ðHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik16.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik16.htmdelayedxòEÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈà}ºÎOKtext/html° hÎÿÿÿÿb‰.HMon, 20 Jan 2003 03:24:27 GMT†Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *ñEÔJÎ POLIGAMI : BILA AKAL MENGATASI WAHYU

PERINTAH BERKURUNG REMAJA : RELEVANKAH?

    Cadangan menteri besar Perlis  dalam membendung gejala sosial boleh dianggap sebagai cadangan yang paling kontroversi selepas isu poligami. Baru saja Perlis menggemparkan negara dengan isu kelonggaran dalm poligami, sekali lagi negeri terkecil di Malaysia ini membuktikan betapa ia memang negeri yang ‘kecil-kecil berapi’.

 

   Cadangan yang dimaksudkan ialah dengan mengurung remaja 18 tahun ke bawah di dalam rumah selepas pukul 10.00 malam di dalam rumah masing-masing dan tidak dibenarkan keluar kecuali bersama ahli keluarga masing-masing. Mana-mana remaja yang didapati ingkar dengan perintah berkurung ini boleh ditahan dan didakwa.

 

   Tanpa melihat kepada kewajaran dari sudut undang-undang persekutuan, kita sudah dapat melihat betapa tercari-carinya manusia panduan yang sebenar bila tidak mahu bersuluhkan kepada petunjuk Al-Quran. Benar, mengurung remaja di dalam rumah mungkin merupakan satu langkah bagi membendung gejala sosial. Namun, selesaikan masalah dengan meletakkan remaja di dalam rumah masing-masing sedangkan gejala sosial sudah menyusup masuk ke dalam setiap rumah penduduk Malaysia melalui televisyen dan pemain video cakera padat?

 

   Islam meletakkan asas bagi membasmi gejala sosial ialah dengan mengutamakan pentarbiyahan hati. Remaja perlu ditarik untuk mengenali dan mengamalkan Islam. Soalnya, sudahkah program-program berbentuk keagamaan dilaksanakan kepada parar remaja khususnya. Atau kita sudah berpuas hati dengan Rakan Masjid yang hanya sekali-sekala mengajak remaja membezakan manakah kolah dan manakah mimbar masjid?!

 

   Cukuplah dengan ISA, OSA, Akta Universiti - Universiti Kolej, Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan lain-lain akta yang mencengkam kebebasan rakyat. Percaalah, andainya remaja dikurung sekalipun, gejala sosial tidak akan dapat dibendung seandainya persekitaran yang baik (biah solehah) tidak dapat dibina. Malangnya, kebanyakan kita hari ini masih lagi KELIRU dalam mengendalikan masalah ini.