Ulasan
Review
. .

Judul : One Night Stand
Arahan : Mike Figgis
Lakonlayar : Mike Figgis
Pelakon : Wesley Snipes, Nastassja Kinski, Ming-Na Wen, Robert Downey Jr., Kyle Mac Lachlan dan lain-lain.

Pengulas : A. Wahab Hamzah
Penilaian : C


Secebis kehidupan dikota

One Night Stand Dalam satu hari di New York, pelbagai peristiwa boleh berlaku. Sesuatu yang kita anggap tidak mungkin berlaku boleh sahaja berlaku dengan mudah di New York, sebuah kota metropolitan, serba mungkin dan sukar diduga. New York sebenarnya telah memberikan kita pelbagai cerita yang menarik tentang manusia-manusia yang mendiaminya.

Mike Figgis yang pernah memberikan kita filem menarik, Leaving Las Vegas kali ini memberikan kita sebuah komedi kehidupan di New York.

Kehidupan yang kelihatan serba tenang rupanya juga membosankan dan dengan satu peristiwa yang tidak terduga walaupun kecil boleh sahaja mengocakkan kembali gelombang kehidupan.

Seorang eksekutif pengiklanan yang berjaya dalam karier dan keluarga Max (Wesley Snipes) tiba-tiba menghadapi perubahan baru dalam hidupnya.

Kehidupannya yang selama ini tenang (dan mungkin juga membosan) dengan isterinya Mimi (Ming-Na Wen) tiba-tiba mendapat semangat baru bila dia bertemu dengan Karen (Natassja Kinski) yang begitu menggoda.

Segala-galanya bermula bila Max melawat kawannya Charlie (Downey Jr.) yang ditimpa penyakit AIDS di sebuah hospital di New York. dalam pertemuan yang kedua setahun kemudian, Karen telahpun berkahwin dengan Vernon (Kyle MacLachlan) adik Charlie tetapi pertemuan kali ini rupanya merubah terus hubungan antara Max dengan Karen. Penamat filem ini sedikit memeranjat, tetapi itu juga sebenarnya sebahagian karakter kehidupan di New York.

Persoalan yang dikemukakan oleh Figgis walaupun sinis bukanlah baru dan demikian juga dengan watak-watak yang sering dihantui oleh rasa monotonous dan kebosanan dalam hidup mereka.

Tidak sepertimana filem As Good As It Gets (James Al Brooke), One Night Stand tidak berupaya menyelongkar dengan lebih dalam dan teliti persoalan yang hendak dikemukakan oleh watak-wataknya.

Ini kerana naratifnya yang dirangka secara fragmentasi dan hubungan persoalan yang lemah.

Akibatnya kita melihat lakonan yang hambar dan tidak bertenaga dalam sebuah soap-opera yang tidak bermaya.

Sumber : Utusan Online 12/6/1998

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net khys 1999-2001