Ulasan
Review
. .

Judul : Midnight in the Garden of Good and Evil
Arahan : John Lee Hancock
Pelakon : Kevin Spasey, Jude Law dll.

Pengulas : A. Wahab Hamzah
Penilaian : C


Episod di Savannah

Filem ini didasarkan dari novel karya John Berendt. Adaptasi yang dibuat oleh John Lee Hancock sarat dengan segala unsur seperti pembunuhan, misteri, seks, ilmu hitam dan pengkhianatan.

Elemen-elemen ini boleh sahaja menjadikan filem ini penuh dengan pelbagai kejutan, gelap dan misteri tetapi juga memungkinkan pelbagai kelemahan.

Bertempat di sebuah pekan kecil Savannah, kemeriahan pesta Krismas yang diberikan oleh jutawan Jim William (Kevin Spasey) telah menarik perhatian majalah Town & Country yang telah menghantar John Kelso untuk menulisnya.

John menemui sejumlah penduduk Savannah yang mempunyai pelbagai latar belakang, keanehan dan intrig yang tersendiri.

Semuanya berjalan baik sehingglah bila seorang homoseksual Billy Hanson (Jude Law) mati ditembak Jim William, telah membuka cerita baru bagi Savannah dan juga membuka rahsia sebenar Jim William.

Naratif Midnight berjalan dengan perlahan dalam membentuk imej moody dalam visualnya. Sungguhpun secara visual filem ini menarik tetapi masalah besar filem ini adalah naratifnya dengan pelbagai subplot.

Dengan memasukkan pelbagai elemen dan cabang subplot yang longgar telah mengakibatkan konsentrasi terhadap filem ini mudah terganggu dan hilang. Banyak yang hendak ditonjolkan dalam filem ini, malah sebahagian adegan tidak perlu yang sekadar menambahkan kekeliruan pada ceritanya.

Adegan John dengan Cablis walaupun menarik wajar sahaja dipendekkan. Begitu juga adegan di mahkamah yang terlalu panjang dan meleret turut melemahkan filem ini.

Adegan kemesraan antara Mandy (Alison) dengan John tidak mantap, seakan dibuat tergesa-gesa untuk mewajarkan adegan penamat.

Midnight In The Garden of Good and Evil, cuba melihat isunya dari beberapa perspektif dan juga melihat moral dari sudut yang kelabu sekalipun.

Sumber : Utusan Online 27/3/1998

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net khys 1999-2001