H geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik6.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik6.htm delayed x EJ ! OK text/html g ! b.H Tue, 10 Dec 2002 00:21:44 GMT Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * EJ !
KEJADIAN TEBUSAN DI MOSCOW, APA PANDANGAN ULAMA?
(oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, 30 Oktober 2002)
Kejadian tebusan di Moscow, Russia yang berakhir dengan tragedi berdarah pada 26 Oktober 2002 baru-baru ini mencetuskan polemik oleh pelbagai pihak. Tebusan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 750 orang itu ditawan oleh sejumlah pejuangan Chechen dalam sebuah panggung taeter dengan satu tuntutan kepada Russia dan pentadbiran Putin : berundur dari bumi Chechen atau tebusan akan dibunuh beramai-ramai! Soalnya, apakah pandangan Islam? Bagaimanakah Islam melihat kejadian ini dari sudut maqasid syar'iahnya?
Memetik pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi yang disiarkan di dalam laman Islamonline.net pada 28 Oktober 2002, beliau menyatakan apa yang dilakukan oleh para pejuang tersebut merupakan satu kesilapan yang tidak seharusnya dilakukan. Ini kerana sekalipun mereka menentang pendudukan Russian di bumi Chechen, tetapi menawan dan mengancam keselamatan penduduk tempatan yang tidak bersalah adalah merupakan satu tegahan daripada Islam.
Qaradhawi seterusnya menambah bahawa antara asas pertimbangan Islam yang paling penting ialah menjaga keamanan manusia, harta, individu dan masyarakat. Islam sama sekali menolak keganasan yang boleh mengancam keamanan masyarakat awam dan meletakkan taraf 'diperangi' kepada golongan yang mengancam ketenteraman masyarakat awam.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara apa yang berlaku di Palestin dan Moscow. Di Palestin, para pejuang Palestin berjuang di bumi mereka sendiri dan membunuh tentera Israel yang jelas sekali mendirikan negara di bumi Palestin. Manakala peristiwa yang berlaku di Russia menyaksikan para pejuang ini memasuki bumi Russia dan melakukan penawanan teater tersebut di bumi Russia sendiri.
Salah seorang pensyarah di Universiti Kuwait, Syeikh Hamid Al-Ali mengutarakan pandangannya dengan menyebut larangan yang jelas dan nyata di dalam Islam yang menegah daripada berlakunya pembunuhan terhadap wanita, kanak-kanak dan orang tua. Ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang menyebut kata-kata Ibnu Umar RA : (Didapati terdapat wanita yang terbunuh di dalam beberapa peperangan, maka Rasulullah melarang daripada membunuh wanita dan kanak-kanak..)
Seorang pemikir Islam, Fahmi Huwaidi dalam satu temuramah dengan Islamonline.net menyatakan kekesalannya terhadap apa yang berlaku di Moscow, namun dalam masa yang sama turut menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memahami keadaan yang dialami oleh pejuang-pejuang tersebut. Ini kerana tentera Russia sudah begitu lama menjajah dan menceroboh bumi Chechen. Oleh yang demikian, mereka melihat bahawa inilah satu-satunya cara untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap isu Chechen.
Fahmi Huwadi juga mengetengahkan perbezaan yang ketara di antara penjajahan Russia terhadap bumi Chechen dan pencerobohan Israel di Palestin. Ini kerana Israel terus-menerus mengusir penduduk Palestin dari bumi mereka berbeza dengan Russia yang hanya ingin memastikan Chechen berada di dalam kekuasaan mereka tapa mengusir penduduk asal dari bumi mereka. Oleh yang demikian, peperangan seharusnya dengan tentera Russia bukannya dengan masyarakat awam mereka.
Walau apapun pandangan para cendikiawan, tragedi tersebut telahpun berlalu. Dan tebusan yang terbunuh (setakat rencana ini ditulis seraai 118 orang tebusan disahkan terbunuh) tidak dibunuh oleh para pejuang namun dibunuh oleh komando Russia sendiri dengan gasa rahsia mereka.
Ya, kita mungkin boleh menyalahkan tindakan para pejuang ini. Namun, apa lagi yang boleh mereka lakukan untuk menarik perhatian antarabangsa. Mereka yang menderita lebih tahu erti peritnya penderitaan mereka!
Susunan : Ahmad Fadhli Shaari