đHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/artikel6.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/artikel6.htmdelayedx×EÔJ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č€ş‚OKtext/html° h‚˙˙˙˙b‰.HSat, 10 Mar 2001 03:37:58 GMTcMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *ÖEÔJ‚ New Page 1

Isyarat Dari Munajat Rakyat Kelantan

 

9 Feb 2001 - Suasana Subuh yang begitu hening dan mencengkam urat saraf begitu memberikan sentuhan yang mendalam terhadap jiwa. Itulah sebabnya barangkali walaupun Padang Perdana yang begitu luas dipenuhi puluhan ribu manusia, namun suasana tetap terasa begitu sunyi. Masing-masing seolah-olah cuba menyelami doa yang dilafazkan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar. Suaranya yang tenggelam timbul menambahkan lagi kesyahduan pagi Jumaat itu.

Ketika saya sampai lebih kurang pukul 5.00 pagi, Padang Perdana sudahpun dipenuhi dengan hadirin yang pada masa itu rasanya sudah mencecah 7 - 8 ribu orang. Satu perasaan gembira yang sukar uuntuk digambarkan menyelinap masuk ke sudut hati saya. Masakan tidak, pada sangkaan saya (dan juga pihak-pihak lain) sebelum itu, tidak akan ada orang yang sanggup datang sebelum Subuh lagi semata-mata untuk solat hajat melainkan beberapa kerat sahaja. Namun sangkaan itu ternyata meleset dengan kehadiran yang begitu ramai lebih-lebih lagi untuk isu baru yang sudah lama sebenarnya :- Krisis Istana - Kerajaan Negeri. Jangankan bermandi embun, bermandi darah pun rasanya rakyat Kelantan masih lagi sanggup. Rupanya sokongan rakyat Kelantan terhadap kerajaan negeri tidak pernah luntur malah meningkat dari masa ke semasa. Umpama yuran pengajian yang tak pernah turun tetapi tetap naik dari masa ke semasa.

Sekadar satu sorotan ringkas, karenah yang ditimbulkan oleh pihak Istana Kubang Kerian bukannya satu perkara baru dalam arena politik Kelantan. Darah keturunan raja (yang warnanya mungkin bukan merah) menjadikan mereka istimewa hingga mampu mencetuskan pelbagai kontroversi dan mengkucar-kacirkan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Krisis besar-besaran Istana - kerajaan negeri pada tahun 1987 - 1990 boleh dianggap sebagai titik mula kepada tragedi-tragedi seterusnya. Apabila Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden UMNO, MB Kelantan pada masa itu ‘dititahkan’ agar memberikan sokongan dan taat setia kepada Tg. Razaleigh. Titah tersebut diderhakai. Akibatnya penarikan balik bintang-bintang kebesaran yang diberikan kepada beberapa kerat tokoh-tokoh UMNO Kelantan pada masa itu. Juga tidak terlampau untuk mengatakan bahawa pengaruh Istana sedikit sebanyak menyumbang kepada pukulan KO terhadap UMNO pada tahun 1990. Inilah faktor yang seterusnya mendorong geng UMNO Kelantan menabalkan ‘Sultan Kelantan’ tajaan mereka sendiri pada 30 April 1993. Rakyat Kelantan tentunya masih belum melupakan peranan tokoh-tokoh UMNO Kelantan pada masa itu seperti Dato’ Annuar Musa dan Dato’ Paduka Ibrahim Ali.

Tahun 1996, politik di Kelantan bergolak lagi. Kali ini cerita yang sama dengan versi yang berlainan. Ia bermula apabila Tg Razaleigh mengkebumikan Semangat 46 dan mengisytiharkan dirinya sebagai gurkha UMNO. Sekali lagi Istana Kelantan diheret untuk turut serta dalam kemelut ini. Instituti Sultan Kelantan yang tak bersalah (dan tak tahu apa-apa) dijadikan perahu untuk menyelamatkan Tg. Razaleigh yang tercungap-cungap kelemasan. Sayangnya, perahu yang digunakan tidak lagi boleh diharap. Ia sudah bocor…

Mood rakyat Kelantan ternyata sudah berubah. Tiada lagi semangat Hang Tuan yang taat membuta tuli. Yang ada ialah semangat Jebat :- Raja Adil Raja Ditaati, Raja Zalim Raja Disanggah. Istana Kubang Kerian sudah semakin dibenci oleh rakyat jelata, Tak percaya? Sebagai salah satu bukti mudah, sila perhatikan semasa doa kepada Sultan Kelantan (yang dikira sebagai rukun oleh pihak-pihak tertentu) dibaca semasa khutbah Jumaat, ramai jemaah yang menjatuhkan tangan. Dan yang lebih teruk, ada yang mencebikkan bibir tanda protes.

Jelas sekali, faktor istana sudah tidak lagi relevan dalam mencorakkan hitam putih politik Kelantan. Pilihanraya 1999 mengukuhkan lagi andaian ini. Walaupun kes Anwar Ibrahim merupakan satu faktor namun kenyataan bahawa pihak Istana Kelantan sudah hilang pengaruh adalah tidak boleh dinafikan lagi. Kerana itu, untuk kerabat Diaraja, rakyat kelantan menyedekahkan dua kerusi di Gua Musang sebagai batu nisan. Protes ini boleh dilihat dengan lebih jelas melalui demontrasi aman membantah konsert nyanyian anjuran PTN (dengan syafaat istana) Oktober tahun lepas.

Sepatutnya istana harus berterima kasih kepada YAB Tuan Guru yang sanggup menentang arus dengan tidak meminda perlembagaan mengurangkan kuasa isana. Umum mengetahui, pihak Menteri Besar menerima tekanan yang tidak sedikit dari pelbagai pihak terutamanya Pemuda PAS agar ‘mengajar’ istana namun Tuan Guru lebih memilih untuk melangkah sevara perlahan. Sudah tentu beliau mengharapkan perubahan sikap yang positif dari istana. Namun, ternyata, anak ular jangan dipelihara.

Isyarat dari Munajat Rakyat Kelantan sangat jelas. Isunya bukan penarikan bintang dan permintaan tanah, namun isunya ialah gangguan terhadap pentadbiran yang dipilih oleh rakyat. Jelas, rakyat berdiri bersama kepimpinan kerajaan negeri. Kerana itu, perlu diingatkan bahawa Maqam Diraja di Langgar masih banyak ruang kosong untuk diisi!

 

- 10 Februari 2001