ðH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah12.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah12.htm delayed x áEÔJ ÿÿÿÿ ÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ à}º ‰= OK text/html Uh ‰= ÿÿÿÿ b‰.H Wed, 28 May 2003 00:20:10 GMT o Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * ßEÔJ ‰=
AMAR
MAKRUF NAHI MUNKAR : KEWAJIPAN MUKALLAF
Muqaddimah
Islam adalah satu agama yang lengkap dan sempurna. Keindahan dan kesumulan Islam adalah satu fakta yang sama sekali tidak boleh disangkal oleh sesiapa sekalipun. Tidak wujud satu agama yang boleh menandingi Islam dari sudut kesempurnaan dan keindahannya. Di dalam Islam, seseorang individu diwajibkan untuk menyempurnakan tuntutan-tuntutan yang difardhukan ke atasnya samada dari aspek hubungan dengan Allah, hubungan dengan diri sendiri atau hubungan dengan manusia. Di antara agenda utama yang terkandung di dalam hubungan dengan sesama manusia ialah amar makruf nahi munkar.
Al-Quran sudah menggariskan dalil-dalil yang begitu banyak tentang kewajipan tugas ini kepada individu muslim. Antaranya :
Bagaimanakah Keadaan Masyarakat Islam Pada Hari Ini?
Keadaan masyarakat Islam sebenarnya berada di dalam situasi yang cukup getir pada hari ini. Dari aspek mana sekalipun, sebenarnya ancaman sedang berlaku secara serius terhadap kehidupan umat Islam sejagat.
Pelbagai gejala-gejala baru yang timbul membuktikan bahawa peperangan umat Islam pada hari ini baru setakat melawan diri sendiri, belum lagi mampu untuk melawan musuh ang lebih hebat lagi.
Umat Islam hari ini sebenarnya sangat lemah. Kelemahan ini dinilai dari pelbagai aspek :
Apa Yang Harus Dilakukan
Oleh Seorang Individu Muslim Yang Mempunyai Kesedaran?
Kesedaran sebenarnya sedang menuju ke kemuncak sejak
akhir-akhir ini. Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah SAW apabila menjanjikan
bahawa tidak akan sunyi dunia ini walaupun sesaat dari kehadiran jemaah yang
menyusun langkah dan rencana untuk meneruskan agenda perjuangan Islam.
Namun, kadang-kadang kesedaran yang timbul tidak
berjaya untuk dibentuk dan dikekalkan. Ia muncul dalam bentuk semangat yang
hanya berkobar-kobar buat sementara lantas hilang ditelan oleh masa. Ia tidak
disusun di dalam bentuk pelaksanaan yang terancang dan penuh strategi. Lantaran
itu, individu-individu yang mempunyai kesedaran yang tinggi seharusnya :
1.
Berusaha untuk
mengekalkan kesedaran dan semangat yang ada setiap masa bagi menguatkan tekad
dan keyakinan.
2.
Berusaha untuk
menggandakan usaha menuntut ilmu kerana ia akan menjadi bekal yang cukup
berharga di dalam perjalanan seorang pejuang.
3.
Bertindak menyusun
gerakan individu-individu yang mempunyai kesedaran ini supaya dapat bersatu di
bawah satu payung perjuangan mengikut suasana setempat. Seandainya telah wujud
penyatuan, maka setiap individu perlu berusaha menggabungkan diri atau
sekurang-kurangnya memberikan sokongan.
4.
Sentiasa istiqomah di
dalam melaksanakan tuntutan amar makruf nahi munkar. Ini kerana setiap usaha
seperti ini pastinya mendapat tentangan dari mereka yang tidak mahu melihat
gemerlapan cahaya Islam.
Penutup
Semoga generasi yang telah dibentuk dan diasuh pada masa kini mampu untuk merealisasikan cita-cita perjuangan berasaskan semangat amar makruf nahi munkar.
Sesungguhnya cahaya Allah tidak akan padam sekalipun seluruh manusia berusaha untuk memadamkannya.
JKR405
28 Mei 2003
http://www.ahmadfadhli.com