đHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik20.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik20.htmdelayedxőEÔJ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙ČpÝ»&8OKtext/htmlŔĂg&8˙˙˙˙b‰.HMon, 28 Apr 2003 10:34:39 GMT‹Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *ôEÔJ&8 Amal Islami : Dusuki Mudah Lupa

Amal Islami : Satu Renungan Buat Dusuki

 

            Sekali lagi Dusuki memperlihatkan kekeliruannya mengenai Islam dan amal Islami di dalam tulisan terbarunya (Mingguan Malaysia, 27 April 2003). Saya sebenarnya bukanlah mahu memusuhi Dusuki malah tidak padan rasanya untuk saya yang lebih muda dari anaknya sendiri mahu menjadikan Dusuki sebagai lawan. Namun, apabila melihat ‘kebodohan’ yang sengaja dibuat-buat ditonjolkan di dalam tulisannya, rasa terpanggil menggamit diri untuk menjawab tulisan tersebut. Setidak-tidaknya biarlah Dusuki maklum bahawa tidak semua rakyat Malaysia mudah diperbodohkan dengan hujah-hujah lapuk dan rapuh seperti itu.

            Dusuki pada permulaan tulisannya mengambil peluang untuk memuji dirinya sendiri dengan menyatakan ucapannya telah meyakinkan dirinya sendiri tentang peluang kemenangan UMNO di Kelantan. Agak pelik sebenarnya apabila seseorang menyatakan bahawa ucapannya berjaya memberi keyakinan kepada dirinya sendiri, namun itu bukanlah perkara utama yang ingin disentuh.

            Seterusnya, Dusuki menyebut pula tentang panggilan telefon yang diterima oleh seseorang yang tidak dikenali yang menyatakan  UMNO tidak akan menang selagi tidak menjalankan amal Islami. Dusuki seterusnya menegaskan bahawa UMNOlah yang bekerja untuk menjalankan amal Islami. Secara simbolik ia dinyatakan oleh Dusuki melalui tulisannya.. “Saya tidak dapat memahami erti amal Islami yang dia maksudkan. Bagi saya semua kerja yang bermatlamatkan kepada kebajikan dan kebaikan bangsa, negara dan agama maka itulah yang dikatakan amal Islami. Selaras dengan maksud hadis Nabi Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang dapat memberi faedah dan keuntungan kepada orang lain...”

            Apakah dia amal Islami yang dimaksudkan oleh Dusuki itu? Kalaupun betul bahawa amal Islami ialah semua kerja yang bermatlamatkan kepada kebajikan dan kebaikan bangsa, negara dan agama, maka kita ingin menyatakan bahawa UMNO sudahpun lari dari konsep amal Islami yang diperjuangkan.

            Bekerja untuk kebaikan bangsa Melayu? Ia walaupun termaktub di dalam perlembagaan UMNO namun jelas sekali sudah tidak tercermin di dalam gerak kerjanya. Bukti paling jelas ialah persempadanan pilihanraya. Persempadanan semula pilihanraya menyaksikan kawasan-kawasan yang didiami oleh majoriti orang Melayu tidak diperuntukkan kerusi tambahan berbeza dengan negeri-negeri seperti Johor dan Sabah ang memperolehi kerusi tambahan di dalam parlimen. Implikasi daripada pembahagian semula kawasan pilihnaraya ini ialah kekurangan ahli parlimen berbangsa Melayu yang akan bersuara di atas kepentingan bangsa Melayu tentunya. Ia bukan rahsia lagi untuk menyatakan bahawa persempadanan semula pilihanraya ini ialah permainan politik UMNO yang rela menggadaikan kepentingan bangsa Melayu bagi memastikan kekuasaannya tidak terjejas. Tentu sekali UMNO melihat keputusan pilihanraya 1999 sebagai satu iktibar yang besar kepadana sendiri. Dalam hal ini, apa komen Dusuki? Adakah persempadanan kawasan pilihnaraya ini masih belum membuktikan bahawa UMNO dan kepentingan Melayu hanyalah retorik?! Atau Dusuki bukan berbangsa Melayu?

            Lihat pula laporan akhbar pada 5 April 2003, kita dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan. Ia berbunyi: "Wanita Melayu paling ramai melacur iaitu mewakili 60%" - (Lihat Utusan Malaysia 5 April 2003). Apakah yang UMNO lakukan hingga bangsa Melayu boleh menjadi begitu jijik? Atau pelacuran merupakan amal Islami menurut pandangan Dusuki? Saya yakin Dusuki tidaklah sampai ke tahap itu. Entahlah kalau-kalau Dusuki berpendapat demikian.

