đHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah2.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah2.htmdelayedxćEÔJ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Čŕ}şâOKtext/htmlŔĂgâ˙˙˙˙b‰.HTue, 10 Dec 2002 00:17:27 GMTvMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *äEÔJâ Kisah Nabi Yusuf a

Kisah Nabi Yusuf a.s : Pengajaran Di Dalam Perjalanan Dakwah (Siri 1 : Ayat 1-18)

 

 

Disediakan sebagai bahan perbincangan untuk

Program Iftar Jamai’e Sittam Min Syawwal 1422 H

 

Susunan :                                                      Disemak oleh :                                                                     

Al-Faqir Ila Rabbih,                                          Al-Fadhil Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari,                 

Ahmad Fadhli bin Shaari,                                            Penasihat PMKIAS Sesi 2001/2002

Presiden PMKIAS Sesi 2001/2002.

 

 

 

Rujukan asas :

Tafsir Al-Munir Pada  Membincangkan Aqidah, Syariah dan Manhaj

karangan Al-Ustaz Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

 

 

 

Terjemahan ayat :

1.       Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.

2.       Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

3.       Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

4.       (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

5.       Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

6.       Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

7.       Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).

8.       (Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."

9.       (Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".

10.   Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".

11.   Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?

12.   Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".

13.   Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya ".

14.   Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi".

15.   Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) ".

16.   Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis.

17.   Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".

18.   Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang Nabi Yusuf as

 

Baginda ialah Yusuf bin Yaakub (yang disebut juga sebagai Israel) bin Ishak bin Ibrahim ‘alahimussalam. Merupakan salah seorang anak Nabi Yaakub yang berjumlah 12 orang semuanya. Nabi SAW pernah bersabda tentang Nabi Yusuf : “Seorang yang mulia anak kepada seorang yang mulia anak kepada seorang yang mulia anak kepada seorang yang mulia..”[1]

 

 

 

Pengajaran

 

1.       Ayat 5 : Adalah dilarang untuk menceritakan sebarang mimpi kepada orang yang tidak berilmu, tidak menyukai diri kita dan orang yang tidak boleh (atau tidak mahu) memberikan sebarang nasihat. Ini kerana dengan menceritakan mimpi kepada orang-orang yang bersifat seperti ini akan memberikan mudarat kepada kita samada ditafsirkan dengan cara yang salah dan sebagainya. Begitu juga dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT, harus disembunyikan dari diketahui oleh orang-orang dibimbangi akan berlaku hasad dan dengki kepada kita.

Di dalam perjalanan dakwah juga terdapat ketika tertentu yang dituntut supaya para da’ie menyembunyikan strategi-strategi yang dirancang dari masa ke semasa. Kaedah ‘hazr’ walaupun tidaklah sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan namun tidak juga boleh ditingalkan sepenuhnya. Seorang da’ie khususnya dan angota-anggota jemaah umumnya perlulah masing-masing sentiasa berwaspada terhadap peluru-peluru musuh yang sentiasa menghala setiap masa dan keadaan.

2.       Ayat 5 : Diharuskan seorang muslim untuk memperingatkan saudaranya agar berhati-hati dengan seseorang yang lain. Ini adalah dibimbangi saudaranya tersebut dikhianati oleh orang lain. Dan peringatan seperti ini tidaklah termasuk di dalam kategori melagaka-lagakan manusia atau mengumpat kerana ia dilakukan tidaklah lain semata-mata kerana tidak ingin melihat saudaranya teraniaya.

3.       Ayat 8 : Sifat dengki adalah merupakan sifat yang amat keji dalam tamadun manusia. Sifat inilah yang telah mencatat banyak pertumpahan darah dalam sejarah peradaban dunia zaman berzaman. Malah perlulah diingat bahawa terusirnya iblis dari syurga adalah juga kerana benih-benih yang tumbuh akibat sifat ini[2]. Pembunuhan pertama yang melibatkan dua orang anak Adam AS juga disebabkan oleh sifat seperti ini[3]. Dan seterusnya diceritakan pula di dalam surah Yusuf ini bahawa permulaan penderitaan yang dialami oleh Nabi Yusuf AS juga kerana saudara-saudarana telah dihinggapi oleh sifat dengki. Oleh yang demikian, umat manusia seluruhnya perlulah mengambil iktibar dan menjauhi dari sifat dengki. Ini kerana apabila bermaharajalelanya sifat ini di dalam hati manusia, tidak akan membawa erti lagi sebarang perhubungan darah dan persahabatan. Ia akan terbakar oleh suburnya dengki sebagaimana api yang membakar kayu-kayu yang kering.

