H geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik11.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik11.htm delayed x EJ sZ OK text/html g sZ b.H Thu, 12 Dec 2002 23:27:58 GMT Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * EJ sZ
SAR : Bunga Yang Sedang Dicantas?
Membaca
tulisan Astora Jabat di dalam Utusan Malaysia 29 November (http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm)
lalu meyakinkan lagi kedudukan sebenar pendirian yang diambil oleh penulis yang
berasal dari Thailand ini. Rencananya bertajuk Sekolah Warisan Penjajah merujuk
secara jelas kepada Sekolah Agama Rakyat yang didakwanya merupakan kesan
daripada dasar penjajah yang menjalankan aktiviti missionary apabila
menjajah negara ini.
Tidak
tahulah samada Astora Jabat adalah seorang yang buta sejarah atau pura-pura
buta, namun kedua-duanya tidaklah patut sama sekali bagi seorang penulis yang
diberi ruang 2 muka surat penuh akhbar pada setiap minggu. Di dalam ruangan
Debat, Astora Jabat nampaknya
memanfaatkan seratus peratus kesempatan untuk menyerang SAR yang didakwanya
tidak lagi relevan dalam perkembangan masyarakat masa kini.
Saya
tidak berhajat untuk mengulas secara lanjut tulisan yang bagi saya amat
meloyakan ini. Ini kerana kita sudah maklum penulis yang bernama Astora Jabat
ini tidak akan menulis kecuali perkara yang menyokong dasar semasa yang
dijalankan oleh kerajaan. Maka apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan
tidak akan memberikan apa-apa bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), maka
penulis-penulis seperti Astora Jabatlah yang berperanan untuk mencantik dan
menghias dasar tersebut dengan tulisan-tulisan yang menyelewengkan fakta.
Rasanya golongan yang disebut di dalam sepotong firman Allah SWT sudah kita
kenali pada zaman ini. Firman tersebut bermaksud :
Dan kalau Kami kehendaki nescaya
Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia
bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka
bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan
lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan
lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Mnurut
Ibnu Kathir Rahimahullah, kisah tersebut ialah berkenaan seorang alim di zaman
Nabi Musa yang sanggup menggunakan keistimewaannya untuk mendoakan kecelekaan
kepada Nabi Musa dan pengikutnya hanya kerana menginginkan kemewahan dunia.
Wujud lagikan alim tersebut yang disifatkan oleh Allah seperti anjing di
zaman sekarang? Fikirkanlah sendiri.
Pemikiran
Bercelaru Pemimpin UMNO
Kita
berbalik kepada isu asal iaitu SAR yang sekarang menerima pukulan yang
seterusnya dari kerajaan Mahathir Mohamad. Di negeri Kelantan, sekatan bantuan
perkapita tersebut mungkin tidak mendatangkan kesan negatif yang teruk kepada
SAR sekalipun jumlah SAR di bawah kendalian Yayasan Islam Kelantan adalah lebih
kurang 70 buah dengan bantuan sebanyak RM2.2 juta setahun. Walaupun bantuan ini
diberhentikan, kerajaan Kelantan dijangka tidak menghadapi banyak masalah untuk
terus mengendalikan SAR selepas ini. Ini kerana sejumlah RM30.02 juta telah
diperuntukkan oleh kerajaan negeri Kelantan kepada seluruh sekolah-sekolah
agama di bawah kendalian Yayasan Islam Kelantan. Manakala bantuan perkapita
yang diriuhkan hanyalah berjumlah RM2.2 juta. Dalam erti kata lain, bantuan
perkapita yang disediakan oleh kerajaan pusat selama ini hanyalah kira-kira 8%
daripada jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri sendiri. Fakta
inilah yang menjadi asas yang kukuh untuk menolak sebarang kemungkinan negatif
berlaku terhadap SAR khususnya di negeri Kelantan. Soalnya, bagaimana pula
dengan SAR khususnya di negeri-negeri yang lain yang tidak ditadbir oleh PAS?
Tidakkah dengan sekatan bantuan perkapita ini akan menyebabkan terbantutnya
pembangunan dan perjalanan SAR? Sekalipun pahit, terpaksa kita akui bahawa ia
pasti mendatangkan kesan!
