ðHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik17.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik17.htmdelayedxòEÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ ­ºÇ)OKtext/htmlÀÃgÇ)ÿÿÿÿb‰.HTue, 28 Jan 2003 15:10:18 GMT‡Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *òEÔJÇ) Pemikiran Sekular Tulen Seorang Pemimpin Negara

Pemikiran Sekular Tulen Seorang Pemimpin Negara

 

          “Sesebuah negara sebenarnya hanya memerlukan seorang hafiz sahaja, lagipun Al-Quran mudah didapati sekarang ini, bukannya seperti dulu lagi.”

          Kata-kata di atas adalah sebahagian ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan di dalam satu majlis anjuran Universiti Al-Azhar pada 22 Januari 2003 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama di Malaysia (antaranya muka depan Berita Harian, 24 Januari 2003). Kenyataan-kenyataan seperti ini bukanlah yang pertama dikeluarkan dari mulut pemimpin-pemimpin tertinggi negara khususnya apabila membicarakan soal pendidikan agama  kepada rakyat Malaysia.

          Hafiz yang dimaksudkan tentulah sekali golongan yang menghafal Al-Quran. Inilah pandangan sebenar agaknya pemimpin sebuah negara Islam bernama Malaysia. Sekiranya difahami secara telus apa yang tercermin daripada kenyataan seperti itu sebenarnya membayangkan bagaimana besarnya kebencian pengucapnya terhadap aliran pendidikan agama khususnya aliran tahfiz yang mengajar anak-anak muncul sebagai penghafal Al-Quran.

          Soalnya, benarkan apa yang didakwa bahawa sesebuah negara sebenarnya memerlukan seorang hafiz? Benarkah begitu? Dan kalau benar, apa pula peranan sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah tahfiz yang berkembang mekar di Malaysia pada hari ini?

          Sayang sekali, jika beginilah paradigma pemikiran seorang pemimpin negara, bagaimanakah arah tuju pula rakyat jelata? Rasulullah mengajar umatnya agar mendidik anak-anak membaca Al-Quran, mengenali baginda dan ahli keluarga baginda, adakah ini semua boleh dicapai jika pandangan dari pemimpin nombor satu negara ini menjadi ikutan?

          Kenapa ini harus keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri? Inilah sebenarnya membayangkan betapa bencinya Mahathir terhadap golongan penghafal Al-Quran. Tidak terkejut sebenarnya kita kerana muqaddimahnya sudah dimulakan oleh seorang penasihat agamanya sendiri, Dr. Hamid Othman yang sudah menyelar sikap ibubapa yang suka menghantar anak-anak mereka menghafal Al-Quran. Tadayyun manqus (tadayyun ertinya berugama, manqus ertinya kurang) katanya. Lalu bagaimana dengan anak-anak muda yang berpelukan sesama bukan mahram di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, tadayyun kamil (sempurna) kah? Kalau penasihat agama pun sudah sebegini bercelaru, bagaimana pula dengan orang yang dinasihati? Padan sangatlah sampai begitu mengarut Mahathir kebelakangan ini.

          Bagaimana kalau benar-benar berlaku sebuah negara hanya mempunyai seorang hafiz? Bagaimanakah boleh wujudnya masyarakat yang benar-benar berpegang dengan Al-Quran kalaulah hafiz Al-Quran hanyalah seorang sahaja di negara ini? Al-Quran tidak mungkin lagi dapat diperdengarkan merata-rata. Lebih teruk lagi, bagaimana pula apabila tiba saat-saat bulan Ramadhan. Solat tarawih tentunya memerlukan tenaga para hafiz untuk mengimamkannya, adakah Mahathir akan berpendapat pula, solat tarawih boleh diimami oleh bacaan kaset Al-Quran? Rasanya, kalau dibiarkan terus, manusia bernama Mahathir ini akan sampai ke tahap itu.

          Mahathir sebenarnya perlu mengakui, kebenciannya kepada usaha membina masyarakat Al-Quran adalah berpunca daripada kebenciannya kepada pengajaran yang terdapat di dalam Al-Quran. Mana mungkin seorang yang mempunyai Al-Quran di dalam dadanya boleh berkata ‘ya’ kepada maksiat yang berlaku. Al-Quran di dalam dada menyatakan bahawa arak adalah haram lalu bagaimana dada sebegini boleh berlapang terhadap arak yang dihalalkan? Kecuali Hamid Othman, Ismail Ibrahim dan kuncu-kuncu mereka, ‘ulama terompah kayu’ payah sebenarnya untuk dicari.

          Mahathir perlulah ingat, tidak semua manusia di bumi Malaysia berfikir hanya untuk mengisi perut sahaja. Masih ramai yang berfikir untuk masa depan di akhirat. Masih ramai yang berfikir tentang nasib mereka di hadapan Allah, syurga ataupun neraka. Jadi, janganlah idea bodoh di dalam kepala dipaksakan kepada orang lain untuk menerimanya!!

 

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

27 JANUARI 2003

http://www.ahmadfadhli.com