đH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik5.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik5.htm delayed x ţEÔJ ˙˙˙˙ ˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙Č ş _7 OK text/html °h _7 ˙˙˙˙ b‰.H Tue, 10 Dec 2002 00:21:44 GMT ś Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * ţEÔJ _7
Salah Sangatkah Nik Aziz Bila Mengatakan :”Mahathir Tak Pandai Baca Al-Quran”?
(oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, 28
September 2002)
Sekalung tahniah layak dihadiahkan
kepada PDRM kerana bertindak cepat
menjalankan siasatan ke atas Nik Aziz sejurus selepas laporan polis dibuat oleh
seorang peniaga di Bachok. Seharusnya itulah kerja polis, cepat dan cekap. Dan
memang kebelakangan ini, kita melihat 'kecekapan' polis semakin menjadi-jadi.
Ia meningkat begitu mendadak berbeza jauh dengan prestasi yang ditunjukkan
sewaktu memburu Mat Komando. Dari kes 'tunjuk ********', 'video lucah'
hinggalah kepada isu samseng, PDRM lebih cepat bergerak dari pelakon-pelakon
filem Hindi menukar pakaian semasa menyanyi!
Ceritanya
bukanlah payah sangat untuk difahami. Sebagaimana episod-episod lain sebelum
ini, apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan dalam salah satu ceramahnya bahawa
".. Mahathir sendiri mengaku dia tak pandai baca Al-Quran..", maka ia
mencetuskan kemarahan ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Bagaimana mungkin al-fadhil
Presiden mereka dituduh sebegitu jahil! Tak mungkin seorang Perdana Menteri
yang ketokohannya dikagumi seluruh dunia, dan seluruh dunia Islam menganggap
bahawa Malaysia ialah negara Islam contoh malah bukankah mereka semua ingin
mencontohi Malaysia. Tiba-tiba dalam keadaan sedemikian, tokoh kerdil yang
bernama Nik Aziz pula mengatakan, "Mahathir sendiri mengaku dia tak pandai
baca Al-Quran!!" Memang Nik Aziz sudah melampau!
Kerana
itulah, apabila Nik Aziz tiba-tiba hari ini memohon maaf di atas 'keterlanjurannya'
itu, ahli-ahli UMNO seluruh negara sepatutnya menerima ucapan tahniah. Presiden
mereka yang tersayang sebenarnya boleh membaca Al-Quran, dan yang paling
gembira tentulah Zainuddin Maidin yang tentunya baru sedar bahawa dia
sebenarnya selama ini menjadi kuli kepada orang yang pandai baca Al-Quran
sebenarnya. Dan yang lebih-lebih lagi gembira tentulah Tan Sri Hamid Othman
yang berpangkat Penasihat Agama kepada Perdana Menteri. Rupa-rupanya, selama
ini dia menasihati seorang yang sudah pandai membaca Al-Quran.
Itupun
kalau terbukti bahawa Mahathir memang pandai membaca Al-Quran. Soalnya
sekarang, pandaikan Mahathir baca Al-Quran. Apabila Nik Aziz memohon maaf di
atas keterlanjurannya (sebenarnya beliau hanya terlanjur pada lafaz Mahathir
sendiri mengaku…) , agenda seterusnya ialah menentukan siapakah yang menang?
Walaupun bukanlah satu keperluan sebenarnya untuk memutuskan pemenang di atas
satu-satu isu, namun iklim politik di Malaysia sebenarnya menuntut ke arah itu.
Bohong sekali sesiapa yang menyatakan bahawa tiada menang kalah dalam
pertarungan politik di Malaysia. Pasti ada yang menang sekalipun kemenangan itu
terpaksa dibuat-buat seperti berlaku di Pendang. Malah seandainya yang
menolongnya ialah 'hantu' sekalipun, setiap pertarungan pasti memerlukan kepada
pemenang. Dalam kes baca Al-Quran ini, siapakah yang mendapat keuntungan?
