ðH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/artikel5.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/artikel5.htm delayed x ÖEÔJ ÿÿÿÿ ÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ ð˜» 2 OK text/html Uh 2 ÿÿÿÿ b‰.H Sat, 10 Mar 2001 03:37:58 GMT b Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * ÕEÔJ 2
|
Berjayakah Syukur 21? |
Melangkah untuk kali yang pertama dalam hidup ke dalam panggung wayang bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Siapa sangka tempat yang sering dipandang serong oleh sesetengah pihak (termasuk saya sendiri) kini terpaksa menerima kehadiran pengunjung-pengunjung yang memang asing baginya. Namun, Syukur 21 berjaya membuka tirai baru ke arah pemurnian panggung wayang (atau berjaya menundukkan egoistik golongan agama?).
Bukan mudah untuk menafikan tarikan Syukur 21 kepada anak-anak muda khususnya yang mempunyai komitmen mendalam terhadap kewujudan sebuah negara Islam. Lihatlah bagaimana arahan Mohd Alif Najmi Abdullah (yang pernah gagal dalam filemnya Red Haired Tumbler di Malaya) berjaya mewujudkan sebuah igauan perkampungan Islam yang sering diimpikan-impikan. Kalau sebelum ini, semua itu hanya mampu dibaca dalam bentuk cerpen khususnya dalam majalah-majalah keluaran Arwah Al-Arqam era awal 90-an khususnya Al-Qiadah dan An-Nasihah. Kini, seolah-olah igauan itu dinyatakan dengan lebih jelas lagi melalui filem yang menelan belanja hampir RM4 juta itu.
Secara umumnya, mesej umum filem ini amat mudah difahami. Sebuah perkampungan Islam yang dinamakan Raudhah telah berjaya diwujudkan oleh kumpulan Raihan menjelang tahun 2021. Tanpa dinyatakan lokasi yang jelas mengenai perkampungan tersebut, penonton tentunya dapat memahami bahawa ia masih di dalam negara Malaysia berdasarkan jalur Gemilang yang kelihatan di mana-mana (tidak sensitifkan Kerajaan Malaysia sekarang ini terhadap perkampungan itu? Bukan apa, takut berulang lagi cerita ngeri lama…). Dengan ikatan kasih sayang dan saling mepercayai, Raudhah terus berfungsi sebagai sebuah perkampungan Islam yang kononnya setiap aspek kehidupannya di situ benar-benar menepati syariat Islam. Dengan teknologi yang tinggi dan pentadbiran yang berasakan kepada sistem syura, nampaknya Raudhah benar-benar menjadi tempat yang mendamaikan. Ditambah lagi dengan garapan muzik hasil tangan Farihin Abdul Fatah dan kesempurnaan kerja kamera, memang Sykur 21 harus menerima pujian.
Namun, beberapa sudut lain nampaknya masih diabaikan, kabur dan masih memerlukan penjelasan. Apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Raudhah? Bagaimanakah pula sistem politik di luar Raudhah? Kalaulah Raudhah bukan sebuah negara yang bebas (tentunya demikian), bagaimanakah polisi kerajaan (Malaysia) ketika itu terhadap kewujudan perkampungan seperti Raudhah? Atau Syukur 21 mahu membawa mesej bahawa sistem politik Malaysia pada masa itu sudah berubah 360o?
Muslimah-muslimah di Raudhah juga nampaknya cuba mempraktikkan gaya pakaian seorang muslimah sejati walaupun pada hakikatnya masih belum memenuhi tuntutan syariat. Lebih hebat lagi, pakaian-pakaian yang digunakan nampaknya lebih bermotifkan kempen terhadap busana-busana tertentu. Bagaimana pula percintaan Aisyah dan Daniel? Bukankah Aisyah mahu diketengahkan seorang yang gadis muslimah yang sentiasa mematuhi syariat Islam dengan memakai tudung dan jubah (ketepikan dulu soal Aisyah di luar filem)? Lantas, tepatkan tindakan Aisyah yang sering menjeling dan tersenyum kepada Daniel? Memang itulah tarikan untuk Daniel supaya terus berada di Raudhah dan itulah juga tarikan kepada ramai pemuda-pemuda untuk membayar wang di kaunter tiket.
Kehadiran Norzizi dan Man Bai dalam dilem ini juga sebenarnya banyak membantu untuk menghidupkan lakonan. Sayangnya, imej dan bayangan mereka di luar filem sering mengganggu kosentrasi para penonton.
Lebih jauh lagi, tepatkan tindakan Raihan (yang dulunya berhasrat mahu berdakwah melalui irama nasyid) memulakan langkah mula berlakon di dalam filem yang menggabungkannya dengan artis-artis lain? Telitilah pula proses penggambaran Syukur 21 (The Making Of… Syukur 21) yang melibatkan krew-krew yang jelas tidak menutup aurat, di mana prinsip Raihan ketika itu? Masih teguhkan prinsip berdakwah melalui muzik atau telah hilang ditiup angin materialitstik bersama hilangnya serban di kepala? Sekadar ingatan kepada Raihan (dan tak lupa kepada kumpulan nasyid lain), jangan melatah sekiranya tindakan ini menyebabkan anda kehilangan peminat sejati walaupun mungkin anda berjaya mengumpul peminat-peminat baru.
Walau bagaimanapun, menonton filem ini sebenarnya mampu membuatkan kita berfikir. Mampukah mimpi Raudhah dijadikan hakikat? Atau persoalan lain, ikhlaskah pihak yang bertanggungjawab memprodukkan filem ini atau sekadar ingin memperalatkan Raihan? Berjayakah Syukur 21 memulakan gerak mula ke arah percambahan filem-filem dakwah yang lain atau pulangannya yang tidak menggalakkan (setakat ini kutipannya baru sekitar RM1 juta) akan menyebabkan pihak-pihak lain tidak berminat mengorak langkah yang sama? Yalah, apa ada pada keikhlasan selain daripada mainan bibir. Perlu diingatkan di sini, Syukur 21 berbeza dengan album Puji-pujian. Walaupun kedua-dunya merupakan perintis, namun setakat ini ternyata Puji-pujian jauh lebih bernasib baik dari Syukur 21 jika keuntungan menjadi ukuran. Oleh yang demikian, keikhlasan banyak pihak teruji dalam hal ini.
Walau apapun, pandangan saya terhadap panggung wayang terus berubah setelah memasukinya buat pertama kali. Jika sebelum ini saya memandang serong terhadap tempat ini, maka selepas memasukinya buat pertama kali, pandangan saya menjadi benar-benar serong. Oleh itu, bagi anda yang belum menonton filem ini dan belum memasuki panggung wayang, anda tidak rugi sesen pun sekiranya tidak berbuat demikian..!!
rencana ini saja-saja nak buat gempak
- Februari 2001