đH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah5.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah5.htm delayed x čEÔJ ˙˙˙˙ ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ŕ}ş yW OK text/html °h yW ˙˙˙˙ b‰.H Tue, 10 Dec 2002 00:17:27 GMT y Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * čEÔJ yW
Ciri-Ciri Mereka Yang Menghayati Dan Memperjuangkan
Islam
(oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, Jun 2002)
Bentuk kehidupan
seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan
manusia lain. Antaranya ialah:
1. Terikat dan menurut ajaran
Islam.
Iman bukan sekadar
cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui
amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.
Firman Allah SWT: maksudnya;
“...orang-orang yang beriman dan
beramal soleh ...” (Al-’Ashr: 3)
Dalam hubungan ini Allah
SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan
kita melupai diri kita sendiri.Firman Allah SWT:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain
mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu
membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)
2. Mengutamakan kepentingan
Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
mafhumnya;
“Berkisarlah untuk kepentingan Islam
di mana kepentingannya berkisar.”
Baginda mengingatkan
lagi dengan sabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak
mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan
mereka (Islam).”
Rasulullah SAW
menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting
daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada
penjagaanmu.”
3. Berasa mulia dengan
kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.
Berasa mulia
dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara
sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam
firman-Nya yang bermaksud;
“Janganlah kamu berasa hina (lemah)
dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu
(benar-benar) beriman.” (Ali Imran: 139)
Ketika para sahabat
Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya,
Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud
untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi
ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah
SWT.”
4. Bekerja untuk Islam
dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.
Apabila kita mengaku
Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah,
bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh
melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras
untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan
negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Kami akan perkuatkan tenagamu
dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)
Firman Allah SWT lagi:
bermaksud;
“Bertolong-menolonglah kamu dalam
urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.”
(Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah SAW:
maksudnya;
“Seorang muslim dengan seorang
muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya
meneguhkan sebhagian yang lain.”
“Tangan (pertolongan) Allah di atas
(bersama) jamaah.”
“Sesungguhnya serigala itu memakan
kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”
“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah
al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”
Masa depan milik Islam
Keimanan kepada Islam
harus sampai ke peringkat yakin bahawa masa depan adalah milik Islam. Islam
diturunkan Allah SWT. Oleh itu Allah sahajalah yang paling ampuh dan mampu
menyusun urusan hidup manusia. Dialah paling layak untuk memimpin manusia.
Islam adalah
satu-satunya manhaj (sistem) atau cara hidup yang selaras dengan kehendak
fitrah manusia yang sejahtera. Islam dapat memperseimbangkan tuntutan lahiriyah
dan rohaniyah manusia. Firman Allah SWT:
“Tidakkah
yang mencipta itu lebih mengetahui. Dan Allah itu Maha Penyantun lagi Maha
Mengetahui.” (Al-Mulk: 14)
Mengapakah Islam akan menguasai masa
depan dunia?
Jawapannya ialah:
1. Islam adalah manhaj Rabbani
yang merupakan corak penghayatan yang kudus mengatasi sistem dan cara hidup
ciptaan manusia. Islam mampu untuk kekal dan tamadunnya dapat memberikan saham
untuk setiap zaman, tempat dan peringkat.
2. Manhaj hidup Islam yang
universal menyerlahkan ciri keinsanan, ciri infitah (terbuka dan kelapangan)
dan berupaya untuk menanggung sebarang kemungkinan. Ciri infitah ini
melampaui pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya.
Ciri-ciri ini adalah cetusan daripada Sibghah Rabbani.
3. Keanjalan manhaj hidup
Islam memberikan daya untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang
silih berganti. Sibghah atau ciri ini membuatkan Islam berkebolehan untuk
berijtihad atau menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tiada nas sama
ada melalui Qiyas, Masalih Mursalah, Istihsan dan sebagainya.
