đH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik29.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik29.htm delayed x úEÔJ ˙˙˙˙ ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ş /7 OK text/html °h /7 ˙˙˙˙ b‰.H Wed, 28 Jan 2004 23:38:31 GMT ” Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * úEÔJ /7
Selagi Hukum Allah
Tidak Dilaksanakan
Seluruh
negara gempar apabila seorang kanak-kanak berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul
Ghani dijumpai mati selepas dirogol oleh beberapa orang lelaki keji pada 18
Januri yang lepas. Kejadian di Tanjung Kupang, Johor itu hanyalah merupakan
rentetan kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku lama sebelum ini. Malah
tidak mustahil ia hanya merupakan mata rantai penyambung kepada kelangsungan
peristiwa-peristiwa ngeri yang akan terus berlaku. Soalnya, kenapa hingga di tahap
itu masyarakat kita sudah terseleweng? Adakah terdapat kesilapan dalam
membancuh generasi yang hari ini 20-30 tahun yang lampau lalu hari ini
membuahkan hasil yang sama sekali tidak mengenakkan?
Masih
belum terlalu lama peristiwa yang menimpa Nur Suzaili Mokhtar beberapa tahun
yang lampau, diikuti dengan kes Canny Ong dan kemudiannya kes Noritta. Kini,
sasaran kekejian mula berpindah kepada kanak-kanak. Bayangkan, dalam sehari,
beberapa kes yang hanya melibatkan rogol kanak-kanak mampu dimuatkan di dalam
akhbar. Ia tidak hanya melibatkan generasi muda sahaja malah pelakunya yang
terdiri daripada orang-orang tua yang berumur 75 tahun pun masih mampu berdiri
gagah meratah daging muda yang belum kenal dunia! Soalnya, di manakah silapnya
kita?
Andainya
kita kembali (kembali walaupun sejenak) kepada Islam, ternyata agama kita
sendiri sebenarnya telah menggariskan pelbagai panduan dalam membendung
akibat-akibat yang timbul ekoran tarikan di antara lelaki dan perempuan.
Bukankah Allah SWT yang mencipta manusia lebih tahu tentang naluri dan fitrah
yang dimiliki oleh makhluk ciptaanNya? Perhatikan, di dalam Al-Quran disebut
bagaimana pencegahan yang sepatutnya dilakukan bermula daripada sikap individu
itu sendiri. Di dalam surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman (yang
bermaksud) : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan.” Kemudian, perintah Allah SWT ini tidak hanya terbatas kepada kaum
lelaki sahaja, malah terus diikuti dengan etika yang sama untuk kaum perempuan.
FirmanNya lagi dalam ayat yang seterusnya, : “Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..”
Seseorang
yang mendalami dan memperhatikan kaedah dan uslub yang digunakan olah Al-Quran
akan melihat bagaimana Allah SWT begitu menitikberatkan soal pandangan dan
aurat ini hingga dinyatakan perintah kepada kedua-dua jantina lelaki dan
perempuan. Tidak ada perintah di dalam Al-Quran seumpama itu bahkan solat dan
puasa sekalipun dinyatakan di dalam bentuk perintah yang pada zahirnya hanya
untuk kaum lelaki sahaja –tafsirannya tetap meliputi kaum perempuan –
Namun, dalam kes aurat dan pandangan, perintah di dalam Al-Quran jelas
ditujukan kepada lelaki dan perempuan. Kenapa? Inilah bukti bahawa tarikan
nafsu tidak membezakan lelaki dan wanita. Cuma, lelaki lebih mempunyai kudrat
untuk bertindak manakala wanita hanya mampu menayangkan tubuh yang menggoda
bagi menarik perhatian lelaki.
Bagaimanapun,
dalam kes Nurul Huda yang hanya berumur 10 tahun, dan beberapa tahun yang lepas
kes Nor Suzaili yang dikatakan seorang yang lengkap bertudung namun tetap
menjadi mangsa, di manakah pula silapnya? Ternyata, kepincangan yang berlaku
dalam masyakarat kita sekarang akhirnya meletakkan kaum wanita di tempat yang
tidak selamat walaupun bertudung labuh dan berpurdah sekalipun. Di sinilah
letaknya peranan ‘pencegahan
daripada Allah SWT’. Hanya Allah SWT yang mampu memulihkan keadaan yang
semakin kucar-kacir namun ia hanyalah dengan melaksanakan hukum yang
diperintahkan olehNya. Perhatikanlah bagaimana Allah SWT meletakkan jaminanNya
apabila hukum yang diwajibkan dikuatkuasakan : “Dan orang lelaki yang mencuri
dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka
sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga
sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah..” – Surah Al-Maidah, ayat 38.
Siapakah
yang mampu untuk menjadi pencegah yang lebih baik dari Allah? Siapakah penjamin
yang lebih dipercayai selain daripada Allah? Dalam kes rogol dan zina, Allah
SWT menggariskan hukuman sebat yang perlu disaksikan oleh orang-orang awam.
Lihat firman Allah SWT di dalam
surah An-Nur, ayat 2 : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan
janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka
itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
Ini sudah termaktub di dalam Al-Quran 1400 tahun lampau, namun
pemimpin-pemimpin UMNO hanya mampu menyedarinya hari ini! Bukankah ini namanya
meraba-raba di dalam terang? Apabila tibanya kes-kes rogol yang
bertimbun-timbun baru heboh untuk dilaksanakan hukuman sebat. Ke mana perginya
Majlis Fatwa Kebangsaan dan IKIM? Lihat pula bagaimana kekalutan berfikir
pemimpin-pemimpin negara dalam menangani kes ini. Hanya yang sering tertutur
daripada celahan bibir Pak Lah ialah “Saya amat marah…”. Ya, Pak Lah sejak
akhir-akhir ini sering marah-marah, bermula kes kemalangan jalan raya, rasuah
hinggalah kes rogol, reaksinya ialah, “Saya amat marah..” Namun, setakat mana
kemarahan kalau tidak digantungkan pengharapan kepada Allah. Pernah dengarkah
pemimpin-pemimpin kita meminta daripada rakyat jelata agar sentiasa memohon dan
bermunajat kepada Allah mencari jalan penyelesaian di samping berikhtiar dan
bertawakkal? Tidak pernah, malah merekalah antara orang-orang yang paling
memusuhi solat hajat! Lihat pula bagaimana pandangan Tun Mahathir tentang aurat
: “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai
nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada
kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak
pernah tamat". - 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO. Nah, hari ini Mahathir boleh melihat,
siapakah yang bernafsu kuat, Melayu atau Arab?!
Percayalah,
selagi pemimpin-pemimpin meraba-raba di dalam terang, maka selagi itulah negara
akan terus kucar-kacir. Selagi hukum Allah dipinggirkan, maka jalan
penyelesaiannya tidak akan ditemui sampai bila-bila! Sayang sekali, lampu sudah
ada di tangan, kenapa lebih senang berada dalam kegelapan?!
Ahmad Fadhli bin Shaari,
23 Januari 2004
Kaherah, Mesir.
http://www.ahmadfadhli.com