Pemerintahan
Mahathir Mohamad nyata sekali membenci suburnya para ulama. Pendirian ini
nyata sekali jelas bertentangan dengan prinsip sebuah negara Islam. Seorang
petani yang tentunya menyayangi tanamannya tidak akan mencurahkan racun ke atas
tanamannya dengan tujuan untuk menghapuskan kecuali dia sudah gila! Ini kerana
fitrah seorang petani pasti akan menyayangi tanamannya. Tetapi seorang ketua
negara Islam (tentu sekali seorang khalifah atau amirul mukminin) tegar untuk
meracuni Sekolah Agama Rakyat supaya tidak dapat berkembang! Pelik, tapi itulah
yang berlaku.
Kenyataan
pemimpin-pemimpin UMNO bahawa Sekolah Agama Rakyat adalah tempat untuk
menyuburkan dakyah supaya membenci kerajaan adalah satu kenyataan palsu dan
berniat jahat. Buktikan dakwaan mereka supaya senang rakyat menilai. Bukankah
kita mempunyai gerombolan anggota polis yang cekap menjalankan tugas? Sebagaimana
cepatnya untuk mendakwa dan menangkap ahli-ahli politik pembangkang, apakah
payah untuk menyiasat dakwaan bahawa SAR menjadi tempat suburnya kebencian
terhadap kerajaan?
SAR
juga dituduh menyebarkan ajaran yang bertentang dengan ajaran Islam yang sebenar.
Kita juga ingin bertanya, ajaran manakah yang dimaksudkan bertentang dengan
ajaran Islam yang sebenar? Mengajar tauhid, mantiq, feqah, tafsir, hadis dan
sebagainya bertentangan dengan ajaran Islam? Kalau demikian, ajaran manakah
yang dianggap selaras dengan Islam? Ajaran pemimpin-pemimpin mereka yang
membenarkan isteri keluar tanpa menutup aurat? Atau adakah yang dimaksudkan
dengan menyeleweng ialah apabila anak-anak yang belajar di SAR diajar supaya
membenci maksiat, rasuah dan penyalahgunaan kuasa?
Pelajar-pelajar
yang belajar di SAR juga dianggap tidak mempunyai potensi untuk muncul sebagai
manusia cemerlang. Pernahkah kajian dibuat bagi membuktikan dakwaan ini?
Setakat yang kita ketahui, golongan remaja yang terlibat dengan gejala dadah,
bohsia, pelacuran, sumbang mahram, lumba haram dan sebagainya kebanyakannya
mendapat pendidikan di SK. Saya tidak bermaksud menyalahkan SK namun
sekurang-kurangnya tohmahan yang ingin dilemparkan janganlah terlampau
mengarut!
Pemimpin-pemimpin
UMNO nyata sekali lebih berani untuk menyekat dan menafikan bantuan kepada SAR
daripada bertegas dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina. Kaum Cina
beruntung mempunyai pemimpin-pemimpin yang sekurang-kurangnya mampu bersuara
terhadap kepentingan kaum mereka berbanding dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang
rela mencekik anak bangsa sendiri. Sayang, orang-orang Melayu masih ada yang
tidak mahu sedar!
Berbalik pula kepada dakwaan
Astora Jabat yang menyebut bahawa sekolah-sekolah agama rakyat adalah merupakan
warisan terhadap dasar penjajah. Kita menyangkal dakwaan ini. Sejarah
membuktikan bahawa era pendidikan agama secara tradisional di rantau Asia
Tenggara bermula dengan tertegaknya kerajaan Perlak pada 840 masehi di utara
Sumatera. Selepas itu, kerajaan Samudera-Pasai memerintah antara tahun 1042
1450 diikuti dengan penguasaan kesultanan Melayu Melaka yang muncul seawal abad
ke-15. Ketiga-tiga kerajaan ini terbukti menerima Islam sebagai agama rasmi dan
menjadikan istana-istana raja sebagai pusat penyebaran ilmu-ilmu agama.
