ðHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah8.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/ilmiah8.htmdelayedxëEÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈà}ºØROKtext/htmlÀÃgØRÿÿÿÿb‰.HSat, 08 Feb 2003 04:45:39 GMT|Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *ëEÔJØR BEBERAPA PENJELASAN SEKITAR HARI RAYA KORBAN

BEBERAPA PENJELASAN SEKITAR HARI RAYA KORBAN

 

            Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi :  Ibadah korban ialah sunat muakkad (dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqh. Manakala di dalam mazhab Imam Abi Hanifah, ia dipandang sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan tuntutannya dari  fardhu, dan lebih berat dari sunnah. (catatan : Imam Abu Hanifah membezakan di antara fardhu dan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain). Hukum wajib ini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dikiran berdosa sekiranya terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan.

            Diriwayatkan satu hadis marfu' dari Abu Hurairah RA : "Sesiapa yang mempunyai kelapangan, namun tidak mengerjakan ibadah korban, maka jangan sesekali mendekati musalla kami" (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)

            Juga diriwayatkan bahawa apabila beliau ditanya tentang ibadah korban, beliau menjawab, "Itulah sunnah dari bapamu, Ibrahim AS". (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Al-Hakim)

            Oleh kerana itu, ibadah korban dikira samada sunnah muakkad ataupun wajib. Mazhab-mazhab yang lain selain Imam Abu Hanifah menghukumkan makruh jika seseorang yang mempunyai kelapangan tidak mengerjakan ibadah korban.

            Mengikut amalan sunnah di dalam pembahagian daging korban ialah, satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin. Namun seandainya disedekahkan kesemuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.

            Allah SWT menysyariatkan waktu untuk melakukan ibadah korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada 3 hari selepasnya iaitu hari-hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.

            Terdapat di dalam masyarakat beberapa golongan yang silap faham lalu melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Ini ialah satu amalan yang tidak menepati sunnah dan jika dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ibadah korban.

            Begitu juga di dalam permasalahan pembahagian daging korban. Masih terdapat amalan di mana daging korban dibahagi tujuh manakala bahagian-bahagian tertentu (biasanya kepala) diperuntukkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Ini sama sekali tidak dibenarkan. Setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh menjadi upah.  Untuk tujuan upah, sepatutnya pihak-pihak yang berkongsi korban boleh membayar lebih sedikit daripada harga asal binatang tersebut.

           

Terjemahan dengan beberapa suntingan dan penambahan :

www.ahmadfadhli.com

 

Untuk mendapatkan teks asal, sila layari :

http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/Display.asp?hFatwaID=1316