ðH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah14.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah14.htm delayed x âEÔJ ÿÿÿÿ ÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ à}º ®, OK text/html °h ®, ÿÿÿÿ b‰.H Mon, 21 Jul 2003 02:17:31 GMT q Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * âEÔJ ®,
Jatidiri Muslimah
MUQADDIMAH
Dunia terus bergerak ke depan meninggalkan coretan-coretan kenangan pahit
manis di dalam sejarah manusia. Melangkah ke abad 21 menyaksikan bagaimana Islam
seolah-olah menjadi musuh utama kepada manusia. Keganasan, penindasan,
ketidakadilan sosial, diktator dan pelbagai lagi isitilah-istilah yang kurang
enak dikaitkan dengan Islam. Dalam masa yang sama, kelompok-kelompok yang
menyintai sistem Islam mula diterima di tempat masing-masing. Kebangkitan
kelompok pro-Islam di Turki dan Pakistan pada tahun 2002 adalah implikasi tidak
langsung kepada tuduhan melulu yang dilemparkan oleh musuh-musuh terhadap Islam
ekoran peristiwa 11 September 2001. Justeru, jurang di antara masyarakat dunia
semakin melebar. Satu kelompok semakin memusuhi Islam dan satu kelompok semakin
menunjukkan sokongan kepada Islam. Di Palestin, semangat kecintaan kepada Islam
dan syahid sudah mewarnai gelombang cita-cita anak-anak muda. Kita sudah tidak
terkejut apabila mendengar gadis-gadis muslimah meletupkan diri semata-mata
kerana jihad. Di tengah-tengah pertembungan yang semakin sengit ini, apakah
jatidiri muslimah yang sebenar yang ingin kita bentuk di dalam anak-anak gadis
kita hari ini?
GENERASI MUSLIMAH YANG KITA IMPIKAN
Muslimah sama sekali tidak boleh memisahkan diri dari gerakan dakwah.
Tidak ada sebarang alasan yang munasabah untuk membiarkan muslimah terceruk di
dapur berkawan dengan periuk dan kuali manakala di luar sana anak-anak gadis
kita dimurtadkan dan diseret ke lembah kehinaan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kita tidak mahu para ustazah yang bertudung labuh hanya
memandang medan perjuangan ialah di samping keluarga (dan suami tentunya) lantas
mengenepikan persoalan ummah yang kian meruncing. Muslimah seharusnya mempunyai
cita-cita untuk menjadi seorang da’iah. Di dalam Al-Quran, tugas amr makruf
dan nahi munkar turut melibatkan muslimah apabila Allah SWT bersabda (yang
bermaksud) :
Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah, ayat 71)
Generasi
muslimah yang kita cita-citakan ialah generasi yang rela untuk turut membawa
obor perjuangan bersama-sama kaum muslimin. Mereka seharusnya mempunyai
ciri-ciri yang berikut :
1.
Ilmu dan thaqofah
yang bertenaga dan mantap
untuk berdepan dengan permasalahan masyarakat. Kita tidak ingin lahirnya
generasi yang hanya pandai bercakap dan menjadi pak turut namun kelu apabila
berbicara tentang permasalahan yang berkaitan dengan agama. Seorang muslimah
sejati yang bercita-cita untuk muncul sebagai da’iah seharusnya menguasai
pelbagai cabang ilmu khususnya permasalahan fiqh yang membabitkan golongan
wanita. Kekurangan yang dihadapi oleh umat Islam ialah kurangnya pakar-pakar di
dalam ilmu-ilmu yang tertentu mengakibatkan pergantungan yang ketara kepada
orang lain yang bukan Islam.
2.
Kefahaman yang
jitu
mengenai selok belok perjuangan dan harakah islamiyyah. Generasi muslimah yang
ideal ialah generasi yang dibentuk oleh pentarbiyahan yang berkesan dan melalui
marhalah-marhalah tarbiyyah yang telah disusun secara khusus. Marhalah-marhalah
ta’rif, takwin dan tanfiz perlu dilalui oleh setiap jundiyy yang ingin
berbakti kepada Islam. Bagaimanapun, proses ini bukanlah sesuatu yang mutlak di
dalam melahirkan kader-kader pejuang memandangkan ia adalah satu teori yang baru
muncul di abad yang lalu. Namun, teori ini dianggap paling sempurna di dalam
melahirkan muslimah yang benar-benar mengetahui apakah tuntutan sebenar mereka
di dalam harakah islamiyyah yang akan diceburi. Bagaimanapun, perlu diingatkan
bahawa ramai yang telah melalui proses pentarbiyahan akhirnya layu di medan
perjuangan yang sebenar.
3.
Bersyakhsiyyah
dan Berakhlak yang
mampu menarik minat dan kecenderungan orang lain kepada dakwah. Seorang muslimah
adalah umpama bunga yang berkembang mekar. Keindahan bunga tidak mungkin akan
lengkap seandainya baunya tidak enak untuk dihidu. Akhlak itulah umpama bau bagi
sekuntum bunga. Di tengah-tengah kebejatan sosial yang melanda umat remaja hari
ini, alangkah baiknya jikalau muncul generasi muslimah yang benar-benar iltizam
dengan syakhsiyyah islamiyyah. Bertudung labuh dan berjubah menjadi uniform bagi
generasi muslimah yang ideal.
4.
Semangat dan
Istiqomah yang
bersemarak di dalam jiwa generasi pejuang perlu dibentuk agar setiap usaha yang
dilakukan tidak layu di pertengahan jalan. Sesungguhnya sudah ramai sebelum kita
yang mempunyai bakat yang hebat dan ilmu yang mantap namun akhirnya gugur di
pertengahan jalan. Golongan mutasaqitun seperti ini terlalu ramai, malah
kita sendiri pun tidak boleh mendabik dada mendakwa bahawa kita pasti akan
selamat. Jalan yang terbaik ialah sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT agar
ditetapkan iman kita selepas kita menerima hidayah (Ali-Imran, ayat 8)
5.
Ikhlas di
dalam apa jua gerak kerja perjuangan kerana inilah yang menjamin para muslimah
untuk mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.
KESIMPULAN
Apa yang dinyatakan di sini sekalipun secara ringkas namun ia rasanya
sudah cukup untuk menjadi satu garis panduan secara umum untuk generasi remaja
muslimah hari ini membentuk jatidiri diri. Sesungguhnya, perjuangan ini pastinya
akan mendapat kejayaan, sekalipun tidak di dunia namun di akhirat. Jadikanlah
lafaz dan ikrar yang sering dikumandangkan melalui doa iftitah di dalam solat sebagai satu kenyataan di dalam
hidup. Sesungguhnya perjuangan ertinya menjala susah, meratah gundah, merelakan
pengorbanan dan menanggung penderitaan. Tabahlah dan bertindaklah secara matang
dalam mengharungi kepayahan, biarlah Allah menentukan hasilnya.
Ahmad Fadhli bin Shaari
18 Julai 2003