đHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik27.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik27.htmdelayedxúEÔJ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ­ş®+OKtext/html° h®+˙˙˙˙b‰.HTue, 23 Dec 2003 20:36:17 GMT’Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *ůEÔJ®+ Kenapa Melatah Digelar Yahudi

Kenapa Melatah Digelar Yahudi?

 

            Seharusnya tidaklah wajar untuk dilayan media massa pengampu milik kerajaan Barisan Nasional yang tentunya akan terus menerus mencari jalan menghentam lawan mereka sekalipun dengan laporan bersifat berat sebelah atau ‘ayat tidak habis’. Seperti seekor anjing yang akan menjelirkan lidahnya sekalipun dihalau atau tidak (rujuk Surah Al-A’raf, ayat 176 ) begitulah sifat yang ditunjukkan oleh kebanyakan media massa milik pihak pemerintah. Apa jua isu yang dianggap menguntungkan mereka diperbesar-besarkan sekalipun dengan jalan yang tidak bermaruah. Jika difikirkan sekali imbas, golongan manakah yang sebenarnya yang mahu terus menerus ditipu oleh media massa ini? Kita pasti sebenarnya, kebanyakan rakyat sudah cukup celik dengan permainan media massa seperti ini. Cuma beberapa kerat sahaja orang-orang kampung yang masih menjadikan media massa sebagai rujukan utama mereka.

            Di dalam isu terbaru, kenyataan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz mengenai sikap mereka yang tidak mahu menerima negara Islam sebagai Yahudi, ia diperbesarkan seolah-olah seluruh orang Melayu dikatakan sebagai Yahudi. Lalu, dijajalah isu ini hingga ke seluruh pelusuk pejabat mufti untuk mendapatkan pandangan. Ya, mengutuk dan menyamakan seseorang atau sesuatu pihak seperti Yahudi tentulah tidak sesuai, namun membandingkan sikap dan persamaan yang wujud mempunyai rasional yang tersendiri.

            Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media massa, manakala pengkritik-pengkritik yang lebih merupakan ‘ulama mee segera’ terus mengeluarkan kenyataan mengecam dan mengutuk Nik Aziz.

            Sekadar renungan, apakah sebenarnya yang ingin dinyatakan oleh Nik Aziz semasa berucap pada majlis penerangan mengenai negara Islam di Kompleks Sri Iman? Beliau hanya merujuk kepada ucapan Tun Dr. Mahatir sewaktu merasmikan persidangan OIC beberapa bulan yang lalu bahawa dunia seluruhnya diperintah oleh proksi Yahudi. Lalu, Nik Aziz cuba mengemukakan satu persoalan, adakah Malaysia juga diperintah oleh proksi Yahudi? Ini berdasarkan kepada sikap Barisan Nasional dan pendokong-pendokongnyang yang jelas sekali tidak bersetuju dengan Dokumen Negara Islam. Andainya betul, maka tidak ada salahnya pada ucapan Nik Aziz. Dan andainya tidak, maka nafikan dengan bukti-bukti ilmiah. Mudah saja, dan tidak perlu sehingga seorang PM baru yang sudah cukup sarat dengan slogan menghabiskan masanya untuk memberikan komentar terhadap isu seremeh ini!

            Andainya mahu dilayan sekalipun karenah media-media pengampu seperti ini, kita mahu mereka menjawab asas kepada kenyataan Nik Aziz bahawa persamaan di antara Yahudi dan ‘beberapa kerat Melayu’ di negara ini ialah penolakan terhadap negara Islam. Lebih jauh lagi, apakah sikap kerajaan Malaysia terhadap perkara-perkara maksiat yang jelas berleluasa di dalam negara. Bagaimana dengan tuduhan Pahang sebagai Darul Kasino, bukankah dulu heboh untuk diambil tindakan kepada pihak yang mengeluarkan buku tersebut? Sekarang, bagaimana? Andainya kerajaan bersikap membisu, maka rakyat akan berpendapat bahawa tuduhan tersebut benar. Lalu, apa bezanya sikap kerajaan Malaysia dengan sikap Yahudi yang dinyatakan di dalam Al-Quran : “..Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan…” (Maksud Surah Al-Baqarah, 85)

            Begitu juga dalam kes Zaid Ibrahim yang mencabar hudud di mahkamah, apakah sikap Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia yang dikatakan Islam? Jika tidak bersetuju, suarakan. Dan jika hanya mendiamkan diri dan tidak bertindak untuk melarang tindakan Zaid Ibrahim, maka tidak ada bezanya dengan sikap kaum Yahudi yang disebut di dalam Al-Quran : “..Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Maksud Surah Al-Maidah, ayat 78-79)

            Bahkan apa pula perbezaan sikap Zaid Ibrahim yang bersungguh mahu melawan hukum hudud ini dengan sikap kaum munafikin yang dinyatakan di dalam Al-Quran : Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. (Maksud Surah At-Taubah, ayat 67)           

            Itu sahaja sudah cukup untuk dijawab oleh PM dan kuncu-kuncunya mengenai isu Yahudi ini. Saya yakin, isu ini akan lenyap begtiu sahaja setelah dicanang seluruh pelusuk negara. Ia hanya menjadi penyambung kepada isu Nik Aziz menuduh Mahathir tidak pandai membaca Al-Quran, isu samseng, isu berkawan dengan syaitan dan sebagainya. Pihak PAS khususnya Tuan Guru sendiri yang terlibat secara langsung tidak akan diberikan ruang untuk menjawab, dan media seterusnya menunggu isu yang berikutnya untuk dicanang.

            Media massa sebenarnya masih lagi jauh untuk menjadi sebagai alat pendidik, Malah, kadang-kadang kita melihat media perdana lebih kepada propaganda yang hanya membekukan pemikiran rakyat. Di sana isu-isu yang lebih besar sepatutnya menjadi keutamaan media untuk di’highlight’kan, bagaimanapun semuanya dibekukan tanpa sebarang perkhabaran. Bagaimana dengan kes rasuah Rafidah Aziz, Rahim, penyalahgunaan kuasa Tun Dr. Mahathir malah isu ISA yang menjadi dosa terus menerus PM dan kuncu-kuncunya. Ke mana media? Namun, itulah persoalan yang tidak perlu untuk dijawab…..

 

Ahmad Fadhli Shaari,

23 Disember 2003,

Kaherah, Mesir.

 

http://www.ahmadfadhli.com