Isu
ini tidak akan menjadi perbincangan kalau peniaga yang bernama Mohd Zain dari
Bachok itu tidak membuat laporan polis. Tetapi apabila laporan sudah dibuat dan
akhbar-akhbar sudah mula menjadikan ia sebagai satu isu, maka khalayak akan
bertanya, benarkah Mahathir pandai baca Al-Quran? Setakat tulisan ini
dibuat, Mahathir masih lagi
menyepi di atas isu ini? Gembirakah Mahathir apabila seluruh negara mula
memperkatakan tentang kepandaiannya di dalam membaca Al-Quran. Umum mengetahui
bahawa Mahathir bukanlah berpendidikan agama. Walaupun mungkin Mahathir memang
pandai membaca Al-Quran, kebolehannya di dalam bidang itu tentunya tidaklah
lebih dari kepandaian seorang pelajar tingkatan satu sekolah agama rakyat
sekalipun tidak setaraf dengan seorang graduan sekolah PASTI. Hujahnya,
ayat-ayat Al-Quran bukanlah tema kepada setiap ucapan yang disampaikan oleh
pemimpin dunia Islam yang dikagumi itu.
Sekalipun
Mahathir pandai membaca Al-Quran, namun pengakuannya tidak boleh berbahasa Arab
adalah satu perkara yang menarik. Benar, baca Al-Quran dan berbahasa Arab ialah
dua perkara yang berlainan. Namun kepandaian bahasa Arab itulah yang menentukan
setakat mana kefahaman di dalam menafsir kehendak Al-Quran. Apa yang pasti,
seorang yang memahami kehendak Al-Quran tidak akan tergamak sama sekali menukar
lafaz Basmalah yang mulia menjadi 'Bismillahi samseng..' sekalipun untuk tujuan
menyindir. Beriktikad dengan lafaz tersebut boleh menjatuhkan hukuman 'kafir
mutlak' dan seorang pembaca Al-Quran seperti Mahathir tiba-tiba tergamak
menjatuhkan hukuman itu pada musuh politiknya sekalipun untuk tujuan sindiran.
Tidakkah itu melampau? Apa kata Hamid Othman tentang hal ini? Di mana pula
suara Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang menjadi Sayang sekali, sekali lagi isu ini nampaknya semakin
mendedahkan kedangkalan Mahathir di dalam ilmu Al-Quran dan bahasa Arab.
Sekalung simpati kita hulurkan kepada 'seorang peniaga di Bachok' yang membuat
laporan polis, entahlah apa nasib yang akan diterima olehnya akibat silap
langkahnya ini.
Tahniah
juga sekali lagi kita hulurkan kepada pihak polis yang bertindak cepat
menyiasat penghinaan Nik Aziz kepada Mahathir ini. Alangkah untungnya kalau
tindakan secepat ini turut dilakukan ekoran timbunan aduan Lutfi Othman
terhadap isu rasuah Khir Toyo. Mungkin isu rasuah terlalu remeh temeh untuk
diselesaikan sebegitu cepat. Kalaupun tidak mampu untuk menyiasat seorang
Menteri Besar yang mungkin mempunyai pelbagai kekebalan, siasatlah
tahanan-tahanan ISA yang didakwa memiliki bom-bom tangan dan merancang untuk
melakukan huru-hara. Setidak-tidaknya tuduhan ini dapat dibuktikan di mahkamah.
Sayang sekali, setelah lebih setahun, ke mana hilangnya bom-bom tangan dan
pelancar-pelancar roket yang didakwa dahulu? Hairan ya, ke mana pula perginya
kecekapan pihak polis?
Nik
Aziz mungkin terlanjur apabila menyatakan, "Mahathir sendiri mengaku dia
tidak pandai baca Al-Quran" dan Nik Aziz telah memohon maaf di atas
keterlanjurannya. Namun bilakah Menteri Dalam Negeri memohon maaf apabila
mahkamah mengisytiharkan penahanan ISA beberapa orang ahli politik sebagai
tidak sah? Atau bilakah pula Mahathir sendiri memohon maaf apabila mengeluarkan
kenyataan menghina hukum hudud beberapa lama dahulu…?
Seterusnya,
kita menunggu kalau kes ini dibawa ke mahkamah, mungkinkah Mahathir akan
dipanggil untuk membuktikan kepandaiannya membaca Al-Quran dihadapan hakim?
Kalau saya, saya akan mengatakan, "Mahathir bukan setakat tidak memahami
Al-Quran, malah menghina hukum Al-Quran!" dan saya tidak akan memohon maaf
di atas kenyataan itu.
- 28 SEPTEMBER 2002