ðHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik13.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik13.htmdelayedxðEÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈà}ºˆOKtext/htmlÀÃgˆÿÿÿÿb‰.HSat, 21 Dec 2002 02:32:27 GMTƒMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *ïEÔJˆ Profesor Dr Muhammad Hamidullah – Perginya Seorang Cendikiawan Islam Terkemuka

Profesor Dr Muhammad Hamidullah – Perginya Seorang Cendikiawan Islam Terkemuka.

 

Seorang cendikiawan Islam terkemuka, Professor Dr. Muhammad Hamidullah telah meninggal dunia dalam usianya yang menjangkau 95 tahun di Jacksonville, Florida, United State pada 17 Disember 2002. Beliau adalah merupakan orang Islam pertama yang menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Perancis.

 

Professionnya ialah adalah seorang peguam tetapi muncul sebagai seorang cendikiawan Islam.

 

Dr. Hamidullah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas mengerjakan solat Subuh. Selepas sarapan, beliau tidur kembali dan tidak sedar-sedar. Beliau dilahirkan di sebuah kawasan di Nizam of Hydrabad, India pada 19 Februari 1908.

 

Selepas Hydrabad menjadi satu wilayah dari India, beliau memutuskan untuk berpindah ke Perancis. Beliau menetap di Sorbonne dan menjadi Rektor di Grand Mosque of Paris. Beberapa tahun yang lalu, beliau berpindah ke United State untuk tinggal bersama cucu saudaranya, Sadida. Dr. Hamidullah tidak pernah berkahwin sepanjang hidupnya.

 

Beliau ialah seorang yang unik. Beliau tidak pernah mengharapkan sebarang penghargaan dari orang lain di atas kerja-kerja yang dilakukan. Beliau melakukan penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Perancis dan bahasa-bahasa yang lain. Beliau juga telah menulis lebih dari 250 buah buku dan kertas kerja. Beliau juga mampu menguasai banyak bahasa. Beliau menterjemah sejumlah kitab-kitab Islam ke dalam bahasa Eropah. Sesiapa yang mengenalinya akan mengatakan bahawa beliau yang suka merendahkan diri. Beliau hidup dalam keadaan yang biasa tanpa sebarang sanjungan dan pujian.

 

Banyak daripada buku-buku beliau dicetak rompak dan sudah ramai yang menjadi kaya hasil dari penulisan beliau. Profesor ini tidak pernah menerima walau satu sen hasil dari penulisan beliau. Beliau seorang yang amat ikhlas dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.Tidak pernah beliau mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengannya.

 

Profesor Hamidullah merupakan seorang penyelididik terkemuka di zaman ini. Beliau menghabiskan masa bertahun-tahun mengemblasa ke seluruh dunia untuk mencari sumber  pengetahuan ilmu Islam yang asal. Beliau menghabiskan bertahun-tahun di Istanbul dan Damascus untuk kerja-kerja menyelidik dan mengkaji. Di Damascus, beliau menemui manuskrip hadis yang terawal yang kemudiannya beliau sebarkan di dalam bahasa Urdu yang dikenali sekarang sebagai Sahifa Hamam.

 

Profesor Hamidullah menyukai hidup yang tidak terikat dan beliau tidak menyertai secara aktif mana-mana organisasi atau kumpulan. Kerana itu beliau tidak dikenali sangat oleh masyarakat sebagaimana sepatutnya seorang cendikiawan muslim.

 

Beliau hidup sederhana dan begitulah juga apabila beliau meninggal dunia . Namun, beliau meninggalkan warisan yang berharga kepada dunia penyelidikan Islam. Semoga Allah mengganjari segala usaha yang beliau lakukan.

 

Diterjemahkan secara bebas dari : http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=3647

 

www.ahmadfadhli.com