ðH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik23.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik23.htm delayed x øEÔJ ÿÿÿÿ ÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ º 9. OK text/html °h 9. ÿÿÿÿ b‰.H Tue, 11 Nov 2003 05:38:30 GMT Ž Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * ÷EÔJ 9.
Badar Di
Dalam Kenangan
Tarikh
keramat 17 Ramadhan adalah satu ulang tahun kejayaan yang tentunya menjadi
kenangan manis kepada seluruh umat Islam sejagat. Tarikh di mana bertembungnya
dua pasukan yang mempunyai dua visi yang berlainan ; satu pihak ingin mencari
keredhaan Allah SWT manakala satu pihak mencari keredhaan dunia. Allah SWT
ternyata menyebelahi hamba-hambaNya yang sabar dengan menurunkan pertolongan
yang tidak sama sekali terduga oleh akal manusia. Nyata sekali betapa besarnay
kudrat manusia, jika berdepan dengan kekuatan taqwa dan iman, ia terlalu rapuh
dan terlalu mudah untuk ditewaskan. Siapa lagi yang dapat menyangkal
pertolongan Allah di sebalik kemenangan 313 tentera muslim menentang kemaraan
hebat 1000 orang tentera kuffar yang lengkap dengan peralatan tenteranya?
Siapakah yang berani menidakkan keajaiban yang berlaku apabila kaum muslimin
yang tidak bersedia pun untuk berperang tiba-tiba diarahkan Rasulullah SAW
untuk bertarung dengan kekuatan tentera musyrikin yang datang khusus dari Mekah
hanya dengan membawa slogan peperangan?!
Namun,
itulah yang berlaku. Di sebalik rayuan Rasulullah SAW menadah tangannya ke
langit, Allah SWT tidak membiarkan tangan itu terangkat begitu lama. Para
malaikat turun dengan kekuatan yang tidak terjangkau oleh mata kasar manusia.
Lalu, kaum muslimin pulang ke Madinah dengan satu kejayaan yang menambahkan
semangat juang dan memberikan satu lagi keyakinan bahawa pertolongan Allah
pastinya bersama dengan mereka yang betraqwa. Siapakah yang lebih tepat janjinya
daripada Allah SWT yang menukilkan janjinya : Wahai orang-orang yang beriman,
kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai
kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad, ayat 7).
Kini,
pasir-pasir di Badar telahpun kering daripada tumpahan darah manusia lebih 1420
tahun yang lampau. Hiruk pikuk peperangan dan laungan kemenangan kaum muslimin
tentunya sudah tenggelam ditelan masa yang begitu laju berlalu. Tiada lagi
lontaran panah-panah dan pacuan kuda-kuda perang yang menukilkan kemenangan
kepada tentera muslimin, namun sejarah telah tercatit dengan kemas bahawa di
situlah satu memori manis telah terbina buat azimat dan penangkal semangat
kepada setiap yang ingin melihat agama ini berdaulat di muka bumi.
1423 tahun selepas perang Badar (peperangan
Badar berlaku pada tahun ke 2 hijrah), di mana kita dan perjuangan ini? Kini,
kaum muslimin bukan lagi berjumlah 313 orang namun berbillion ramainya melata
di seluruh muka bumi. Bagaimanapun, ia sudah tidak sama dengan tentera Badar,
malah teramat lemah jika dibandingkan dengan mereka. Jika para sahabat sanggup
turun menentang kaum musyrikin biarpun peluang untuk menang terlalu tipis,
sekarang pula terlalu sedikit individu yang sanggup turun melaksanakan tanggungjawab
sebagai seorang manusia yang mengaku Islam. Kalangan kita sebenarnya lebih enak
tidur di katil masing-masing daripada berlumur debu di medan perjuangan.
1423
tahun selepas Badar, kita melihat satu persatu kehormatan kita dicabul oleh
‘musyrikin Quraisy abad 21’. Belum selesai kedaulatan Afghanistan yang dikoyak
rabakkan, Iraq pula diragut kebebasannya. Dan jangan lupa, setiap satu tahun
selepas 11 September 2001, satu negara Islam menjadi sasaran kemaraan kuasa
kuffar. Jika 2002 menyaksikan Afghanistan jatuh dan Iraq pada 2003, maka
siapakah pula yang akan menjadi mangsa pada 2004. Mungkinkah Syria.. atau Iran?
Apa yang penting, menonton sajakah negera-negara Islam atau menunggu datangnya
malaikat dari langit membawa ‘rocket launcher’ bagi menolong kaum muslimin
seperti di dalam peperangan Badar? Kalau di dalam peperangan Badar, tangan suci
Rasulullah SAW menadah tangan ke langit memohon pertolongan Allah SWT, maka
sekarang tangan siapa yang akan berdoa memohon pertolongan? Adakah tangan para
pemimpin umat Islam yang berlumuran dengan darah rakyat masing-masing layak
menadah tangan?
1423
tahun selepas Badar di negara kita juga tidak kurang menariknya. Telah muncul
orang Islam yang sanggup mencabar hukum tuhannya sendiri. Tidak malukah manusia
jenis ini sujud dan rukuk (itupun kalau dia bersolat) menyembah Allah SWT
tiba-tiba memfailkan saman bagi menghalang hukum Allah dilaksanakan? Tidak
malukah seorang yang mengaku Islam menolak mentah-mentah malah mempermainkan
hukum agamanya sendiri. Alangkah baiknya jika yang memfailkan saman ini terdiri
daripada daripada orang bukan Islam, namun hakikat yang berlaku begitu
menyedihkan. Andainya manusia jenis ini hidup ketika peperangan Badar berlaku,
agak-agaknya, ke pihak manakah akan disebelahi olehnya? Di sebelah umat Islam
yang mempunyai peluang tipis untuk menang ataukah di pihak tentera musyrikin
yang mempunyai kekuatan berlipat kali ganda..? Dalam erti kata lain, tidak
samakah melawan Rasulullah ketika baginda masih hidup dengan melawan Rasulullah
setelah baginda wafat?!
1423
tahun selepas Badar sebenarnya menyaksikan kita dimalukan oleh sejarah.
Andainya para syuhada’ dan tentera Badar bangkit kembali untuk melihat keadaan
umat yang mereka tinggalkan, apakah jawapan yang akan diberikan kepada mereka
nanti? Mengalirkah air mata mereka melihat bagaimana pengorbanan mereka hanya
dikenang di dalam buku sejarah, namun tidak sebagai pengajaran umat pada hari
ini?
Sejarah
terus berlalu. Badar menjadi kenangan kita zaman berzaman. Ya, kemenangannya
perlu diulangi, namun ia memerlukan pengorbanan. Ulangilah jawapan para sahabat
apabila diajak untuk berjihad oleh Rasulullah SAW : Demi Allah wahai Nabi
Allah, kami tidak akan menjawab sebagaimana yang dijawab oleh Bani Israil
ketika Nabi Musa mengajak mereka berperang iaitu “(Wahai Musa) pergilah engkau
bersama Tuhanmu dan perangilah mereka, (biarlah) kami di sini duduk
menunggu", tetapi kami akan menjawab, pergilah engkau bersama Tuhanmu dan
perangilah mereka, kami akan bersama-sama dengan kamu untuk berperang!"
Ahmad Fadhli bin Shaari,
11 November 2003
Kaherah, Mesir.