yang diterangkan oleh Allah: Mereka mempunyai sayap yang bilangannya berbeza beza, firman Allah yang mafhum:
Segala pujian bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan (untuk mengurus berbagai urusan) yang mempunyai sayap, ada yang dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan Nya apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Fatir: 1)
Menurut hadith riwayat al Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah nampak malaikat fibril a.s. mempunyai enam ratus sayap.
Apa yang disebut di atas adalah penerangan Allah tentang kejadian malaikat, sejenis makhluk mulia dari segi kejadiannya. Maka kita beriman kepadanya sebagaimana yang diterangkan kepada kita, tidak meminta lebih dari itu. Kiranya dalam penerangan secara panjang lebar tentang kejadian para malaikat mendatangkan manfaat kepada manusia tentu Allah tidak menyekat manusia untuk mengetahuinya. Allah Maha Lemah Lembut lagi Maha Kasihan Belas kepada manusia. Kerana itu diajarkan kepada mereka al Haq dan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.