Di dalam sejarah organisasi dakwah juga, sifat seperti ini mencatat lembarannya yang tersendiri. Sudah banyak contoh-contoh yang melibatkan persengketaan antara para pejuang sejak dari zaman sahabat hinggalah ke zaman kita sekarang adalah disebabkan oleh sifat dengki. Seorang da’ie yang hanya memikirkan perjuangannya adalah untuk mendapat ganjaran di sisi Allah SWT tidak akan membiarkan sifat seperti ini tumbuh di dalam hati dan jiwanya apabila melihat kelebihan-kelebihan dan keistimewaan yang diterima oleh orang lain lantaran usaha dakwah yang dilakukan.

4.       Ibubapa perlulah berlaku adil terhadap anak-anak mereka. Ini kerana sebarang tindakan yang diterjemahkan sebagai ketidakadilan oleh anak-anak akan menyebabkan jiwa anak-anak memberontak dan akan melakukan tindakan yang di luar batasan. Namun demikian, ini tidaklah bererti bahawa Nabi Yaakub AS tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya. Jauh sekali seorang nabi yang maksum boleh bersifat demikian. Nabi Yaakub AS tidaklah melebihkan dua orang anaknya – Nabi Yusuf dan Bunyamin – melainkan hanyalah kasih sayang sahaja. Ini kerana adalah mustahil seorang manusia boleh memberikan kasih sayang yang benar-benar sama rata terhadap dua pihak. Ini adalah di luar dari kemampuan seorang manusia biasa. Kegagalan untuk menyamaratakan kasih sayang seratus peratus bukanlah bererti kegagalan untuk berlaku adil.

 

5.       Ayat 15 : Rahmat Allah sentiasa akan menemani orang-orang yang berbuat kebaikan dan dizalimi. Allah SWT sama sekali tidak membiarkan seseorang yang berbuat kebaikan dizalimi melainkan diberitakan kegembiraan. Dan kegembiraan ini tidak semestinya boleh dilihat dan dinilai oleh manusia dengan mata kasar mereka. Kadang-kadang ada golongan manusia yang pada zahirnya menderita dengan segala macam kesusahan, tetapi hatinya sentiasa digembirakan oleh Allah SWT. Malah ramai sekali yang zahirnya kelihatan mewah namun hatinya sentiasa meronta-ronta dengan bermacam jenis kebimbangan yang memenjara sanubarinya.

Itulah juga pancaroba dalam menjalankan tugas di jalan dakwah. Penderitaan dan kesusahan yang pastinya dialami tidaklah merupakan penghalang kepada usaha yang murni. Sekalipun pendokong-pendokong dakwah dari dahulu hinggalah sekarang (dan pastinya akan berterusan hinggalah ke saat yang ditentukan Allah) sentiasa dihadapkan dengan penderitaan namun jaminan Allah SWT akan sentiasa menemani hati-hati yang ikhlas dalam perjuangan. Kesudahannya, kebahagiaan pasti akan bersama dengan pendokong-pendokong dakwah, sekalipun tidak dapat dikecapi di dunia, ia pasti akan dimiliki di sisi Allah kelak. Oleh yang demikian, pendokong-pendokong dakwah yang sebenar sama sekali tidak akan berasa bimbang dan takut[4].

 

6.       Ayat 18 : Sesungguhnya sebarang bentuk tipu daya yang dilakukan oleh manusia pasti akan dikalahkan oleh Allah SWT. Kelemahan manusia akan menafikan tipu daya yang mereka sendiri lakukan. Ini boleh dibuktikan dengan tindakan saudara-saudara Nabi Yusuf yang melumurkan baju Nabi Yusuf dengan darah yang palsu (darah binatang). Mereka mendakwa bahawa Nabi Yusuf telahpun dibunuh oleh serigala dan darah yang didakwa sebagai darah Yusuf itulah yang menjadi bukti  bahawa Yusuf telah terbunuh. Namun, dalam masa yang sama mereka terlupa untuk mengoyakkan baju Yusuf menyebabkan penipuan mereka terbongkar. Ini kerana tidak ada serigala yang begitu beradab memakan mangsa dan menanggalkan baju tanpa mengoyakkannya sedikit pun. Akibat dari penipuan mereka yang tidak berjaya itu, Nabi Yaakub menyedari bahawa anak-anaknya telahpun cuba untuk menipu baginda. Dr. Wahbah Az-Zuhaili menyebut di dalam tafsirnya, Al-Munir bahawa diriwayatkan Nabi Yaakub berkata dalam keadaan istihza’ (mempersenda) : “Apakah yang menyebabkanmu wahai serigala memakan anakku dan kau tidak mengoyakkan bajunya..?”

