ðH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah16.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah16.htm delayed x äEÔJ ÿÿÿÿ ÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ à}º w4 OK text/html °h w4 ÿÿÿÿ b‰.H Wed, 26 Nov 2003 09:29:28 GMT s Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * ãEÔJ w4
Puasa Enam Hari di Bulan Syawwal
Rasulullah
SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya)
seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa).
Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya
untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya
menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.
Sebenarnya
puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut
kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan
antaranya menyebabkan sistem percernaam di dalam badan berehat seketika di
waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawwal pula menyebabkan
seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai
makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat
kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia
mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada
nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada
sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk
kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain
dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya
seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita
teruskan juga di bulan Syawwal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah
menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia
menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang
benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat
puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
Di
dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas
bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para
ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan
dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali
ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala
puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira
jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun
sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan
ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.
Di
antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus
menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha’ dan puasa enam hari di
bulan Syawwal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan pausa
yang satu? Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika
ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang
ingin melakukan puasa qadha’ dan puasa enam dengan berniat puasa qadha’ dibulan
Syawwal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia
bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha’
terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha’ adalah wajib dan puasa enam
adalah sunat.
Kebanyakan
ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi
apabila seseorang berpuasa qadha’ sekalipun ia tidak berniat menggabungkan
kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berniat
kedua-duanya. Di dalam kitab As-Syarqawi ‘Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh
Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qadha’ yang
tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa
sunat yang lain di bulan Syawwal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala
puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun
tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah
SAW agar berpuasa di bulan Syawwal. Namun, pahala yang diperolehi tentulah
kurang daripada orang yang benriat kedua-duanya sekaligus. Beliau mengambil
contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus
melakukan solat fardhu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan
diganjari dengan dua pahala sekaligus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul
masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat
selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.
Namun,
kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa
qadha’ akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan
kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di
sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada
Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang
menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan
diri sebagai seorang hamba mencari redha tuhannya.
Persoalan
seterusnya, bagaimanakah jika seseorang khususnya wanita ingin berpuasa secara
berasingan di antara puasa enam dan puasa qadha’, yang manakah yang sewajarnya
didahulukan? Adakah di dalam kes ini kaedah mendahulukan yang wajib dipakai?
Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi iaitu salah seorang ulama AL-Azhar menyatakan,
puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan di dalam
bulan Syawwal sahaja. Adapun puasa qadha’, seseorang itu bebas melakukan di
dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan
datang. Ini bertepatan dengan amalan Ummul Mukmin Aisyah RA yang berpuasa
qadha’ di bulan Sya’ban dan diperakui oleh Rasulullah SAW dan dikira sebagai
sunnah taqririyyah. Namun, jika ia menggabungkan kedua-duanya sekaligus, ia
juga diharuskan.
Sebagai
kesimpulan, marilah kita sama-sama melakukan ibadat puasa enam yang digalakkan
oleh Rasulullah SAW ini. Samada ingin menggabungkan puasa enam dengan puasa yang lain atau
ingin melakukannya secara berasingan, itu terpulanglah kepada diri kita sendiri
berdasarkan kemampuan yang ada pada diri kita. Apa yang penting ialah kita ingin
ia menjadi saksi di hadapan Allah SWT
nanti sebagai tanda bahawa diri ini benar-benar ingin mencari dan memburu
keredhaanNya. Semoga kita dimasukkan di dalam
golongan yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Amin.
Ahmad Fadhli bin Shaari,
Kuliyyah Dakwah Islamiyyah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.
catatan : pendapat Syeikh Atiyyah Saqr dan Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi dirujuk di dalam laman web www.islamonline.net