ðHgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/sajak2.htmgeocities.com/FashionAvenue/Salon/8190/sajak2.htmdelayedxFÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ ­ºOKtext/html° hÿÿÿÿb‰.HTue, 10 Dec 2002 00:21:45 GMT¢Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *FÔJ Dia

Untukmu Quds… Kau Pasti Akan Kembali..

 

Quds..

Seluruh pembuluh darahku,

Mengalir merahnya kecintaan padamu…

Tercipta darinya sejuta kenangan,

Yang mengimbau kembali sejarah gemilangmu

 

Quds,

Jejak suci nabiku pernah berpijak padamu,

sewaktu ingin mengadap Kekasihnya.

Takkan kulupa saat-saat indah itu,

Walaupun aku tiada untuk menyaksikannya,

Namun hembusan syahdunya terasa hingga ke hari ini,

 

Quds,

Tahukah kau?

Dirimu disebut oleh Tuhanku,

Kerana keberkatan di sekelilingmu..

Alangkah beruntungnya dirimu,

Kerana bukan calang-calang makhluk,

Yang mendapat penghormatan sepertimu..

 

Quds..

Namun kini..

Hanya mampu kutatap nasibmu,

kau terpenjara di celah kerakusan,

kau terkurung di tengah kebuasan..

mereka yang kehausan darah manusia.

 

Quds,

Bukanlah ku buta,

Untuk menyaksikan dirimu menangis.

Hatiku tidaklah terlalu keras,

Untuk melupakan rintihanmu,

Namun aku hanya mampu menatap,

Episod-episod dukamu,

Dengan wajah pengecutku,

Kerana tanganku tidak mampu menggengam kudrat.

 

Namun Quds,

Sejarahmu belum berakhir,

Lemparan batu demi kebebasanmu,

Pasti akan mencapai mimpinya,

Kau pasti akan kembali,

Kepada kami.. kekasihku, Quds.