Warna Warni Kehidupanku...

 ~ Kenali Daku ~

Nama: Muhamad Firdaus bin Alias
D.O.B: 271282
P.O.B: Hospital Assunta PJ
Hobi: Melayari Internet, Melukis
Novel Pilihan: Karya R.A.Mursyid
Penyanyi Pujaan: Siti Nurhaliza
Study Update: Lavel 3 SKM
My other webbie: FirdauSiti
 

 ~ Internet ID ~

Friendster: firdee82@yahoo.com
Kawanster: FirdeeFirdaus
Myspace: firdee82@yahoo.com
Y! MSGR: firdee82
MSN MSGR: firaz_zarif@hotmail.com
 

~ Tarikh Penting ~

- 7/7 Siti datang Temerloh (Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004)
 

~ Wish List ~

- Kamera Digital
- Jumpa Siti Nurhaliza face 2 face
 

~ Apa Kena Buat/Ingat ~

- Cek IKIP bulan 7
- Kolej Montevest bulan 8 (Tahap 3)
- Kolej IKIP bulan 8 (Tahap 3)
 

~ Mood of Da' Day ~

 

 

~ Membe Blog ~

[nurul][azmie][puppet][ucu][acid][fieda][charm][zuril][mykelisa][tok rimau][fazz][ct cute][athariqk][sharina][abrar][adik][ayie][amyz][shahirah]

 

~ Website Best ~

:: Utusan Malaysia :: SitiZone :: Kawanster :: Friendster :: Myspace :: TV3 :: Jiwang :: WWE :: FirdauSiti :: Sesumpah ::
 

~ Catatan Lalu ~

:: April :: Mei :: Jun ::

 

~ Cakap Je ~

 

~ Penghargaan ~

:: Myshoutbox :: s15 :: Geocities :: CJB.Net :: FreeGB :: WebApps ::

 

 ~ Buku Tamu ~

:: Read / Sign my guestbook ::

 

~ Site Traffic ~

1 user online

 
Selasa, 29 Jun 2004
TAMAT
Akhirnya setelah empat hari, tamat juga saya baca buku TOMBIRUO TERAKHIR. Huh...memang banyak teka teki dalam cerita ni. Andaian yang saya buat pada mula-mula baca novel ni semuanya meleset belaka. Segala teka teki akhirnya terjawab di penghujung cerita. R.A. Mursyid memang pandai mengolah cerita yang akan membuat kita nak tau ape yg terjadi seterusnya. Apa yg saya perasan selepas membaca semua karya R.A. Mursyid ni, semua watak utama dalam novel beliau mempunyai pegangan agama yang teguh. Saya rasa seperti beliau berdakwah melalui novel yang beliau buat. Saya yakin pengajaran dalam novel beliau sedikit sebanyak dapat menginsafkan sesiapa yang membacanya termasuklah saya. Saya juga dapat belajar banyak perkara baru melalui novel-novel beliau.

+ Nukilan rasa firdee firdaus pada jam 12.00 tgh

 
Khamis, 24 Jun 2004
NOVEL BARU ( TRILOGI R.A. MURSYID )

Hari ni beli satu novel baru karya penulis yg saya minati iaitu Ramlee Awang Mursyid. Tajuk buku ni ialah " Tombiruo Terakhir ". Buku ini adalah sambungan daripada dua buku terdahulu karya beliau iaitu " Tombiruo " dan " Semangat Hutan ". Karya R.A. Mursyid ni memang tak boleh lagi dinafikan kebestannya. Memang sesuailah beliau diberi gelaran novelis thriller no 1 Malaysia. Ketiga-tiga buku ini mengisahkan tentang Ejim a.k.a "Tombiruo" sebagai watak utama. Tombiruo didalam bahasa melayu bermaksud hantu. Ejim ini adalah seorang manusia yang berwajah mengerikan sejak dilahirkan dan dia boleh dikatakan raja di hutan Keningau. Dia ni saya boleh katakan sebagai tarzan malaysia la. heh...Dia digelar Tombiruo kerana rupanya yang mengerikan. Banyak pertumpahan darah berlaku dalam usahanya mengekalkan keamanan hutan Keningau. Di dalam buku terbaru ni plak mengisahkan ttg proses pembedahan wajah Ejim untuk kelihatan seperti manusia normal. Ia juga mengisahkan ttg kemunculan "Tombiruo" baru di hutan Keningau selepas Ejim pergi ke KL untuk membuat pembedahan. Heh...saya pun tak abis baca lagi. Sampai takat ni je la saye leh xplain. Huhu...

