ðH geocities.com /FashionAvenue/Salon/8190/politik8.htm geocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/politik8.htm delayed x FÔJ ÿÿÿÿ ÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ º Ç= OK text/html ÀÃg Ç= ÿÿÿÿ b‰.H Tue, 10 Dec 2002 00:21:45 GMT Ÿ Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * ÿEÔJ Ç=
Putera-puteri Harapan.. Kawallah Dirimu Bila Berbicara
(Oleh : Ahmad Fadhli bin
Shaari, Ogos 2002)
Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri.
Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah manusia terbaik
untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya
tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara. Namun, bila baru
masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara
tentang adab?
Berbicara
di sini saya fokuskan kepada adab berbicara antara ikhwah dan akhawat. Allah
SWT menegaskan adab bericara khususnya bagi golongan muslimat apabila
berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram :
“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti
mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah
kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam
hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan
kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..” (Al-Ahzab : 32)
Ibnu
Kathir Rahimahullah di dalam Tasir Quranul ‘Azim semasa menafsirkan ayat di
atas menyebut bahawa printah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada
isteri-isteri nabi bahkan kepada semua anita-wanita muslimah. Apa yang
dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan
suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam
perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-anita yang bukan
mahram. Manakala Al-Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah
percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara
yang tidak sengaja dilembut-lembutkan.
Berdasarkan
kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.
Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya
mengekalkan apa yang kita namakan sebagai 'biah solehah' di bumi KIAS ini,
namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab
berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak
terjaga. Kenapa ini harus berlaku di bumi yang kita suburkan di atasnya
cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang?
Realiti
kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani
'memperkosa' suasana murni yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan
kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya. Di hati ini, hanya
tuhan yang tahu (maaf Unic, senikatamu kupinjam tanpa kebenaran) pedihnya hati
ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak
yang mampu diukur oleh pembaris 30 cm, diselangi dengan hilai tawa dan suara
lemak manja persis susasana di sekolah menengah. Mana lagi maruah sebagai
pelajar agama?
Di
sinilah kita perlu seketika bermuhasabah. Tentunya kita faham dengan siapa
bicara kita akan menyebabkan fitnah. Kalau bagi siswa contohnya, dalam keadaan
biasa, tentulah komunikasi dengan orang yang berpangkat 'kakak' agak selamat
dari risiko fitnah berbanding dengan seorang yang berpangkat sebaya atau lebih
muda. Begitu juga dengan siswi, dalam keadaan yang biasa, bicara dengan seorang
berpangkat 'adik' biasanya lebih terhindar dari risiko fitnah berbanding dengan
yang berpangkat 'abang'. Kita lebih faham bagaimana menjaga diri kita sendiri.
Namun sayang, ramai lagi yang berpura-pura tidak faham dalam soal ini.
Saya
ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan
itu, tidak malukah anda meruntuhkan kredibiliti anda sebagai bakal pemimpin?
Tidak malukah anda memperlihatkan kepada orang lain betapa besarnya keruntuhan
moral yang ada di dalam jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda
tidak layak untuk digelar sebagai bakal ulama? Bakal ulamakkah anda yang sudah
tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita?!!
Kepada
siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah anda mendedahkan kelunakan
suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di
malam yang pertama? Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai jubah
luaran namun tidak 'menjubahkan' hati dan peribadi. Tahukah anda, ramai lelaki
yang runtuh hatinya semata-mata kerana kelunakan suaramu? Tidak sedarkah anda,
dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya
sudah merosakkan 'dara' suaramu..? Masih tidak tahukah anda bahawa walau
senakal manapun seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi
suri hidupnya..? Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak
ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram? Anda bangga dengan perbuatan itu?
Terpulang!
Kita
tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan hanya semata-mata malu kepada
mata-mata yang memandang. Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi
yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generai yang penuh dengan
sikap kepura-puraan, tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata
orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita benarkan diri kita
merobohkan pagar iman! Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang?!
Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas melabelkan diri kita
sebagai pendokong kebangkitan Islam, tidak malukah kita?!! Kita akan mendapat
jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan.
Sudah
ramai di luar sana yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman
remaja. Lalu, masihkah ingin kita memilih untuk turut menjadi mereka?
Sepatutnya kita sudah cukup untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja
yang sudah lupakan tuhanNya, lalu kita bangkit sebagai generasi qudwah yang
akan mengungguli contoh yang terbaik. Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti
hari ini, secara ikhlas ingin saya nyatakan, kita mungkin hanya akan mengulangi
sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.
Di
peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu siswa-siswi KIAS perlu
'dimarahi' terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan. Lebih
berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan
khususnya golongan yang sepatunya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan
senior). Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh temeh di
tengah-tengah cabaran globalisasi menuntut kita berfikiran terbuka, namun bagi
saya, ia tetap isu yang besar di dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.
Sekali
lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh
yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah
kehebatan prinsip dan idealisme. Namun, kalau tidak sekarang kita menegur, bila
lagi? Dan kalau tidak kita, siapa lagi?!!
Ahmad Fadhli bin Shaari