4. Ciri manhaj hidup Islam
yang menyeluruh membezakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi
yang mempunyai dimensi matlamat terbatas. Manhaj hidup Islam adalah ciptaan Zat
Yang Maha Mengetahui akan masalah manusia, apa yang baik untuk manusia dan apa
yang buruk untuk manusia. Dia Maha Mengetahui apa yang membahagia dan apa yang
mencelakakan hidup manusia. Oleh itu Islam sahaja mampu memenuhi keperluan
manusia baik individu mahupun kelompok, kepimpinan mahupun perundangan, urusan
dalam negara mahupun urusan luar negara. Firman Allah SWT:
“Itulah sibghah (corakan/celupan)
Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah.” (Al-Baqarah:
138)
5. Sistem hidup sekular
ciptaan manusia telah bersimpang-siur dan menemui kegagalan, baik di timur
mahupun di barat, sama ada sistem kapitalisme, sosialisme, liberalisme ataupun
komunisme. Tidak syak lagi semua sistem itu ada batasan dan kelemahannya.
Hakikatnya semua sistem itu adalah ciptaan manusia dan lemah.
6. Dalam arena sosial,
sistem-sistem yang dipanggil sistem kanan atau sistem kiri ternyata gagal
memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan kestabilan hidup manusia. Malah telah
banyak malapetaka ditanggung oleh manusia cetusan daripada sistem-sistem itu.
Ikatan kekeluargaan semakin terburai, kasih sayang semakin pudar dan akhlak
semakin luntur. Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran telah kehilangan harga.
Ketegangan dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan ketenangan. Semangat
egoistik dan mementingkan diri sendiri mengalahkan semangat kerjasama dan
mengutamakan orang lain.
7. Dalam bidang ekonomi,
sistem-sistem hidup kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal mewujudkan syurga
impian atau masyarakat serba adil seperti yang dilaung-laungkan. Daripada
sistem-sistem ini tercetus bermacam krisis dan permasalahan hidup. Lahir
pertarungan kasta, kezaliman sosial, ta’asub kepartaian, monopoli, kemiskinan,
pengangguran dan seribu satu macam masalah lagi.
8. Dalam arena politik,
sistem-sistem ala ketenteraan, demokrasi dan republik beraja atau tidak beraja
bertanggungjawab melahir, merangsang dan membiakkan penyelewengan dan kejahatan
di setiap peringkat. Penyalahgunaan kuasa, pilih kasih, rasuah, bermegah dengan
kekuasaan, fitnah, pembunuhan, penggulingan kuasa yang silih berganti,
pemberontakan, penyingkiran dan bunuh curi hampir-hampir menjadi kelaziman
sistem-sistem tersebut.
9. Dalam bidang ketenteraan,
sistem-sistem ini banyak menanggung dosa, mangabaikan nasib masyarakat dan
negara Islam yang lemah. Peristiwa-peristiwa di Kashmir, Eriteria, Bosnia,
Mindanau, Chechnya, Palestin dan sebagainya adalah bukti-bukti nyata. Lebih
parah, ada negara Islam atau Arab yang menjadikan krisis itu sebagai daun-daun
permainan politik untuk digadai atau dipergunakan bagi menjamin kekuasaan
mereka akan berterusan.
Firman Allah SWT:
“Wahai manusia, apakah yang telah
memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang
telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan
tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun
tubuhmu.” (Al-Infitar: 6-8)
Firman Allah SWT:
“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh
menuju Tuhanmu, maka pastilah kamu akan menemui-Nya. Adapun orang yang
diberikan kitabnya dari sebelah kanannya maka akan diperiksa dengan pemeriksaan
yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan
gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang maka dia akan
berteriak: Celakalah aku. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala
(neraka). Sesungguhnya dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang
sama-sama kafir). Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia sekali-kali tidak akan
kembali (kepada Tuhannya). (Bukan demikian), yang sebenar, sesungguhnya
Tuhannya selalu melihatnya."
(Al-Insyiqaq: 6-15)
Disusun
oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari
Presiden
Persatuan
Mahasiswa
Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) 2001/2002
http://www.pmkias.cjb.net