ðHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik19.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik19.htmdelayedxóEÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ ­º--OKtext/htmlÀÃg--ÿÿÿÿb‰.HSun, 20 Apr 2003 15:25:46 GMT‰Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *óEÔJ-- Menjawab Tulisan Dusuki

MENJAWAB TULISAN DUSUKI

 

Saya merasakan sudah lama saya tidak menulis tentang politik dan isu semasa. Dihambat oleh exam dan urusan peribadi yang menggunung banyaknya menyebabkan cuti panjang terpaksa diambil. Namun, ia bukanlah bererti berhenti dari perjuangan, ini kerana perjuangan hanya akan terhenti bersama dengan terhentinya nafas yang terakhir.

Hari ini, tertarik pula apabila membaca tulisan Dusuki Ahmad seperti yang tersiar di dalam Mingguan Malaysia. Benarlah kata orang, kedunguan seseorang sekalipun tidak terserlah melalui bicaranya, ia boleh termaktub dengan tulisannya. Samada Dusuki seorang yang dungu atau buat-buat dungu, saya rasa ia tidak terkeluar dari kedua-dua kategori ini.

Tulisan bertajuk Mengagamakan Politik Mempolitikkan Agama menampakkan ketandusan Dusuki atau keghairahan untuk memperkecilkan intelektual pembaca akhbar. Atau mungkinkah Dusuki meyakini bahawa pembaca akhbar sekarang sudah terdiri daripada orang-orang kampung yang hanya berfikir tentang menuai padi, turun ke laut atau menoreh getah sahaja? Bagi saya, Dusuki sebenarnya menghitung hari-hari terakhirnya sebagai Setiausaha Politik kepada si dia yang akan pergi.

Beberapa perkara menarik boleh disimpulkan di dalam tulisan Dusuki. Pertama, beliau seolah-olah menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ditohmah dengan hanya bercakap tentang  pembangunan fizikal tanpa mementingkag akhirat. Mereka ditohmah (oleh pembangkang tentunya) seolah-olah mereka hanya mengutamakan dunia semata-mata dengan mengenepikan akhirat. Lalu, Dusuki seterusnya menyatakan, “…Apakah salah dan aibnya penceramah UMNO memberi penekanan kepada soal-soal ekonomi, kerana konsep berceramah bukan untuk menanamkan rasa marah dan benci kepada mana-mana pihak, tetapi yang pentingnya untuk mencabar minda supaya setiap orang dapat berfikir secara matang bagi menghadapi hari-hari yang datang dengan penuh bahagia, aman dan makmur…”

Alangkah baiknya kalau benar pemimpin UMNO seperti yang Dusuki sifatkan, namun begitukah hakikatnya? Atau Dusuki hanya berfantasi dengan fantasi yang teruk sebagai seroang artis wanita berfantasi dengan fantasi yang melucukan satu ketika dulu? Secara jujurnya, bilakah PAS menentang pembangunan? Bilakah masanya PAS meletakkan keaiban UMNO ialah kerana membawa pembangunan? Datangkan sahaja satu bukti, supaya seluruh dunia mengetahui bahawa Dusuki bercakap berlapik bukti, sesuai dengan kedudukan sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Apa yang sebenarnya ingin ditegaskan oleh PAS selama ini dan selama-lamanya ialah perbuatan menjulang tinggi pembangunan fizikal sehingga melupakan tuntutan Allah SWT. Persoalannya, adakah pembangunan fizikal dan tuntutan agama ialah perkara yang bertentangan? Tidak, ia boleh bergerak seiring. Tetapi UMNO menjadikannya bertentangan.

Lihat sahaja pemimpin UMNO bila bercakap di khalayak. Pernahkah mereka menyebut tentang akhirat? Kalau pernah, sedalam manakah ia ditekankan? Pernahkah kita mendengar Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia yang Islam supaya bertakwa kepada Allah? Jarang sekali malah mungkin tidak pernah langsung. Padahal, suntikan seperti inilah yang sepatutnya meniti dari bibir pemimpin. Lihat sahaja Menteri Besar Kelantan, setiap kata yang diucapkan pastinya berlapikkan nasihat, berteraskan tazkirah dan berpandukan wahyu. Buktikanlah pula setakat manakah tazkirah dan kuliah yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan ini menjadi punca trhadap lambatnya proses pembangunan. Apa yang kita tahu ialah pemimpin-pemimpin UMNO yang berjaket dan bertali leher itulah yang biasanya didakwa dengan rasuah.

Dusuki menyatakan, penceramah UMNO tidak dididik untuk memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Kata Dusuki, ia tidak bererti UMNO tidak mementingkan agama. Baiklah, bagaimana penilaian Dusuki terhadap sikap pemimpin UMNO khususnya di Kelantan yang sibuk dengan program-program berunsur maksiat. Apa jawapan Dusuki tentang ini? Apakah Dusuki sanggup menyatakan persembahanb di tengah-tengah bandar Kota Bharu yang membabitkan artis wanita dari Indonesia, Hetty Koes Endang dan Dian Pieshasha itu adalah halal di sisi syariat? Saya ingin sekali membaca tulisan Dusuki yang menghalalkan konsert ini? Kalau Dusuki berkata ianya tidak bercanggah dengan syariat, maka jelaslah kepada umum siapa sebenarnya Dusuki. Ia tentulah tidak lebih dari burung kakak tua yang hanya bercakap mengikut kehendak tuannya. Dan kalaulah Dusuki mengiakan bahawa konsert tersebut adalah haram di sisi syariat, maka Dusuki sebenarnya sudah mendapat jawapan kenapa rakyat Kelantan menolak UMNO.

Ini hanyalah mengambil contoh apa yang berlaku di Kelantan. Saya rasa kita semua maklum setakat manakah budaya maksiat subur di bumi-bumi yang lain.

UMNO sebenarnya sedang berusaha mendapatkan sokongan rakyat dengan menonjolkan program-program maksiat. Rakyat dicandukan dengan hiburan yang dilarang supaya anak-anak muda lupa bahawa tugas mereka ialah untuk Islam. Mereka didodoi supaya mereka lupa bahawa negara mereka sedang diancam hebat. Dalam erti kata lain, semain ramai manusia yang tidak mempunyai kesedaran di bumi Malaysia, semakin banyaklah peluang untuk UMNO berkuasa. Kalau tidak, masakan kekuatan UMNO dapat dibina di kampung-kampung terpencil yang penduduknya boleh dirasuah dengan sekati beras!

Saa seorang anak muda (23 tahun). Dan saya terlalu ingin menyuarakan kepada Dusuki, bahawa perkara yang paling tidak diingini yang terdapat pada UMNO ialah dasarnya yang mengenepikan tuntutan Islam.

Saya masih ingin menulis dan mengulas tentang tulisan Dusuki ini, namun masa menghambat saya. Cukuplah ini sekadar satu bukti yang saya kira membuka topeng Dusuki. Kita sama-sama tunggu ke lubang mana pula Dusuki mahu menyesatkan pembacanya selepas ini!

 

Ahmad Fadhli bin Shaari,

20 April 2003

www.ahmadfadhli.com