Ulasan
Review
. .

Judul : Spawn
Arahan : Mark A. Z. Dippe
Lakonlayar : Alan B. McElroy
Pelakon : Michael Jai White, Martin Sheen, Nichol Williamson, John Leguizamo, Theresa Randle, dll.

Pengulas : A. Wahab Hamzah
Penilaian : C


Hanya pesta spesial efek

Kalau ada sebuah filem yang lebih diingat kerana spesial efeknya maka, filem itu adalah Spawn. Filem ini penuh dengan pelbagai spesial efek hingga terasa begitu menyesakkan. Memang spesial efek memberi kekuatan filem ini, tetapi spesial efek jugalah yang membawa kelemahan filem ini.

Spawn didasarkan dari komik Spawn yang begitu berjaya di pasaran hasil karya Todd McFarlane. Filem ini mengisahkan tentang Al Simmons (Michael Jai White) yang kembali dari alam kematiannya sebagai Spawn dan berusaha menemui isterinya Wanda (Theresa Randle) yang sudahpun berkahwin dengan orang lain. Spawn berwajah buruk, tetapi kelebihannya dia dapat bertukar-tukar bentuk serta mempunyai kekuatan serta kuasa yang luar biasa hebatnya.

Musuh utama Spawn adalah Si Badut (John Leguizamo) dan ejen kerajaan yang korup dan gila kuasa Jason Wynn (Martin Sheen). Wynn juga adalah orang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap kematian Simmons. Sebagaimana komiknya, cerita berakhir dengan memihak kepada Spawn dan tewasnya antoganis.

Filem ini dihasilkan dengan bentuk yang dipinjam dari konsep komik. Rekaan visual filem ini yang dihasilkan oleh Philip Harrison sentiasa gelap dan suram. Suntingan dan efek optikalnya meminjam stail komik. Kerana terlalu mengutamakan aspek visual dan gerakan spesial efek, filem ini meminggirkan kepentingan olahan cerita yang baik. Filem ini dikacaukan oleh plot yang bercelaru. Hasilnya filem ini hanya menonjol dari aspek visual, tetapi ceritanya membosankan.

Sumber : Utusan Online 7/11/1997

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net khys 1999 - 2000