            Bagaimana pula amal Islami UMNO untuk agama? Sekali lagi kita meminta komen Dusuki tentang langkah UMNO menganjurkan konsert maksiat di Kelantan. Tahukah Dusuki apa yang dilakukan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan baru-baru ini? Mereka menganjurkan konsert yang menampilkan artis-artis wanita dari Indonesia, Hetty Koes Endang dan Dian Pieshasha bersama tarian lenggang lenggok kumpulan penari wanita dewasa dan lelaki.  Selain itu, artis rock juga dibawa khas membuat persembahan, selepas larangan persembahan hiburan yang bertentangan dengan etika Islam dikuatkuasa sejak hampir 13 tahun lalu. Bagaimana pendapat Dusuki tentang hal ini? Amal Islamikah? Saya benar-benar ingin supaya Dusuki mengulas perkara ini di dalam tulisannya. Setidak-tidaknya supaya jelas di mata pembaca apakah pendirian Dusuki dalam hal ini.

            Satu lagi kenyataan Dusuki yang menarik tentang PAS ialah.. “Mereka bukan saja tipu rakyat, tetapi tipu Tuhan juga. Macam-macam fatwa diselewengkan dan ayat-ayat Allah disalahgunakan cuma bagi maksud keduniaan dan menang pilihan raya..”

Mudah sahaja Dusuki melemparkan tuduhan berbisanya secara sembrono. Menyentuh tentang perangai menipu, apa komen Dusuki tentang tindakan MRTK yang mengemukakan cek yang tidak boleh ditunaikan bernilai RM20,000.00 kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tempoh hari. Bukankah ia adalah amalan penipuan yang terang-terangan? Ini berlaku semasa mereka memohon permit untuk mengadakan pertunjukan kereta berhias pada 12 April 2003 yang lalu. Sudahlah begitu, MTRK yang dipimpin oleh orang Umno itu tidak berpegang kepada ikrarnya.

Permit yang dipohon yang membawa ikrar untuk mematuhi kehendak Enakmen Kawalan Hiburan 1998 telah dikhianati. Di hari perarakan dan pementasan sebenar, MTRK yang sinonim dengan Umno telah memuatkan persembahan penyanyi, penghibur dan penari wanita yang mendedahkan aurat.

Siapakah yang menipu? MRTK bukan sahaja menipu MPKB, malah menipu rakyat dan tuhannya. Menampilkan persembahan berunsur maksiat yang menyalahi ikrar yang ditandatangani ialah perangan menipu yang dimiliki oleh UMNO dan barisan kepimpinannya. Apa komen Dusuki?

Mengenai fatwa, Dusuki mendakwa PAS mengeluarkan fatwa-fatwa yang diselewengkan dan ayat-ayat Allah yang disalahgunakan, bagaimana pula dengan ‘fatwa’ Dr. Mahathir tempoh hari yang berbuni, “Sesebuah negara sebenarnya hanya memerlukan seorang hafiz sahaja, lagipun Al-Quran mudah didapati sekarang ini, bukannya seperti dulu lagi.”

            Kata-kata di atas adalah sebahagian ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan di dalam satu majlis anjuran Universiti Al-Azhar pada 22 Januari 2003 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama di Malaysia (antaranya muka depan Berita Harian, 24 Januari 2003). Apa komen Dusuki terhadap kedangkalan bosnya di dalam soal ini? Atau Dusuki bersetuju bahawa sesebuah negara hanya memerlukan seorang hafiz kerana Al-Quran sudah mudah didapati pada zaman sekarang?

            Saya hanya mengambil satu contoh sahaja dari ribuan lagi contoh-contoh kenyataan pemimpin-pemimpin yang tersasar dari landasan kebenaran. Cuma sebagai renungan kepada Dusuki yang bagi saya menulis sekadar untuk kepentingan perut.

            Mungkin antara kenyataan dan fatwa yang dimaksudkan oleh Dusuki ialah kontroversi mengenai isu samseng dan ‘tuhan mencarut’ tempoh hari. Soalnya, kenapakah sampai ke hari ini Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz masih belum didakwa? Masih lagi segar dalam ingatan kita betapa hebohnya temph hari hulubalang-hulubalang UMNO bertempik sorak memohon supaya Nik Aziz digari dan dihukum kerana menyeleweng, sekarang ke mana perginya mereka? Kenapa diam? Inilah dia UMNO dan inilah dia perjuangan Dusuki. Sebenarnya untuk berdepan dengan hujah-hujah rapuh UMNO, cukuplah seladar Salahuddin Ayub yang berjaya memalukan Nazri temph hari. Tidak perlulah rasanya menghantar tokoh-tokoh utama. Soalnya sekarang, UMNO tidak pernah berani untuk berhujah secara ilmiah dan fakta.

            Sebenarnya, tulisan Dusuki lebih merujuk kepada kelemahan dalaman UMNO sendiri. Saya nampak bahawa kecenderungan Dusuki ialah mendedahkan kewujudan masalah dalaman yang menghalang kejayaan UMNO di Kelantan. Ya, Dusuki sudahpun mengenali penyakitnya, namun sayang Dusuki keliru dalam menentukan ubatnya. Ubatnya ialah, kembali kepada perjuangan Islam.

 

Ahmad Fadhli bin Shaari,

28 April 2003

http://www.ahmadfadhli.com