Namun, kedatangan Portugis ke
Melaka pada tahun 1511 secara tidak langusng menghilangkan fungsi istana
sebagai pusat pendidikan agama Islam. Kekuatan sebagai kerajaan Islam
seterusnya berpindah kepada kerajaan Acheh yang muncul sebagai kuasa yang
disegani di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang memerintah
antara tahun 1606 1636. Ketika itulah munculnya tokoh-tokoh pemikir dan
pendidik Islam seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin Al-Raniri. Acheh juga menjadi
pusat pendidikan Islam yang dibahagikan kepada peringkat rendah, menengah dan
tinggi. Masjid dijadikan sebagai pusat pendidikan pada peringkat tinggi seperti
Masjid Jami Bait al-Rahman di Acheh.
Pendidikan tradisional seperti ini
juga berkembang ke Jawa, Pattani, Filipina, Banjarmasin, Riau dan Semenanjung
Tanah Melayu. Seawal abad ke 16, telah muncul pondok-pondok pengajian di
Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Astora Jabat benar apabila
mendakwa bahawa kedatangan penjajah membawa bersama misi untuk mengkristiankan
orang Melayu. Namun, Astora Jabat tenyata merupakan pembohong besar apabila
menulis bahawa kewujudan instituti pengajian tradisional seperti pondok dan SAR
wujud sebagai satu kesan sampingan terhadap dasar penjajah tersebut. Instituti
pengajian tradisional wujud sebelum kedatangan penjajah ke rantau Asia Tenggara
dan instituti inilah yang menyelamatkan kefahaman Islam yang sebenar dari
dipunah ranahkan oleh penjajah.
Hujah rapuh bertaraf rubbish Astora
Jabat ternyata sekali tidak sesuai dengan penulis sepertinya namun itulah yang
berlaku. Kalaupun SAR didakwa tidak relevan kerana ia adalah kesan sampingan
terhadap dasar penjajah, maka di manakah Astora Jabat ketika Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) yang dulunya digunakan untuk menangkap komunis kini
digunakan untuk menutup mulut pemimpin-pemimpin pembangkang? Bagaimana pula
dengan tradisi undi pos yang diamalkan sejak dahulu yang ternyata sekali tidak
relevan dengan dunia teknologi hari ini? Relevan lagikah amalan-amalan ini?!
Sesungguhnya kewujudan SAR
seharusnya dipertahankan. Bagi saya, bukanlah status rakyat itu yang utama,
tetapi yang utamanya ialah kurikulum pengajian yang diamalkan. Kita sedia
maklum bahawa di SK juga terdapat mata pelajaran Pengajian Islam tetapi itu
belum cukup sebenarnya untuk mewujudkan golongan faqih dan ulama yang
benar-benar boleh mewarisi ilm-ilmu Islam. Pengalaman saya bergaul dengan
rakan-rakan dari SK, ada yang tidak mampu membaca Al-Fatihah sekalipun umur
sudah mencapai kelayakan berkahwin!
Dalam masa yang sama, perlu juga
ada di kalangan orang Islam sendiri yang terjun ke bidang-bidang proffesional
untuk menambah tenaga mahir yang terdiri daripada umat Islam. Dalam erti kata
lain, bagi saya perlu wujud dualisme dalam sistem pendidikan. Dualisme
di sini bukanlah bermaksud memecahkan umat Islam kepada golongan-golongan yang
terpisah jauh, namun ia hanyalah berkisar kepada penumpuan bidang
masing-masing. Soal perpaduan dan perpecahan antara kaum tidak boleh
diselesaikan dengan mengesakan sistem pendidikan. Ia hanya mampu diselesaikan
apabila setiap kaun berjaya mengenepikan sentimen kepentingan kaum
masing-masing dan sama-sama bekerja untuk memajukan negara. Bukankah hati-hati
manusia akan hanya berjaya disatukan dengan Islam?!
Kita berharap agar SAR akan terus dapat bertahan dan berkembang mewangi sekalipun UMNO berusaha untuk mencantasnya!
Website : http://www.ahmadfadhli.cjb.net
e-mail :
afadhlis@maktoob.com