đH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik33.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik33.htm delayed x ýEÔJ ˙˙˙˙ ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ş ‹5 OK text/html ŔĂg ‹5 ˙˙˙˙ b‰.H Wed, 03 Mar 2004 10:31:27 GMT ™ Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * üEÔJ ‹5
Janji Syurga : Standard SPR di Malaysia
Apabila
Pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana parti yang menjanjikan
‘syurga’ semasa kempen pilihanraya berlangsung (rujuk Berita Harian, 2 Mac
2004), secara spontan tidak ada parti lain yang lebih sesuai ditujukan amaran
ini kecuali PAS. Bukannya kerana PAS menjanjikan ‘syurga’ secara langsung,
tetapi hanya PAS sahaja parti yang dilihat setakat ini beraliran politik Islam
yang tentunya tidak akan terlepas dari membicarakan soal pahala dan dosa serta
secara tidak langsung mempunyai perkaitan rapat dengan ‘syurga’.
‘Syurga’
ialah satu manifestasi daripada dosa atau pahala. Mengenepikan soal ‘syurga’
bererti memisahkan salah satu juzuk daripada perbuatan manusia daripada dosa
atau pahala. Di dalam Islam, setiap perbuatan tentunya tidak lari daripada lima
hukum utama ; wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Tidak ada perbuatan yang
boleh dikecualikan daripada lima hukum ini. Inilah perkara yang telah
disepakati oleh para ulama, dan telahpun dipelajari oleh anak-anak kecil sejak
sekolah rendah lagi. Kita berharap agar pengerusi SPR khususnya sempat
mempelajari kaedah mudah ini. Bermula dari kita mencelikkan mata di waktu pagi
hinggalah ke saat kita melelapkan mata di waktu malamnya, semua perbuatan yang
dilakukan dikira oleh Allah SWT dan perbuatan-perbuatan inilah yang akan dikira
di dalam menentukan tempat kita kelak samada ‘syurga’ atau ‘neraka’. Makan,
minum, ibadat, komunikasi, aktiviti sosial, rutin kehidupan dan semuanya
mempunyai perkaitan dengan pahala dan dosa. Hanya yang terlepas dari dosa dan
pahala ialah perbuatan yang hukumnya harus. Bagaimanapun, tidak mungkin
perbuatan mengundi yang memilih pimpinan bagi meneraju negara dan menentukan
hala tuju ummah hanya berhukum harus serta tidak mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala?
Mengkategorikan
perbincangan tentang ‘syurga’ semasa kempen sebagai perbuatan menghasut dan
berunsur penipun ialah satu perbuatan yang melampau yang tidak sewajranya
dikeluarkan oleh seorang yang mengaku Islam. Dalam masa yang sama, ia menutup pemikiran
masyarakat daripada berfikir mengikut kaedah yang diajar oleh Islam. Atau
adakah Pengerusi SPR mahu menjadi orang yang pertama melanggar arahan Datuk
Seri Najib, “`Kalau mahu berjubah, pakailah jubah, mahu berserban, pakailah
serban, mahu berjanggut, berjanggutlah, tetapi jangan disempitkan kefahaman
Islam,'' (Utusan Malaysia, 27 Februari 2004).
Sebenarnya arus pemikiran yang
cuba ditonjolkan ini ialah salah satu daripada benih-benih aliran berfikir
secara sekular yang ditanam sejak berpuluh tahun dahulu. Kini, setelah hampir
setengah abad kita ditinggalkan penjajah, benih-benih tersebut terus bercambah
dan menguasai aliran perdana arus pemikiran masyarakat. Lupakah sebenarnya kita
dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Maka
sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)!..” –Surah Az-Zalzalah, ayat 7-8
Apakah terdapat maksud lain daripada ayat ini selain
daripada setiap perbuatan walau sebesar zarah sekalipun akan dikira di hadapan
Allah SWT? Atau orang seperti Astora mempunyai tafsiran yang berlainan?
Manakala al-Quran pula telah menetapkan bahawa sebarang amanah hendaklah
diberikan kepada ahlinya yang benar-benar amanah. Firman Allah SWT (yang
bermaksud) :
“..Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..” (Surah
An-Nisa’, ayat 58)
Lantas, seandainya memberikan amanah ini telah
diperintahkan oleh Allah agar diberikan kepada ahlinya yang berhak, maka adakah
melaksanakan suruhan ini tidak mendapat pahala? Sebaliknya, jika mencuaikan
arahan ini, tentulah dosa sebagai balasannya. Bahkan setiap orang yang mematuhi
pemimpin yang melanggar perintah Allah SWT akan menghuni neraka sebagaimana
yang disebut di dalam Al-Quran :
Pada
masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya):
"Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah
serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar
kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. – Surah
Al-Ahzab, ayat 66-67
Mungkin
apa yang ingin disampaikan oleh Pengerusi SPR ialah kempen yang mengaitkan
dosa, pahala, syurga dan neraka sewajarnya tidak diamalkan kerana dibimbangi ia
menjadi ugutan secara tidak langsung kepada masyarakat. Ini dapat disimpulkan
daripada kata-kata beliau : “Janji ‘syurga’ lebih kepada ugutan kerana pengundi
tidak mempunyai pilihan kerana jika mereka memilih parti sebaliknya, sudah
tentu mereka masuk ‘neraka’,” katanya. (Berita Harian, 2 Mac 2004)
Seandainya
analogi ‘ugutan’ yang menjadi asas, apakah pandangan SPR dengan kenyataan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berucap di Sabah pada
28 Februari 2003 : ``Kita perlu bagi tahu kepada rakyat negeri Sabah ini bahawa
hanya janji BN sahaja yang boleh ditunaikan,'' (Utusan Malaysia, 29 Februari
2003).
Menanam mitos bahawa hanya BN yang
boleh membawa pembangunan tidakkah juga membawa ugutan kepada pengundi? Secara
tidak langsung pengundi terpaksa memilih BN kerana dengan memilih parti
sebaliknya, mereka akan mundur. Mitos karut inilah yang sebenarnya menjadi
tiang seri BN sejak zaman berzaman. Dengan menutup semua peluang pembangkang
untuk bersuara, ternyata mitos sebegini amat berkesan. Sayangnya, SPR nampaknya
seakan-akan bisu bila berdepan dengan keadaaan ini.
Seandainya
SPR benar-benar ikhlas tidak mahu isu ‘syurga’ diperalatkan, maka bertindak
tegaslah terhadap media massa yang menutup mata dan telinga rakyat dari
mendengar sumber alternatif. Penggunaan jentera kerajaan di dalam kempen BN
juga sepatutnya merupakan agenda utama SPR. Sayangnya, inilah standard SPR di
dalam sebuah negara demokrasi bernama Malaysia.
Ahmad Fadhli bin Shaari,
Kuliyyah Dakwah Islamiah,
Universiti Al-Azhar,
Kaherah, Mesir.
3 Mac 2004.