đHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik26.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik26.htmdelayedxůEÔJ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ­ş†4OKtext/htmlŔĂg†4˙˙˙˙b‰.HFri, 19 Dec 2003 05:36:18 GMT‘Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *ůEÔJ†4 Apakah Sebenarnya ‘Kewartawanan Membenci’

Apakah Sebenarnya ‘Kewartawanan Membenci’?

 

            Tahniah wajar diucapkan kepada Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob yang mengeluarkan kenyataan yang cukup bernas ketika berucap pada majlis Hadiah Kewartawanan Malaysia 2001 tajaan Petronas yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM) di Hotel PJ Hilton seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia, 18 Disember 2003. Menurut kata beliau - yang hingga kini kes rasuahnya yang pernah dilaporkan oleh Fauzi Abdul Rahman pada 28 Mac 2001 mengenai kes penyelewengan balak dan politik wang masih menjadi misteri -, golongan wartawan tidak boleh terjebak dengan fahaman `kewartawanan membenci' yang boleh mengakibatkan keadaan yang tidak tenteram di dalam sesebuah negara.

            Mujurnya beliau masih ‘sihat’ untuk mengeluarkan kenyataan yang cukup bermakna dalam era kewartawanan pada hari ini. Istilah baru yang sudah lama diamalkan oleh anak-anak buahnya – ‘kewartawanan membenci’ – dinyatakan sebagai satu perangai buruk yang tidak sepatutnya ditiru oleh sesiapa sekalipun. Bagaimanapun, apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan ‘kewartawanan membenci’ itu? Adakah melaporkan sesuatu yang benar namun bertentangan dengan kehendak parti pemerintah dianggap sebagai ‘kewartawanan membenci’? Atau kewartawanan membencikah jika rela memperalatkan bidang kewartawanan untuk memenuhi selera nafsu serakah pihak tertentu?

            Datuk Zainuddin Maidin (ZAM), - seorang yang mendakwa dirinya adalah wartawan dan berdarah wartawan - yang turut hadir pada majlis tersebut, tentunya lebih mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ‘kewartawanan membenci’ itu. Menyiarkan segmen Kelantan Dalam Gerhana dan Tranung Kite sekalipun memaparkan berita-berita palsu sepatutnya lebih teruk dari ‘kewartawanan membenci’, malah lebih layak digelar sebagai ‘melacurkan kewartawanan’. Pihak yang diserang tidak diberikan peluang untuk menjawab balas, malah terus menerus dibelasah dengan menggunakan segala macam bentuk dan saluran media yang dikuasai. Beginikah ‘kewartawanan membenci’ atau layak digelar sebagai wartawanan penyayang?

Adilkah bidang kewartawanan yang hanya digunakan untuk menyerang dan mengaibkan peribadi seseorang sehingga ke peringkat yang tidak munasabah malah memperkenalkan istilah-istilah mencarut yang akhirnya menjadi dendangan biasa kepada masyarakat kita? Sekadar memperingkatkan Khalil dan Zam yang merupakan teraju Kementerian Penerangan, sudah lupakah dengan kronologi penghinaan kepada Anwar Ibrahim yang melampaui batasan etika kewartawanan. Sorotilah satu persatu tragedi dalam bidang kewartawanan negara khususnya dalam kes Anwar Ibrahim.

 

Penghinaan dalam bentuk mencarut

a) "A male witness said he was sodomised 15 times by Anwar". (The Sun 4 September 1998)

b) "Pada sebelah malamnya, ketika keluarga Anwar tidur, Anwar masuk ke dalam bilik itu dan mengajak Sukma mengadakan hubungan seks di luar aturan tabii (meliwat). Sukma kemudian membenarkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur beliau". (Berita Harian 21 September 1998)

c) "Dr Munawwar membenarkan Anwar memasukkan zakar kedalam duburnya (Dr Munawwar). (Berita Harian 21 September 1998)

 

Keyakinan Dr Mahathir terhadap Anwar yang bersalah

d) "Sekarang saya telah menerima hakikat dia memang berkelakuan begini. Saya kesal kerana dia ternyata terbabit dalam perkara ini. Saya hanya percaya ia adalah benar". (Berita Harian 21 September 1998)

e) "Q: Why did you act on the allegations before the investigation was concluded? A: The investigation is the police investigation. I did my own investigation, and I was convinced."

f) "Q: What will happen to Anwar if the police find nothing against him?

A: As far as I am concerned, I am quite convinced about this. Unless the police know semething that I don't know that shows very clearly that he is innocent, I don't think he is going to come back." (The Sun 9 September 1998)

 

Punca penyingkiran Anwar Ibrahim

g) "Asked for the reasons for the expulsion, Mahathir said: we don't have to give any reasons". (The Sun 4 September 1998)

h) "We find him not suitable, that is all". (The Sun 5 September 1998)

i) "Anwar sacked on moral ground. His character does not qualify him to become a leader of a country like Malaysia". (The Sun 9 September 1998)

 

            Kalau senarai di atas dinamakan sebagai ‘kewartawanan penyayang’, maka bagaimana kewartawanan membenci seperti yang dimaksudkan oleh Khalil? Kata Khalil lagi, “..Media tidak boleh mempunyai apa-apa agenda yang tersembunyi selain berkhidmat demi kepentingan negara dan rakyatnya...” manakala di akhir laporan pula menyatakan, Khalil selanjutnya berharap supaya golongan wartawan terus menjalin hubungan baik dengan kerajaan dengan memberikan laporan yang tepat untuk pengetahuan rakyat terutama di saat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Nah! Itulah yang dimaksudkan dengan kewartawanan penyayang yang dikehendaki oleh Khalil. Istilah ‘pembenci’ ialah bagi wartawan yang tidak menjalinkan hubungan erat – atau pengampu - dengan parti pemerintah. Agak sama dengan perangai anak Bush di Rumah Putih yang menamakan keganasan ialah apa jua bentuk tentangan terhadap Amaerika. Nampaknya, tak habis-habis Amerika menjadi guru kepada puak-puak ini.

Hayatilah firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” Maksud Surah Al-Maidah, ayat 8.

 

Ahmad Fadhli bin Shaari,

19 Disember 2003

Kaherah, Mesir.

 

http://www.ahmadfadhli.com