+ Nukilan rasa firdee firdaus pada jam 12.00 tgh

 
Rabu, 23 Jun 2004
SITI PROMOSI DIRI?...
Baru sekejap tadi saya baca ruangan forum Utusan Online. Ada seorang pembaca yang bernama Naaim menulis tentang rancangan 3DCT. Dia kata Siti nak promote diri dia kat tv dan dia kata tak patut Siti buat macam tu. Huh... Bagi saya si Naaim ni saje je nak mengambil perhatian semua peminat Siti kat Malaysia ni dengan kenyataan tu. Adakah salah seseorang artis tu membuat rancangan yang membolehkan semua peminatnya mengenali dirinya dengan lebih dekat?... Saya rasa tiada salahnya. Saya sebagai peminat Siti memang mengalu-alukan kalau Siti membuat satu rancangan tv seperti 3DCT tu. Tak tau la ape yg si Naaim tu fikirkan masa dia tulis forum tu. Maybe dia anti Siti... Huh...

+ Nukilan rasa firdee firdaus pada jam 8.00 pg

 
Selasa, 22 Jun 2004
MANGSA KEADAAN
Huh...Tak tau la apa nak jadi. Semalam dapat satu berita yg agak mengezutkan. UPUM-MLVK tak jadi tutup. Ape cite ni. Betulke apa yg saya dok dengaq ni?.Aritu bukan main berapi lagi depa dok kata nak tutup dan depa kata memang sahih akan ditutup. Tup-tup semalam tau yg depa dah tak jadi tutup plak. Aiyyyaa...very kaileng la depa ni. Bila org dah pack barang dan dah check uot hostel baru depa kata la ni tak jadi nak bungkuih. Hapla la depa ni. La ni, depa kata nak pi hantaq surat tawaran kedua kat kitorang. Hmm...kalo betui la depa boleh kompem yg kali ni depa tak bermasalah lagi, apa salahnya kalo blajaq kat sana balik. Toksah nak fenin kapla nak pikiaq nak cari tempat blajaq baru. Kitorang ni jadi mangsa keadaan dan mangsa kepada ketamakan manusia.
+ Nukilan rasa firdee firdaus pada jam 8.06 pg
 
Isnin, 21 Jun 2004
BARU DAFTAR TMNET DAAA...
Akhirnya...tercapai gak hasrat nak register internet kat umah ni. Dok umah takde internet boring seh. Lagi satu yg payahnya nak online internet kat umah ni bab tpon dia. Guna tpon wireless ni susah nak masuk internet. Kena setting dulu. Nak setting je dah kena RM20. Pastu kena beli kabel dia plak RM20 lagi. Huh...Payah tul. Tapi nak online punya pasal halal la semua tu....
+ Nukilan rasa firdee firdaus pada jam 11.00 mlm
 
Jumaat, 18 Jun 2004
MALAYSIAN IDOL - SARAWAK
Huh... Minggu ni adalah minggu kedua Malaysia Idol ditayangkan di kaca TV. Kali ni kat Sarawak pulak. Episod kali ni ade la sorang peserta ni yang menarik perhatian saya dengan sikap dia yg tak faham bahase. Memang klakar la tengok dia nyanyi. Suara dah la kureng pastu bila juri si Paul Moss tu suruh dia keluar sebab dia memang tak boleh menyanyi, dia tetap nak menyanyi gak. Konon nye lagu yang memula dia nyanyi tu tak sesuai ngan dia la konon. Heh... Klakar plak tengok gelagat dia. Kiranya dia ni boleh la diibaratkan sebagai seorang yang nak menegakkan benang yg basah. Memacam prangai manusia ni. Heh...
+ Nukilan rasa firdee firdaus pada jam 11.00 mlm
 
Khamis, 17 Jun 2004
UPDATE BLOG
Huhu... Dah dekat sebulan tak update blog ni ngan website Siti saya. Rindu lak kat internet nih. Dulu masa dok kat MC boleh la update setiap ari sebab kat sana internet 24-7. Kat umah ni la ni baru le nak ada internet. Huh...
+ Nukilan rasa firdee firdaus pada jam 10.00 mlm
 
 
 
 
 
 
 
 

© 2004 Weblog Firdee Firdaus.