šH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah18.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah18.htm delayed x äEŌJ ˙˙˙˙ ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ą}ŗ ,A OK text/html °h ,A ˙˙˙˙ b‰.H Sat, 28 Feb 2004 12:08:10 GMT u Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * äEŌJ ,A
Puasa 9 dan 10 Muharram
Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90.
Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh
10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa
mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun.
Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami
padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan
Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya
berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu
Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan
Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa
dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah
baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu
pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.
Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah
pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid
bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang
seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya
setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian
besar kawasan di Iraq.
Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya
kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net
Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di
dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan
kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :
Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para
ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di
dalam tiga kaedah :
Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi
SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri
melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani…
berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada
10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy
telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di
dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat
diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat
Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,
www.islamonline.net
Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram
disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan
(memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT
akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam
Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun
dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan
sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. –
Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.
Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang
merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘ayura adalah
satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika
dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi
Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan
yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian,
jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini
bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang
sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri
seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka
ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a’lam.
Ahmad Fadhli bin Shaari
Kaherah, Mesir.