Ulasan
Review
. .

Judul : What Women Want
Arahan : Nancy Meyers
Lakonlayar : Josh Goldsmith & Cathy Yuspa
Pelakon : Mel Gibson, Helen Hunt, Lauren Holly, Marisa Tomei, Bette Midler dan lain-lain

Pengulas : A. Wahab Hamzah


Naratif klasik Hollywood

What Women Want Filem yang bagaimanakah yang paling sesuai ditonton sempena Hari Kekasih kalau bukan sebuah melodrama romantis? Hollywood selalu berjaya menghasilkan filem-filem yang sesuai dengan subjek sesuatu perayaan. Sebuah filem melodrama romantis seperti What Women Want sebenarnya hanyalah lanjutan genre teks naratif klasik Hollywood yang telah menghasilkan Casablanca.

Pengaruh Casablanca yang begitu besar di Hollywood dan penonton mereka adalah kerana keupayaan mereka menanggapi naratif dan jangkaan-jangkaan peristiwa, kandungan dan makna yang dimainkan. Lanjutannya boleh sahaja dilihat dalam Sleepless in Seattle, When Harry Met Sally atau sejumlah filem-filem melodrama Hollywood yang lain.

What Women Want adalah klise dan stereotaip Hollywood. Seorang eksekutif lelaki di sebuah syarikat pengiklanan, Nick Marshall (Mel Gibson) yang dikenal chauvinistik berhadapan dengan Pengarah Kreatif yang baru Darcy Maguire (Helen Hunt). Darcy seorang wanita yang agresif yang mahu menguasai pasaran yang dikuasai oleh wanita. Nick merasakan Darcy telah mengambil tempat yang seharusnya dimilikinya dan Darcy yang bijak dan menawan itu sebagai saingannya.

Nick mula merasakan Darcy sebagai saingan dan musuh yang diimaginasikannya. Pada masa yang sama Nick berhadapan dengan masalah kompleks anak gadisnya Alex (Ashley Johnson) yang perlu diatasi. Akhirnya Nick sedar bahawa tanggapannya terhadap Darcy selama ini tidak seperti yang disangkanya.

Filem ini dihasilkan sebagai sebuah melodrama Hollywood yang menyenangkan untuk ditonton. Latar dan moodnya romantis. Anda telah menonton filem ini sejak 1943 apabila Casablanca dihasilkan. Tetapi nampaknya Hollywood masih tidak mahu mengubah bentuk melodrama romantis. Anda sudah dapat menjangka naratifnya, suasana dan latar lagu-lagunya, maka apa lagi yang memikat anda untuk menonton filem ini?

Sumber : Utusan Online 23/2/2001

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net khys 1999-2001