Pengajaran yang jelas di sini ialah bahawa sebarang penipuan dan tipu daya yang dilakukan oleh manusia pasti akan tedapat kelemahannya. Kita boleh melihat dalam suasana kita pada hari ini di mana ada ketika tertentu di mana tuduhan-tuduhan yang melampaui batasan akal dilemparkan kepada tokoh-tokoh tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkannya. Maka di atas tujuan tersebut, dicarilah saksi-saksi palsu untuk mempertahankan tuduhan mereka, namun oleh kerana tuduhan-tuduhan tersebut tidaklah lebih melainkan hanyalah penipuan semata-mata, maka ia akhirnya digagalkan oleh kelemahan mereka sendiri.

Apa yang penting harus diambil perhatian oleh penggerak-penggerak dakwah ialah mereka jangan sekali-kali menjerumuskan diri sendiri di dalam sebarang bentuk penipuan dan pendustaan dalam usaha mencapai tujuan masing-masing. Ini kerana, penipuan dalam apa jua bentuk sekalipun pasti akan mempunyai kelemahannya yang tersendiri menyebabkannya akan terbongkar lambat laun. Apabila ia terbongkar, tidak ada lagi yang boleh diterima oleh pelakunya kecuali kata-kata nista dan cacian dari manusia. Adalah lebih selamat bagi seorang da’ie untuk sentiasa berada bersama dengan kebenaran dan menjauhi perangkap pendustaan walau di atas alasan apa sekalipun.

 

 

Disediakan sebagai bahan perbincangan untuk Program Iftar Jamai’e Sittam Min Syawwal.

 

Susunan :                                                      Disemak oleh :                                                                     

Al-Faqir Ila Rabbih,                                          Al-Fadhil Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari,                 

Ahmad Fadhli bin Shaari,                                            Penasihat PMKIAS Sesi 2001/2002

Presiden PMKIAS Sesi 2001/2002.

 

 

 

Rujukan asas :

Tafsir Al-Munir Pada  Membincangkan Aqidah, Syariah dan Manhaj

karangan Al-Ustaz Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

 

 

 

 

Kisah Nabi Yusuf a.s : Pengajaran Di Dalam Perjalanan Dakwah (Siri 2 : Ayat 19-32)

 

Terjemahan ayat :

 

19.   Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan katanya: "Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)". (Setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya (untuk dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

20.   Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.

21.   Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

22.   Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

23.   Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya tuanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

24.   Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.

25.   Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya".

26.   Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

27.   Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".

28.   Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

29.   Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"

30.   Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."

31.   Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"

32.   (Zulaikha) berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina."

33.   Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

34.   Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

35.   Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.

 

Pengajaran

 

1.       Ayat 19 : Diriwayatkan bahawa saudara-saudara Yusuf menjual Yusuf kepada para pedagang tersebut dengan harga hanya 20 dirham, sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas serta selain dari keduanya. Ini adalah kerana mereka bukanlah bertujuan dari jualan tersebut untuk meraih sebarang keuntungan tetapi mereka hanyalah bertujuan untuk menjauhkan Yusuf dari bapa mereka, Yaakub. Namun, Allah SWT menegaskan di akhir ayat tersebut bahawa Dia mengetahui setiap yang dilakukan oleh saudara-saudara Yusuf tersebut. 

Itulah sifat Allah yang sepatutnya diimani dengan sebenar-benarnya oleh pendokong-pendokong dakwah. Sehebat manapun serangan yang dilakukan oleh musuh-musuh gerakan dakwah, Allah SWT mengetahui setiap langkah dan srategi mereka. Apabila perkara ini diterima secara bulat-bulat oleh kita semua, akan hilanglah segala kerungsingan dalam menghadapi pancaroba dakwah.

