đH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik12.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik12.htm delayed x ďEÔJ ˙˙˙˙ ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ŕ}ş V* OK text/html Uh V* ˙˙˙˙ b‰.H Sun, 15 Dec 2002 13:17:29 GMT ‚ Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * îEÔJ V*
Selepas Tenggelamnya Firaun, Pasti Muncul Firaun Yang Lain…
Sejurus selepas ‘orang itu’ meletakkan mengumumkan acah-acahnya untuk meletakkan jawatan, saya menerima curahan SMS dari rakan-rakan dan sahabat handai yang menyatakan kegembiraan yang teramat sangat di atas perkembangan itu. Malah ada yang menamakan berita tersebut sebagai satu busyro (berita gembira). Kegembiraan yang dirasai tentunya merupakan satu manifestasi dari keinginan yang meluap-luap yang terpendam begitu lama untuk melihat kehancuran mereka yang disusuli pula dengan kemenangan perjuangan yang ingin menegakkan kebenaran.
Kita tidak boleh menafikan wujudnya rasa gembira di kalangan kita, namun satu persoalan yang harus difikirkan, ke situkah sebenarnya matlamat perjuangan kita? Adakah kita mula merasakan bahawa kita sudah (atau akan) berjaya di dalam perjuangan kita hanya semata-mata ‘orang itu’ meletakkan jawatan? Kalau demikian, saya merasakan kita sudah tersilap dalam menilai keadaaan. Dalam hal ini, kita seharusnya belajar dengan guru yang terbaik iaitu sejarah!
Beberapa tahun dahlu, ketika Yitzak Rabin yang merupakan Perdana Menteri Israel ketika itu ditembak mati oleh seorang pelampau Yahudi, ramai di kalangan umat Islam yang bersorak gembira. Masakan tidak, seorang kepala pengganas ditembak mati oleh pengikutnya sendiri, sudah tentu ia merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan! Namun sejarah juga menjadi saksi bahawa bahawa pengganti-pengganti Rabin tidak pernah mengubah dasar Israel kecuali menjadi lebih ganas. Kenapa? Kerana Rabin hanyalah pelaksana kepada dasar pengganas yang dijunjung oleh bangsa Yahudi. Selepas Rabin, pasti lahir pula ‘Rabin-rabin’ yang lain yang lebih ganas! Itulah lumrah pengganas!
Kita melangkah lebih jauh lagi, iaitu ketika kebanyakan dari kita belum lagi dilahirkan. Di Mesir satu ketika dulu, saudara-saudara seperjuangan dari Ikhwanul Muslimin pernah bersorak gembira apabila Anwar Sadat yang menjadi Presiden Mesir ketika itu ditembak mati kerana menandatangani Perjanjian Camp David. Namun, kegembiraan itu tidak kekal lama. Pemimpin-pemimpin Mesir selepas Anwar Sadar ternyata bertindak lebih keras terhadap Ikhwanul Muslimin. Berapa ramai pemimpin-pemimpin Ikhwan ditangkap, dibunuh dan dipenjara tanpa usul periksa? Semuanya mengajar kita satu hakikat bahawa ‘selepas tenggelamnya Firaun, akan muncul pula Firaun yang lain!”
Itulah juga yang berlaku di Amerika Syarikat, kepimpinan White House tidak pernah mengubah dasar luar mereka yang menindas dan menganaktirikan umat Islam. Dasar memihak secara keterlalun kepada Israel terus dipakai sejak zaman berzaman sekalipun kerusi empuk di White House bertukar tuan beberapa kali. Dari zaman Nixon, Reagan, Bush, Clinton dan kemudiannya kini Bush kembali, White House tidak pernah berubah wajah di dalam soal dasar luar mereka. Inilah satu bukti yang cukup jelas bahawa kemenangan umat Islam tidak akan dapat dicapai dengan hanya jatuhnya kepala pengganas. Apa yang perku dilakukan ialah memusnahkan sistem yang menghalangi perjuangan Islam samada komunis, sekular, pragmatis dan sebagainya. Musuh kita bukanlah mana-mana individu, musuh kita ialah sistem kuffar yang merajai sejagat.
Dalam isu ini, saya melihat ia tidak lebih melainkan hanyalah satu gurauan terbesar yang mampu menyaingi dmema Piala Dunia. Kalaulah benar beliau ingin melepaskan jawatan, sudah pasti diadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pemimpin-pemimpin kanan parti dan pelepasan jawatan dilakukan dengan baik bagi membolehkan teraju kepimpinan beralih dengan teratur. Seandainya perletakan jawatan dilakukan dengan cara seperti ini, akan berlaku kucar-kacir di dalam parti dan seterusnya menyebabkan pasaran saham jatuh merudum. Saya rasa tidak ada pemimpin yang inginkan perkara itu berlaku kecuali sesuatu yang tidak kena sudah berlaku di dalam kepalanya.
Kalaupun benar-benar beliau ingin melepaskan jawatan, tidak ada gunanya kita bergembira. Dari segi politiknya, tidak ada apa-apa keuntungan yang diperolehi oleh pihak pembangkang. Malah dengan perletakan jawatan ‘orang itu’, kemungkinan sokongan rakyat terhadap mereka bertambah pulih kerana perasaan ‘meluat terhadap orang itu’ adalah merupakan salah satu faktor rakyat menjauhi mereka. Bagi kita, kita mahu supaya dia terus memegang jawatannya hinggalah Allah mendatangkan saat kekalahan kepada mereka dan ‘orang itu’ harus bertanggungjawab terhadap segala apa yang telah dilakukannya. Siri penahanan tanpa bicara contohnya yang telah mendatangkan seribu satu penderitaan kepada keluarga mangsa yang terlibat memerlukan ‘seseorang’ untuk bertanggungjawab. Tangan yang berani menyemai angin, dialah yang seharusnya menuai badai!!
23
Jun 2002