đH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah7.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah7.htm delayed x ęEÔJ ˙˙˙˙ ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ŕ}ş ? OK text/html °h ? ˙˙˙˙ b‰.H Fri, 27 Dec 2002 03:36:22 GMT { Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * ęEÔJ ?
CIRI-CIRI PENDAKWAH RABBANI
Menjadi seorang pendakwah adalah
merupakan satu kewajipan kepada setiap individu. Kewajipan tidak hanya terhad
kepada orang-orang tertentu bahkan ia meliputi seluruh tenaga ang terdapat di
dalam masyarakat Islam. Apa yang membezakannya ialah peranan mengikut bidang
kemahiran masing-masing. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.
(Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang
yang fasik.” (Surah Ali-Imran, 110)
Namun
perlulah diingatkan pendakwah rabbani tidak akan lahir secara automatik dan
sendirinya dalam gerakan Islam. Ia perlulah dibentuk dan melalui pelbagai
marhalah. Namun pembentukan ini bukanlah satu proses yang mutlak. Ada yang
dipilih untuk dibentuk namun gagal lahir sebagai jundi dakwah dan ada
yang tidak dibentuk, namun ternyata keikhlasan bekerja untuk Islam ternyata
melebihi orang lain.
Ciri-ciri Pendakwah Rabbani
1. Mempunyai Ilmu Yang Mantap
Ilmu
yang mantap adalah merupakan bekalan ang perlu ada kepada setiap tenaga dakwah.
Berapa banyak keaiban yang diterima oleh Islam hanya kerana pendakwah-pendakwah
yang bergerak di atas namannya ternyata tidak mempunyai kemantapan ilmu lalu
mendatangkan krisis keyakinan kepada masyarakat. Pepatah Arab ada menyebut : “Orang
yang tidak mempunyai apa-apa tidak akan dapat memberikan apa-apa”.
2. Mengutamakan kepentingan Islam.
Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;
“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya
berkisar.”
Baginda mengingatkan lagi dengan sabda
yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal
orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”
Rasulullah SAW menjelaskan secara
langsung dengan sabda yang bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam,
maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”
3. Menyertai Jemaah
Apabila kita mengaku Muslim, kita harus
bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan
para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan
dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan
individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang
melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Kami
akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)
Firman
Allah SWT lagi: bermaksud;
“Bertolong-menolonglah
kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan
permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;
“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan
kepimpinan mereka.”
(Shahih Bukhari, Kitab Fitnah)
4. Tabah
dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian
Ketabahan
dan istiqomah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di
sisi Allah SWT. Betapa ramai orang ang ingin lahir sebagai pendakwah namun
akhirnya kelayuan sebelum sempat untuk berkembang. Allah SWT berfirman yang
bermaksud :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu
akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang
yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan
(belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati
dalam perjuangan)?
(Surah Ali-Imran, 142)
Untuk dibentangkan di Maahad
Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong pada 27 Disember 2002
Oleh : Ahmad Fadhli bin
Shaari
http://www.ahmadfadhli.com