> Apakah Istidraj?

> > Assalamualaikum wbr....

> >

> > Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian

>itu

> > tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

> >

> > Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala

> > memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),

> > ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah

> > SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

> >

> > Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru

> > dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya

> > adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

> > Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat

>kebahagian

> > di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan

> > berpegang teguh pada agama Islam.

> >

> > Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari

> > semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan

> > sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup

>mereka

> > biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang

> > seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam

> > indah,kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah.

> > Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun

> > mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya

> > mereka, takburnya mereka.

> >

> > Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi

> > Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka

>bumi

> > tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof

> > dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan

> > ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

> >

> > Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,

> > dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang

> > beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu

> > beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah

> > beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat

> > tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang

> > Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk

>menghancurkannya.

> > Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan

> > semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab

> > Nasaibul'Ibad)

> >

> > Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu

> > atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak

> > membinasakannya,Allahberikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,

> > anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap),

>dia

> > akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba

> > hendak melawan Allah swt.

> >

> > Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun

> > tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu

> > sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum

>mati-mati

> > juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

>Tapi

> > dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

> >

> > Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

>Dia

> > begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan

> > seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

> >

> > Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya

>sahaja

> > kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama

> > hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan

>sangka

> > Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

> >

> > Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala

>keraguan

> > yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang

> > berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah

> > pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah

>bertujuan

> > untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

> > Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta

> > mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.

>Orang-orang

> > besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan

> > untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita

>tidakmahu

> > kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan

>kaya

> > yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

> >

> > Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk

> > menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari

> > hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah

>apabila

> > dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan

> > dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala

> > limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai

> > Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya

> > selamatlah kita di dunia dan akhirat.

> >

> > Wallahualam.

> >

  Next