ðH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah4.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah4.htm delayed x èEÔJ ÿÿÿÿ ÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ à}º žB OK text/html ÀÃg žB ÿÿÿÿ b‰.H Tue, 10 Dec 2002 00:17:27 GMT x Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * èEÔJ žB
“..Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Al-Hujurat : ayat 13)
1)
Untuk
menghimpunkan ahli-ahli jemaah di dalam kelompok-kelompok kecil di bawah satu
pimpinan atau naqib bagi memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan
tarbiah.
2)
Untuk
mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga mereka
dapat merasakan suatu hubungan dan ikatan secara langsung dengan jemaah dan
proses pembentukan diri.
3)
Untuk
melatih ahli-ahli mengenali dan memahami kaedah bermuamalah dengan pimpinan /
nuqaba’ dan bentuk-bentuk muamalah yang betul sesama rakan-rakan perjuangan.
4)
Untuk
mengenalpasti secara detail dan tepat seluruh persekitaraan yang mengelilingi
ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah
keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.
5)
Untuk
menyalurkan taujihat-taujihat dan thaqafah Islamiah secara kemas dan teratur
(berdasarkan manhaj) kepada ahli-ahli usrah.
6)
Untuk
memudahkan sebarang arahan-arahan penting / segera dan strategi-strategi semasa
disalur / diselaras / dikemaskinikan secara selamat dan berkesan.
7)
Untuk
melahirkan tenaga-tenaga amilin / mujahidin yang mampu melaksanakan
tugas-tugas dan program-program
jemaah dengan jaya dan berkesan.
8)
Untuk
menyalurkan masalah-masalah ahli dan menyelesaikan masalah tersebut dengan
lebih berkesan.
Para
Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah memahami dan menghayati sepenuhnya peranan usrah
di atas, supaya dapat mengendalikan usrah dengan baik dan menepati
tuntutan-tuntutannya, sehingga ahli-ahli usrah dapat merasakan bahawa mereka
memperolehi manfaat yang besar daripada usrah dan dapat pula menghayati peranan
usrah yang sebenarnya.
Penutup
Kita sama-sama berharap agar
aktiviti usrah sebagai salah satu method untuk memastikan kebangkitan semula
Islam berlaku dapat berjalan sebaik mungkin. Apa yang diharapkan ialah semoga
usaha yang kita sama-sama lakukan akan diteruskan oleh generasi selepas
daripada kita. Kerana sesungguhnya kita adalah merupakan mat rantai di dalam
perjuangan, tidak yang pertama dan tidak juga yang terakhir…! Allahuakbar!
Disediakan
oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari (Presiden PMKIAS – http://www.pmkias.cjb.net)
Untuk dibentangkan di
Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau, 19.07.2002