ЁH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik7.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik7.htm delayed x E╘J ╚ ан║ Ъ6 OK text/html ░h Ъ6 bЙ.H Tue, 10 Dec 2002 00:21:45 GMT Ю Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * E╘J Ъ6
Seiring Islam.. Menelusuri Makna Kemerdekaan
(oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, 23 Ogos
2002)
31 Ogos datang lagi bertandang dalam hidup kita ; seorang
anak Malaysia yang lahir setelah berpuluh tahun laungan kemerdekaan bergema
buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada 1957. Kita lahir sebagai anak
Malaysia yang sama sekali tidak pernah merasai apakah itu kepenatan dan
kepayahan menuntut kemerdekaan. Lahirlah kita ke muka bumi Malaysia ketika
sudah beribu-ribu nyawa melayang hanya untuk membeli nikmat yang bernama
kemerdekaan.
Kini,
sekali lagi kita menyambut hari bersejarah ini buat kesekian kalinya dalam
hidup kita. Bergemalah laungan merdeka ke seluruh pelusuk tanahair seperti
biasanya. Dan berkibarlah jalur gemilang di jalan-jalan raya seperti selalunya.
Namun, dalam kemeriahan ini, kita terduduk untuk terfikir ; merdekakah kita
sebenarnya?
Merdeka dalam erti kata seorang bebas sebebas-bebasnya
sebenarnya sama sekali tidak wujud dalam kamus hidup seorang manusia. Ini
kerana manusia diciptakan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah. Bukankah
Allah SWT menyatakan :
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." - Ad-Dzaariyaat,
56.
Seorang
manusia yang beriman akan sentiasa menyedari bahawa dirinya terikat dengan
perintah penciptaNya. Tidak mungkin seorang manusia dapat melakukan apa saja
yang dikehendakinya dalam hidup ini. Selain daripada keterbatasan kudrat yang
dimiliki, seorang manusia juga pastinya tertakluk di bawah arahan Allah SWT.
Kerana itu, apabila seseorang manusia melaungkan 'merdeka!', maka dia perlu
memahami apakah kemerdekaan yang dimiliki olehnya. Namun, dalam istilah
kemerdekaan yang merujuk kepada bebas merdeka dari cengkaman penjajah, ia
tidaklah dari kebenaran dan ketepatan istilahnya.
Merenung
kembali sejarah kemerdekaan negara kita sebenarnya mampu membuatkan kita insaf
seketika betapa besarnya nikmat yang dirasai oleh kita sekarang. Bayangkanlah,
andainya kita lahir ketika penjajah masih menguasai tanah air ini, masih
berpeluangkah kita untuk menikmati kehidupan yang serba aman ini? Atau kita
hanya akan ber'kuliah' setiap hari di tengah-tengah bendang atau di bawah-bawha
teduhan pokok getah? Itu sudah dikira bernasib baik dibandingkan dengan
anak-anak muda yang dilemparkan ke sempadan Thailand-Burma untuk projek jalan
keretapi maut!
Bacalah
novel-novel yang diadaptasikan dari nostalgia era penjajahan (saya syorkan anda
membaca novel bertajuk 3 Tahun 8 Bulan, atau untuk mesej yang bercorak
politik, bacalah Meniti Lautan Gelora karangan Said Zahari) atau
setidak-tidaknya mungkin anda boleh menonton sedikit sebanyak filem-filem
patriotik (Leftenan Adnan sebagai contoh, atau mungkin anda boleh
memilih filem Embun arahan Erma Fatima, namun awas, khabarnya beberapa
adegannya tidak sesuai untuk tontonan kita!). Ia sedikit sebanyak berupaya membawa kita menghayati
detik-detik cemas ketika pejuang-pejuang kemerdekaan berpenat lelah menyedarkan
rakyat dan menuntut kemerdekaan. Kita tidak mungkin dapat menafikan sejarah
kebangkitan penentangan rakyat terhadap Malayan Union pada 1946 yang akhirnya
membawa kepada penubuhan UMNO. Malah kebangkitan rakyat berlaku jauh sebelum
itu dengan penubuhan Hizbul Muslimin yang akhirnya diharamkan oleh British.
Para pemimpin Hizbul Muslimin ditangkap dan dipenjarakan, tekanan demi tekanan
dikenakan kepada pejuang-pejuang membawa rakyat bersatu padu menuntut
kemerdekaan. Sekalipun perjuangan menuntut kemerdekaan tidaklah membawa kepada
berlakunya serangan berani mati sebagaimana di Palestin, namun darah yang
menitik tetap merupakan titisan yang mulia.
Tolak
ansur dengan British membuahkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kita sama sekali
tidak mampu untuk mengubah kembali sejarah ini. Sekalipun ramai yang tidak
menyenangi kemerdekaan dengan cara ini, namun ia sudah berlaku. Lahirlah sebuah
negara sekular umat Islam yang dinamakan sebagai Malaya. Namun,
sekurang-kurangnya, ia lebih baik dari terus berada di bawah cengkaman
penjajah!
Kini,
kita lahir ke dunia selepas berpuluh tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Keperitan generasi terdahulu tetap menjadi satu memori kepada kita. Tanyalah
datuk nenek kita yang masih hidup, pasti akan terungkai kembali cerita-cerita
pahit manis mereka di era penjajahan. Saya pernah bertanya datuk saya tentang
itu. Dan beliau merupakan salah seorang anak muda yang terpaksa lari ke hutan
demi menyelamatkan dirinya dari terkorban di landasan keretapi maut di era
penjajahan negara matahari terbit pada 1942-1945.
Namun,
adakah kini apabila kita lahir di zaman yang penuh indah ini, maka kita
merasakan bahawa kita sudah benar-benar merdeka dari penjajahan? Soalan inilah
yang sepatutnya dijawab. Apa yang perlu diketahui ialah, penjajahan di abad ini
tidaklah datang dalam bentuk seperti dahulu. Penjajah tidak lagi datang dengan
mesingan dan kereta kebalnya. Tidak juga dengan bom-bom dan kapal-kapal selam,
namum kali ini mereka datang dengan serangan yang lebih hebat iaitu serangan
mental!
Di
dalam bahasa Arab, ia dinamakan sebagai Ghazwatul-Fikr, manakala dalam
bahasa Melayu, kita menerima terjemahannya sebagai serangan pemikiran.
Dalam erti kata lain, umat Islam kini dijajah dengan serangan pemikiran yang
jauh lebih hebatnya dari serangan fizikal. Kerana serangan pemikiran inilah,
ramai yang mengaku Islam namun dalam masa yang sama bertuhankan nafsu. Akibatnya, sekalipun umat Islam
berjuta jumlahnya, namun penjajahan pemikiran menjadikan mereka tidak dapat
bersatu dalam ikatan yang teguh. Lantaran itu, bukanlah satu kepelikan apabila
umat Arab yang berjuta jumlahnya tidak dapat melawan Israel yang hanya
mempunyai jumlah penduduk yang boleh dibilang dengan jari!
Itulah
juga yang berlaku di sini. Kita terpekik dengan laungan merdeka. Namun, dalam
masa yang sama, kita terjajah dengan falsafah ketuhanan nafsu dan keduniaan.
Lantas... sampai bila ia harus berlaku?
Ahmad Fadhli Shaari
23 Ogos 2002