2.       Penghujung ayat 21 : Allah SWT memberitahu bahawa hanya di tanganNyalah terletaknya kunci bagi segala rahsia yang tersurat maupun yang tersirat. Namun, kebanyakan dari manusia mengetahui hakikat tersebut. Ini menyebabkan pemikiran manusia yang tidak mahu menerima hakikat ini hanya mampu mengukur sesuatu hanya bersandarkan kepada pandangan zahir sahaja. Ini sama sekali berbeza dengan golongan manusia yang beriman bahawa Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu. Golongan sebegini akan menerima apa sahaja yang berlaku dengan kepercayaan bahawa semuanya adalah merupakan ketentuan dari Allah SWT. Walaupun pada zahirnya, perkara yang berlaku jelas tidak memihak kepada perjuangan Islam, namun ia tetap mempunyai hikmah-hikmahnya yang tersendiri. Namun, sebagaimana golongan yang bersyukur yang juga merupakan golongan yang sedikit, golongan yang beriman seperti ini juga adalah terdiri dari golongan yang sedikit jumlahnya.[5]

Di dalam mengharungi perjuangan yang penuh liku ini juga, seorang da’ie haruslah sentiasa memahami bahawa tidak akan ramai orang-orang yang akan bersama dengannya dalam menempuhi cabaran. Sudah menjadi sunnatullah sejak zaman berzaman bahawa seandainya dibandingkan golongan yang menyokong dan menentang kebenaran, pasti golongan yang menentang kebenaran akan sentiasa berada di pihak majoriti. Sesuailah dengan firman Allah SWT dalam ayat ini bahawa kebanyakan manusia terdiri daripada orang-orang yang tidak mengetahui hakikat kebenaran. Sejarah telah mengajar kita bahawa kebanyakan kemenangan yang diperolehi oleh pejuang-pejuang kebenaran adalah ketika mereka berada di pihak minoriti[6]. Ini kerana ketika itulah terasa kebesaran Allah yang memberikan pertologan kepada mereka. Sesungguhnya, kita perlulah menerima hakikat bahawa tidak semua majoriti itu berada di pihak yang benar kecuali seandainya di pihak majoriti tersebut ada bersama mereka ulama-ulama’ mujtahidin yang ikhlas dalam menyampaikan ilmu mereka.  

3.       Ayat 23 : Sesungguhnya Yusuf telah menghadapi cubaan yang begitu besar apabila wanita yang merupakan isteri pembesar (disebut namanya oleh para ulama sebagai Zulaikha Aura’il binti Ra’abil[7]) menggodanya agar melakukan maksiat. Zulaikha bertindak menutup pintu-pintu (diceritakan bahawa jumlah pintu tersebut ialah sebanyak tujuh pintu)[8] lalu mengajak Yusuf agar melakukan zina dengannya. Namun Yusuf menolak dengan berlindung kepada Allah, dan mengingatkan dirinya sendiri bahawa dia telah diberi layanan yang baik oleh pembesar tersebut, maka adalah mustahil untuk dirinya mengkhianati pembesar tersebut dengan melakukan maksiat dengan isterinya. Pada akhir ayat tersebut, Allah SWT memberikan satu pengiktirafan kepada Yusuf dengan menyebutnya sebagai hamba yang ikhlas.

Di sanalah sebenarnya kunci kekuatan Yusuf dalam menghadapi cubaan syaitan yang menguji jiwa mudanya. Keikhlasan yang dimiliki oleh Yusuf menjadikan dirinya dipelihara oleh Allah dari terjebak dari perangkap syaitan. Pengajaran yang amat berharga kepada penggerak-penggerak dakwah pada hari ini ialah tentunya sifat keikhlasan yang perlu dipupuk di dalam benak sanubari masing-masing. Saudaraku sekalian, kita sudah melihat sejarah yang telah membentangkan ribuan contoh yang terbaik untuk kita hayati. Betapa ramaikah di sana yang sudahpun rebah tersungkur dalam medan perjuangan sebelum sampai ke noktah akhir hanya kerana hatinya tandus dari sifat ikhlas? Bukankah sudah tercatit di dalam sejarah gerakan Islam hatta di Malaysia sendiri bahawa sudah ramai yang meletakkan dirina di dalam perjuangan Islam, dan merekalah yang tampil sebagai ayam sabung buat beberapa ketika, namun Allah SWT .

 

 

 



[1] Riwayat Bukhari, hadis no. 3139

[2] Diceritakan secara terperinci di dalam Al-Quran pada beberapa tempat.  Antaranya : Surah Al-A’raf, ayat 11-18

[3] Surah Al-Maidah, 27-31

[4] Mafhum dari firman Allah, Surah Yunus, ayat 62.

[5] Mafhum dari Surah Saba’, ayat 13.

[6] Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 249.

[7] Tafsir Al-Munir, jilid 12, muka surat 234

[8] Ibid, muka surat 242.